Tips petua dan cara-cara bagi ibu bapa, anak-anak, rumah tangga, ibu, wanita, pendidikan serta blogging dalam bahasa Malaysia. Blog yang sarat dengan tips dan petua cara ibu bapa didik anak dan bentuk rumah tangga bahagia
Hari Rabu baru dapat update blog... adehhhh... Kabel telefon rumah saya kena curi lagi, ni pun saya update blog guna internet dari hotspot hp saya ni haa.... Hujung minggu baru ni, kami pergi bercuti ke Alor Star... Walaupun dari Sungai Petani ke Alor Star tu tak jauh mana, tapi saya tetap nak guna word bercuti sebab kami tidur hotel, so, kalau tidur hotel, ianya dikira bercuti... muahhahhaha.. Saya ajak my dear pergi ke Pacific, kononnya nak beli hadiah GA la.. hajat di hati, pada mulanya nak bagi hadiah buku... tapi bila dah masuk Pasific, udah rambang bijik mata pulak tengok pakaian... Bila dah rambang bijik mata, kaki mulalah menyinggah, tangan mulalah membelek... Dalam duk membelek tu, mata ni boleh pulak terpandangkan kain skirt... Saya memang dah lama sangat mencari kain skirt untuk anak2 saya ni...
Saya suka pakai skirt & saya suka jugak tengok budak2 pakai skirt... Rasa macam gegirl sangat je pakai skirt ni... Kalau macam Afrina tu dah ada beberapa helai skirt, Alisha & Aqilah yang belum ada lagi... Makanya saya belilah skirt sehelai sorang untuk Alisha & Aqilah... Kain skirt ni, labuh la yer... bukan skirt pendek, lagipun anak2 saya pakai tudung, kenalah labuh... Afrina je skirt pendek... Saya beli 3 helai macam gambar di atas...
U all tau tak, yang sebenarnya, saya nak belikan untuk anak saya kain skirt yang bercorak tu tau... sebab saya berkenan sangat dengan yang bercorak tu... tapi memandangkan takda saiz Alisha, maka terbantut niat saya... Saya kan suka sedondon kan anak2 saya, hanya kerana takda saiz, maka tak jadi beli untuk mereka kain skirt yang bercorak tu... Tapi hajat di hati ni, nak jugak kain skirt bercorak tu... Maka untuk memuaskan hati sendiri, saya belilah jugak skirt bercorak tu tapi untuk dibuat sebagai hadiah GA... takpala, takda rezeki untuk anak saya... tapi ada rezeki untuk bakal pemenang Mini Giveaway #39 nanti...
MINI GIVEAWAY #39 AKAN DILANCARKAN PADA 03/09/2015, DARI PUKUL 7 PAGI SEHINGGA PUKUL 12 TENGAH MALAM... HADIAHNYA KAIN SKIRT BERCORAK UNTUK ANAK UMUR 3 TAHUN @ SEORANG PEMENANG..
"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"