Awal bulan 3 hari tu kami dah pindah rumah sendiri.. bila dah pindah rumah sendiri ni, mood dia lain macam la sikit... Mood nak berdeko tu dah mai... Mood tak bagi anak conteng dinding pun dah mai... mood nak mengecat satu rumah dengan berbagai2 warna pun dah mai... Pendek cerita, sekarang ni mood nak rumah cantik je yang duk beraja kat hati ni haa... muahhahah.. Nasib baiklah anak tu jenis dengar cakap.. bolehla nak berdeko sikit kan... Tapi belumla siap hias cantik2 pun lagi, maklumlah semua tu kan guna duit.. Duit bukannya datang gedebuk, makanya hias rumah pun tak bolehlah gedebuk... Haa gitu kekdahnya.. hahha
Pernahlah tergerak di hati membayangkan rumah ada KABINET DAPUR yang cun melekat kat dinding tu kan.. Tapi tu la, kalau nak buat camtu kena ada bajet lebihla kan.. Nak tunggu bajet lebih tu ntah tahun biler... Diri ini pulak dah tergedik2 nak berkabinet kesnya sebab nak kemas rumah ni cepat2, kuranglah sikit serabut mata memandang dengan dalam bilik udah ghope stor... Tiba2 teringat sebelum ni saya pernah terpandang satu video di FB yang orang tu DIY KABINET DAPUR dia.. Saya pun apa lagi... DIY la jugak kabinet dapur saya ni haa... Lagipun rumah kami ni kecik je, dapur pun tak besar mana..
Tapi cadangnya lambat sikitlah baru nak pergi beli RAK BUKU TESCO sebab nak tunggu parent saya datang sini bawak gerudi dulu... Alih2 hari Khamis baru ni, parent saya boleh datang sini buat SURPRISE dekat kami pulak dah... siap bawak sekali dengan gerudi... Alaaa saya belum beli barang pun lagi, habis tu camne nak mintak tolong abah saya gerudi barang kan...
Nak dijadikan cerita, hari Jumaat tu, parent saya keluar pergi TESCO, mak saya belikan saya 4 RAK BUKU TESCO.. Setiap satu tu harga dia samada RM22++ or RM24++, saya pun dah lupa... TERIMA KASIH MAK..!! Mak abah selalu buat surprise macam ni... Selalu nampak anak yang besar gajah ni macam anak kecik...
Mak saya belikan RAK BUKU TESCO, abah saya tolong jadikan ianya kenyataan @ KABINET... Saya pasang di 2 bahagian, satu di tepi bilik mandi manakala satu lagi di area dapur masak tu.. Tepi bilik mandi saya simpan tipuware & barang2 kegunaan di tandas..
Manakala di area berhampiran dapur masak tu pulak, saya simpan stok makanan dengan bahan kegunaan ketika memasak seperti garam & rempah ratus..
4 RAK BUKU TESCO ni harga dia tak sampai RM100 pun.. Setiap bahagian tu saya buat 2 tingkat... Di bahagian bawah, abah saya guna apa ntah nama dia tu... Macam dalam gambar pertama tu haa... yang warna putih tu, yang ni panjang sikit, so, banyak sikit dia support... Selain dari tu, untuk rak atas dengan rak bawah pun abah saya cantumkan guna skru, kiranya lebih kukuhla kan sebab dah tercantum... Yang dekat atas "bumbung" rak tu pulak, abah saya guna yang L kecik tu haaa... Yang ni abah saya letak supaya DIY KABINET DAPUR ni lebih kemas... takdalah nanti terjongket ke apa ke kan...
Kalau u all nak DIY KABINET DAPUR ni lebih cun kan, u all boleh letak wallpaper.. Mesti lebih kebaboommm, saya ni tak letak sebab time buat tu takda wallpaper tapi next time tak taulah kot2 saya rajin pergi letak pulak kan... Sekarang ni hati saya dah manyak syiok oooo sebab rumah dah ada KABINET DAPUR walaupun DIY punya.. (",).. TERIMA KASIH MAK TERIMA KASIH ABAH TERIMA KASIH MY DEAR JUGAK SEBAB TOLONG ABAH KETIKA PEMASANGAN (^_^)