Orang kata kalau kandungan dah masuk 7 bulan dah boleh start minum air kelapa muda... tapi ada jugak yang awal2 pregnant dah start minum... Tapi saya ni kandungan 36 minggu baru minum... Awal2 mengandung memang tak minumlah sebab saya risau... Yela, orang kata kalau minum air kelapa ni boleh bersihkan baby time bersalin nanti, so, saya takutlah kalau minum awal habis dibersihnya janin saya tu... hihii... *dasar penakut, andaian punya hebat.. kikikiii
Di Sungai Petani ni, sebijik kelapa muda harga RM3.50... biasa saya minum sebijik kelapa camtu je.. takda nak campur gula or ais... baru2 ni kami pergi rumah pakcik my dear... my dear ada ambik buah kelapa muda 4 bijik untuk bagi saya minum... Orang tua2 kata, tujuan minum air kelapa muda ni untuk memudahkan kita bersalin & bagi kepala baby kita yang lahir tu nanti bersih.. kiranya takdalah banyak sangat daki2 yang melekat dekat kulit kepala tu...
Macam saya pulak, tujuan saya minum air kelapa muda untuk bersihkan or kurangkan daki2 di kepala baby... Kalau untuk memudahkan bersalin, saya akan minum air zam-zam.. InsyaAllah akan memudahkan kita bersalin & mempercepatkan pembukaan laluan baby kita tu nanti...
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."
xdela sampai cuci janin. hehe. yg cuci janin yg tajam2 dan pedas. :D