Sebelum lebih ramai orang bertambah salah faham or bagi mereka yang baru je nak mengikuti blog saya ni.. lebih baik saya terangkan sikit.. Seperti yang pernah saya bagitahu u all sebelum ni, saya ada masalah KELENJAR TIROID BENGKAK kan.. Bengkak tu bukan besar sangat pun, kalau sekali pandang tu, orang tak perasan, 2 3 kali pandang pun tetap tak perasan tapi kalau 4 5 kali pandang sambil menilik.. gerenti perasan.. hihii
Ketika perjumpaan saya dengan doktor sebelum ni, doktor cakap hasil dari ujian darah saya "Awak ok.. hormon tiroid awak stabil.. awak TAKDA MASALAH TIROID.. so, apa masalah yang awak buat pemeriksaan darah untuk tiroid ni?" Saya pun terus tunjuk bengkak dekat leher saya tu.. "Ooo yang ni KELENJAR TIROID BENGKAK.. kalau makan ubat pun tak jadi apa, jalan penyelesaian hanya operate"
So, dari apa yang saya faham, dengan kata lain.. masalah saya ni.. bukanlah bernama HYPER TIROID or HYPO TIROID.. (",).. Untuk setakat inilah yer.. Akan datang tak tahulah.. Tapi mintak dijauhkanlah..
Memanglah doktor cakap jalan penyelesaian hanyalah OPERATE tapi saya tetap jugak mencuba minum MINYAK KELAPA DARA & TUAM DENGAN JINTAN HITAM dekat tempat bengkak tu.. Menjadi or tak tak tahulah saya... tapi sekurang2nya saya berusaha..
Kalau tanya my dad, My dad cakap BENGKAK TU SEMAKIN KECIK, kalau tanya my dear, My dear cakap kadang2 TAK PASTI & kadang2 MAKIN KECIK.. Kalau tanya saya pulak... saya sendiri pun TAK PASTI.. hihii.. Tapi rasanya orang yang melihat maybe LEBIH MENGETAHUI perkembangan masalah saya ni kot... maksud saya my dad & my dear lah tu (",)
Tapi kalaulah tak ok jugak.. saya redha je kena operate.. tak nak pikir banyaklah... yela, tahun depan makin hampir.. Umur makin meningkat.. impian & harapan apa yang saya nak tahun depan tetap jugak saya nak.. (ADIK ALISHA)..
Ohya, nak cerita sikit dekat u all tentang rasa MINYAK KELAPA DARA jenis cecair ni.. Bagi saya rasanya masih mampu ditelan lah.. bau dia macam minyak kelapa yang arwah nenek saya guna untuk sapu dekat rambut dia.. Bagi saya, ok je.. takda masalah untuk telan tapi bagi orang lain saya tak pastilah kan..
P/s : Thanks dekat u all sebab bagi pendapat dekat entry sebelum ni