Melangkah keluar dari masjid dengan status SUAMI & ISTERI (",)
Mood saya sangat2 HAPPY.. hihii.. Actually saya sendiri dah terlupa yang esok adalah ulangtahun perkahwinan kami.. cumanya tadi saya bukak FB & terbaca status kawan saya pasal anniversary dia... Tu yang saya cepat2 tengok kalendar.. Rupe2nya... Esok anniversary kami.... hihihiiii...
Saya bersyukur kepada Tuhan kerana memanjangkan jodoh kami sehingga ke hari ini & semoga jodoh kami akan berpanjangan hingga ke syurga.. InsyaAllah... Saya jugak bersyukur sangat2 sebab, walaupun baru 2 tahun berkahwin tapi telah 15 bulan bergelar seorang ibu...
Saya jugak bersyukur kerana dikurniakan suami yang memahami saya.. walaubagaimana pun tetap jugak ada sifat2 yang berlawanan antara kami.. tapi sifat2 tu lah yang melengkapkan hubungan kami.. (",)... Kalau ada diantara u all belum tahu, saya & my dear bercinta selepas kahwin.. sebab itu kami sentiasa di alam percintaan.. *Ayat poyo*.. hihii
Saya tak sempat nak taip panjang2 memandangkan saya "curi2" guna komputer ni sekejap sebab my dear masih lagi nak guna komputer ni... Semoga perkahwinan kami kekal hingga ke syurga & dikurniakan anak yang ramai.. muahhahah...
"SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA YANG KEDUA YE SAYANG"... Saya sayang sama kamu...!!!!
P/s : InsyaAllah... bulan depan kami akan honeymoon kali kedua di tempat honeymoon kami yang 1st time dulu.. Alaa dekat Pulau Pangkor je pun.. hihii... Ulit Kenangan... tapi kali ni lebih istimewa sebab ada Alisha... muahahahha
ENTRY AUTO PUBLISH
ENTRY AUTO PUBLISH