Kami di pagi raya

Rasanya dah lama sangat saya tak update blog.. makin dekat nak bersalin MAKIN MALAS..!! Hari rabu ni, genaplah kandungan saya 37 minggu... tengah cari mood nak update blog... terlalu banyak cerita tertangguh.. Tunggu mood dah datang, saya karang entry banyak2 yer... Tengah saya malas nak mengarang ni, u all layan je lah gambar kami pagi raya di rumah abang abah saya yang sulung yer... (^_^)


Tema kami untuk tahun ni, saya pilih warna terang, purple + pink.. kononnya saya nak colour blocking la baju saya & anak2... hihi


Baju saya & anak2 lebih kurang je u all... cuma yang bezanya baju Alisha & Aqilah lengan pendek, saya punya lengan panjang... lagi satu, baju Alisha & Aqilah ada reben besar dekat bahu tapi saya punya ada butang di bahagian dada sebab senang untuk BF anak after bersalin nanti...


Baju saya 3 beranak ni tempah dekat kedai... murah je upah untuk 2 beradik ni... RM15 sehelai...


Baju ni saya design yang simple2 je.. pada mulanya ada gak terpikir nak tempek bunga or manik2 dekat baju Alisha & Aqilah... tapi pikir2 balik, better saya buat reben besar je dekat bahu mereka sebagai penegasan.. takdalah nampak "penuh" sangat... simple2 je...


Walaupun gambar kabur, tapi nak jugak tempek gambar family saya... Baju merah tu mak & abah saya... baju biru tu, adik saya... seronok dia dapat beraya di kampung tahun ni... harap2 raya tahun depan adik saya diberi peluang untuk berjalan walaupun menggunakan tongkat... InsyaAllah... Yang belakang abah saya tu, adik bongsu saya.. 

P/s : Takut ada yang bertanya lagi kenapa "tutup" muka my dear.. jawapannya sebab my dear tak nak libatkan diri dia dalam life "blogger" saya ni... 


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 31 comments.. read them below or add one }

Ainim Rashihah Ainim Rashihah August 04, 2014
Selamat hari raya Aidilfitri buat kak ina dan keluarga
aziazib aziazib August 04, 2014
tempah kat area negeri2 ni murahkan. klu bandar kl ni mahai... cantik baju alisha n aqilah... dah xlama dah nak bersalin tu kan ina... sy sampai mimpi2 pecah air ketuban last week takut lak nak salin anak ketiga ni...
nur anis nur anis August 04, 2014
comel baju anak-anak akak..:)
Sheila Salim Sheila Salim August 04, 2014
Assalamualaikum kak intan. selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir dan batin.. lawanya tema akak sekeluarga. meriah warna dia.. hehe tak lama lagi tu, adik baby nak keluar ~~~
syawalsimpsons syawalsimpsons August 04, 2014
selamat hari raya ina....sayang sungguh la tak dapat beraya ngan ina tahun ni....mmmm sedey
maszull maszull August 04, 2014
assalamualaikum intan..selamat hari raya dr mama sekeluarga buat intan...:)
Unknown Unknown August 04, 2014
assalammualaikum.. salam lebaran .. =)
LYAfrina LYAfrina August 04, 2014
salam aidilfitri ina..
maaf zahir n batin..

sama tema kita.. purple..

baru nak tanya nape?? hhehe
LYAfrina LYAfrina August 04, 2014
salam aidilfitri ina..
maaf zahir n batin..

sama tema kita.. purple..

baru nak tanya nape?? hhehe
Rizziela Rizziela August 04, 2014
tu tadi nak tanya gak..naper muka diblur kan plak :D
- AZIE - - AZIE - August 04, 2014
cantik ina kombinasi warna ni...meriah..murah btl caj rm15 upahnya....memg murh sgt. kat tmpt sy xdpt rega ni!
zara'adha zara'adha August 04, 2014
cantek nyer warna kaler baju.. comel nyer nak-anak beraya sedondon..
PERMATABIRU PERMATABIRU August 04, 2014
selamat hari raya ^_^..terima kasih duit raya dh dapat hehe
zmarl (ibu) zmarl (ibu) August 04, 2014
selamat hari raya kak ina..
cantik baju..terbekenan pulak..hehe
Masya Masya August 04, 2014
selamat hari raya, maaf zahir dan batin ... block sgt tema tp cantik kombinasi warna ni hihihhi ... seronok ada gambar satu keluarga.. kami tak sempat sebab ada baraan keluarga...
AnonymousAnonymous August 04, 2014
cantik baju 2beradik tu. Murahnya upah mnjahit.

Tifaanvar
FarahFerraDotCom FarahFerraDotCom August 04, 2014
Kih..kih..kih...baru nak tanya kenapa tutup muka hero..tengok2 dah jawab dah.. hehehe..
Cantik sedondon jer semua.. kombinasi color pink purple memang cantik..

*psst~ nak datang rumah ek Sabtu nie..datang jer.. farah tunggu k..=D
Unknown Unknown August 04, 2014
Selamat hari raya ina...comel kaler baju!! pandai jugak ina design baju sendiri ek..:)
Umialya Umialya August 04, 2014
Selamat hari raya Ina.. maaf jika ada kesilapan dipihak akak selama kita berblogging..

comel alisha n aqilah..
Mimie Mimie August 04, 2014
hehehe..sweet aje tgk..memg cntik baju raya kak ina
Syamimi Saad Syamimi Saad August 05, 2014
Selamat hari raya kak..cantiklah baju akk & ank2.. :)
AnonymousAnonymous August 05, 2014
murah btl upah mnjahit kat sana. X menahan tngk adk llki ina pose mcm tu. Skali tngk nampk normal sngt kan? Smga adk ina smbt raya thn dpn sbgai seorg yg normal n sihat

tifaanvar
Puan Kutu Puan Kutu August 06, 2014
murah ye baju tempah aqilah dan alisya..tempah kt mana ni ina?

tema purple pink.sweet sgt
Cik Itah Cik Itah August 06, 2014
salam. selamat hari raya buat akak sekeluarga :))
Zai Zamree Zai Zamree August 06, 2014
amboi...bj anak beranak sm ja pesyen dia

Selamat Hari Raya :)
Fiza Rahman Fiza Rahman August 06, 2014
CAntik sedondon. Murah tu upah jahit.

Selamat hari raya dan maaf zahir batin buat ina & family.
QasehnyaRania QasehnyaRania August 06, 2014
mcm warna cool blog..
cntik gabungannya..

murah la tempah jahit baju anak2.buat kat sp atau chemor?

salam syawal ke 10 :)
sy mnta maap kalau ada pnh terkasar bahasa dgn ina spnjnag kenal di alam maya ni..
Unknown Unknown August 08, 2014
serius kak! cantik baju akak anak beranak! berminat terus design cam gini..
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ August 11, 2014
salam k.ina..
selamat hari raya buat akak sekeluarga ya.. huhu.. cma mintak maaf kalo ada kata2 or komen2 yg cma lemparkan ada buat akak terasa hati.. huhu...

seronok tgk adik akak..dah semakin sihat.. alhamdulillah...

cantik baju raya akak..kaler blocking.. ^^