Dah lama saya tak bercerita pasal perkembangan anak2... Hari ni saya nak bercerita antara perkembangan anak solehah Aqilah... u all tahu tak, Aqilah ni dia berlainan dengan Alisha tau... Aqilah dia jenis yang cepat bosan.. Dia bukan jenis fokus pada sesuatu tu dengan terlalu lama... sekejap je dia fokus, lepas tu mulalah buat benda lain... Macam tu jugak bila saya mengajar Aqilah.. Tapi Aqilah ni jenis mengikut Alisha tau... Bila Alisha nak mewarna, mulalah dia pergi ambik jugak buku dia & buat aktiviti yang sama... tak kira aktiviti apa pun, dia mesti nak buat jugak macam kakak dia tu...
Sehinggalah petang semalam, Aqilah panggil saya yang masa tu berada di dapur... Aqilah tunjuk gambar yang dia warna... Surprise saya tengok, sebab ini adalah kali pertama dia tunjuk saya yang dia mewarna bukan sekadar menconteng... Tiba2 pulak saya terasa sebak... Finally..!! Di usia Aqilah nak masuk 3 tahun akhir bulan ni, dia dah mula faham pasal mewarna... mewarna tidak keluar garisan... Dari gambar dia atas, saya boleh nampak yang dia mewarna dengan ada "ilmu"... dia dah mula tahu mewarna jangan melebihi garisan... Tapi hakikatnya dalam gambar ni memanglah nampak keluar garisan... tapi dari gambar ni jugak, nampak dia berusaha untuk mewarna mengikut gambar tersebut... tak kisahlah walaupun peguin Aqilah tu warna merah, tapi dia dah buktikan dekat saya, walaupun selama ni dia tidak fokus terlalu lama dengan pembelajaran dari saya, tapi dia serap segala ilmu yang saya bagi... GOOD JOB SAYANG...!!!
Tau tak, hasil kerja yang Aqilah buat ni, dia sendiri pun teruja tau... Bila saya puji hasil kerja dia tu, dia senyum lebar, siap warna gambar lain lagi... Bukan tu je, punya excited, bila abah dia balik kerja, masuk je dalam rumah, terus dia tunjuk gambar yang dia warna tu... Alahaiiii Aqilah... terharu saya tau... Dia dah mula tunjuk minat untuk "serius" dengan buku macam Alisha... Eh jap, nak cakap jugak. inilah antara kesan yang kita nampak bila selalu memuji hasil kerja anak... walaupun kecil pada mata kita tapi amat bermakna pada diri anak2 syurga kita...