Video gambaran neraka menjadi punca anak saya dah jaranggggg bergaduh

Lumrah adik beradik, mesti nak bergaduh kan... Macam anak solehah Alisha dengan anak solehah Aqilah la u all... Sorang umur 6 tahun, sorang umur 4 tahun... Aqilah tu jenis suka sangat menyakat kakak dia... Yang kakak tu pulak, suka sangat menangis.. kadang bukan pasal kena pukul pun u all.. Saya bagi contoh, Aqilah usik Alisha cakap "Kak Isha tak boleh ikut pergi Tesco"... Alisha dia bukan buat derkkk tau, tapi dia boleh menangis sambil cakap "Ibuuuu tengok Aqilah cakap kak Isha tak boleh ikut pergi tesco"... Adehhhhh pening kepala saya.. Runsing pun ada duk dengar sorang menangis sorang mengusik ni haaa... Menangis tu pulak, bukanlah menangis manja2 or tipu2 tau.. menangis betoi2 punya menangis, berjurai air mata keluar, udah gaya kena pukul..

Sehinggalah baru ni, saya duduk bercerita dengan anak2.. saya ceritakan tentang syurga & neraka.. saya bagitahu mereka apa itu syurga apa itu neraka.. syurga tu untuk siapa & neraka tu untuk siapa... apa penyebab kita masuk syurga & apa penyebab kita masuk neraka... Lepas saya dah bercerita tu kan u all, saya ada lah bertanya jugak dekat mereka dengan cara saya bagi contoh sesuatu kelakuan & tanya mereka, jika buat macam tu dapat apa, dosa atau pahala... jika dapat dosa masuk mana, jika dapat pahala masuk mana... Lepas tu saya ada tanya jugak jika bergaduh dapat pahala atau dosa... mereka serentak jawab dosa & akan masuk neraka...

Untuk buat anak saya lebih paham, saya tunjukkan mereka video gambaran neraka... Oh, video ni saya cari dengan taip keyword "gambaran neraka " di kotak search dekat FB... Lepas tu keluarlah video yang orang2 share... Bila anak2 saya tengok, mereka semua takut..!! yela u all.. dengan terdapatnya manusia yang sedang diseksa... dipukul.. ada api segala bagai tu semua... Aqilah yang tengok video ni terus cakap "ibu, kak tak nak gaduh2 dah lepas ni... kak takut masuk api neraka"... Bukan setakat tu je u all.. dia punya penangan tu, api dapur gas tu pun Aqilah boleh tanya, api kat neraka tu macam tu ke.. Saya explain la yang api neraka tu terlebihhhhh lagi dari api dapur gas tu kan & bla bla bla...

Memang sejak dari hari tu, anak2 saya dah semakin kuranggggg bergaduh.. bergaduh tu ada tapi tak sekerap dulu... boleh dikira dengan jari je... Lagi satu pulak, misalnya kalau Aqilah nak kacau Alisha, Alisha cepat2 cakap tak baik, berdosa nanti kena masuk neraka, Aqilah terus berhenti kacau Alisha... hahhah... Kira macam ni point untuk Alisha la supaya Aqilah tak mengusik dia dah... Sekarang ni aman sikit lah rumah saya u all.. takda nak bergaduh sangat dah... Alhamdulillah.. lega!!

U all nak tengok video gambaran neraka ni, u all boleh jugak dengan cara tengok di you tube.. search je gambaran neraka.. Kalau tak pun, klik je SINI... saya dah siap2 search di you tube dekat u all.. Kot2 la u all pun nak guna cara macam saya ni untuk anak2 u all jugak..


"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku" 

5 comments.. read them below or add one

AnonymousAnonymous May 06, 2016
teknik yg berguna tu blh pakai..tq sharing..hehe
Fatimah Nabila Fatimah Nabila May 06, 2016
bgusnya budak2 ni nk ajar n didik..nice, boleh guna utk ank sedara..
Unknown Unknown May 07, 2016
hahahha no 2 nih mmg kuat mngusik.. berdasarkan pemerhatian laa..
Afif Rayyan Afif Rayyan May 07, 2016
Kita kalau tengok pun konfem takot.. Ya Allah, jauhkanlah kita semua dari siksa api neraka-Mu
emarieys emarieys May 10, 2016
nak try tunjuk kat anak-anak ema sekali..si kakak dan abang juga selalu bergaduh ni.