Alhamdulillah.. syukur sangat2 saya bila mengetahui suami Salwa telah ditemui.. Saya mengetahuinya pun setelah membaca dari blog Watie.
Nak tahu lebih lanjut, baca entry yang saya "copy&paste" dari blog Watie
Saya terjaga pukul 4 pagi tadi secara  mengejut kerana merasakan yang sahur telah pun berlalu. Hubby lupa kunci  jam dan saya terkocoh kacah amik hp nak tgk pukul berapa. Rupanya pukul  4 pagi. Dah alang-alang tgk hp, saya terus baca msg yang ada.Ada satu  mesej dari Kak Siti @ Harian Metro yang bertanyakan tentang perkembangan  terkini suami Salwa di samping memberi nombor telefon seorang pakcik  untuk Salwa hubungi sebagai salah satu usaha untuk mencari beliau.
Saya terus forwardkan maklumat tersebut pada Salwa disamping bertanya khabar tentang suaminya. Hanya selepas SMS tersebut di hantar, barulah saya buka FB @ BB dan alangkah terharu dan seronoknya saya apabila Salwa mengemaskini wall FB beliau dan memberitahu suaminya telah dijumpai selepas genap 3 hari hilang. Saya salinkan semula apa yang Salwa tulis untuk iktibar dan tatapan kita bersama:
"Alhamdulillah,  syukur to ALLAH..genap 3 hari akhirnya suami saya ditemui oleh seorang  sahabat di sebuah masjid yang terdahulunya sudah saya dan sahabat2  terdekat periksa untuk mencari, tapi tak berjumpa...suami saya sihat  alhamdulillah, cuma dalam keadaan keliru sedikit (keliru dari sudut  masa)...terima kasih kalian....saya mohon ALLAH ganjarkan anda dengan  jutaan khayr wa ajrun kabir..
terima  kasih atas ukhuwwah dan sokongan dari kalian....inshaALLAH akan saya  memorikan secara terperinci pada saluran yang tepat...terbukti, bila  kita bergantung harap hanya pada ALLAH....DIA akan cabut segala  keresahan dan duka dalam sekelip mata...saya bersujud syukur atas  kurniaan ini...Ramadhan ini adalah Ramadhan yang benar2 mentarbiyyah  saya..."
Khas untuk Salwa dan keluarga, rasanya inilah Ramadhan yang paling memberi makna dan menginsafkan kita kan? Pasti ada hikmah dan keajaiban yang Allah SWT mau kita lihat sendiri dengan mata kepala kita, DIA boleh menghilangkan orang yang kita sayang dengan sekelip mata, dan mengembalikannya dengan sekelip mata juga.
 Unknown
August 06, 2011