Stress dengan diri sendiri saya sekarang ni... Stress sebab MALAS sangat update blog...!! Banyak sangat dah perkembangan 3 orang anak solehah saya yang saya tak tulis dekat sini... Alisha sekolah dah sebulan pun masih tak tulis lagi pasal persekolahan dia.. Idea berlambak2 tapi penyakit MALAS tu duk beraja dalam diri.. Haihhh... Akan usaha gak at least 1 entry sehari... Harap2 berjayalah lawan penyakit MALAS ni...
Hari ni genaplah umur anak solehah Afrina 5 bulan... Sekejap je dah 5 bulan, tapi cerita Afrina dalam blog ibu dia ni secoet je... Haihhh... Kesian Afrina bila besar tak dapat tahu banyak perkembangan dia masa kecik2... Afrina sekarang dah pandai meniarap & dah mula menyulur ke depan sikit2... Afrina pandai meniarap betoi2 ketika minggu pertama umur dia 4 bulan... Tapi untuk kali pertama dia meniarap ketika bulan 12 minggu krismas tu... Itu pun Alisha yang nampak.. Dia duk menjerit cakap "ibu... ibu... tengok ni, Afrina buat sendiri"... Maksud Alisha, Afrina meniarap sendiri... Bila dah pandai meniarap, u all tahu je la.. asal letak je meniarap.. asal letak je meniarap.. nak pakai pampers pun dia meniarap... Seingat saya, 3 orang anak, hanya Alisha sorang je senang ketika nak bagi pakai pampers... takda nak meniarap bagi... betoi2 "serah diri" si kakak Alisha ni... (",)
Ok, kerajinan untuk entry ini setakat ini sahaja.. hahahhaha.. Entah apa2 saya ni kan, ketuk kepala tu baru tau..!! Actually saya ada jugak update cerita... tapi di instagram & share di FB.. Cuma kat blog je malas sikit... So, kalau u all nak, boleh jugak follow Instagram saya atau Facebook saya...
"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"