Macam biasa, pasti ada mainan baru untuk Alisha.. Ohya, macam biasa jugak, bukan Alisha yang nak tapi ibu dia yang tergedik2 nak beli.. muahahhah.. Memandangkan Alisha ni suka main air so, saya terfikirla nak belikan dia itik mainan ni ha... Saya terbayang2.. yang si alisha main itik tu dengan seronoknyalah kononnya.. hihi
Malam tu jugak, sampai rumah saya terus testing2 letak itik tu dalam besin.. kononnya setakat nak bagi alisha beramah mesra dulu la dengan itik ni.. hihii
Disebabkan besin tu kecik, saya letak besin tu dalam bekas mandi alisha zaman dolu2.. kononnya kalau air tumpah, mesti tumpah dalam bekas mandi.. Tapi lain pulak yang berlaku..
Sekor2 itik tu kene berpindah tempat... sebabnya...
Anak saya nak main air!!! Adehhhh...
Kocak jangan tak kocak...
Saya beli itik kot2 nak main itik tu dalam air tapi dia lebih berminat dengan air dari itik... hahahaa
Saya menyakat Alisha... "Nak main air sangat... ibu ambik besen ni tau..".... huwaaaaaaaaaaaaaaa anak saya menangis lagi..... hahahahaaaaaa.... Yang seronoknya bila sakat alisha ni, time kita sakat menangis tak ingat dunia tapi bila kita bagi balik besen tu, automatik terus diam macam sebelum tu tak menangis... Alisha... Alisha.... (^_^)
P/s : Macam biasa, my dear ada dekat rumah, so, saya akan jenguk u all lewat sikit sebab my dear nak mengadap komputer tengok saham dia tu.. adehhh tak habis2 dengan saham..