Aiskrim Malaysia untuk anak2

Dari minggu lepas lagi Alisha duk cakap "Ibu, kakak nak aiskrim Malaysia"... Kalau anak2 mintak makanan ni, selagi tak tunaikan, tak senang hati saya dibuatnya... So, hari Sabtu baru ni, kami keluar pergi mencari plastik aiskrim Malaysia.. Malam tu terus saya buat aiskrim... nampak tak, saya pun teruja... hahah.. Serius time ni saya rasa excited sangat nak buat tau... bukan apa u all, sebab rasa seronok sangat2 nak penuhi permintaan anak2 solehah saya tu... Lebih2 lagi mereka sangat excited tengok aiskrim malaysia yang saya tengah buat tu...


U all bayanglah, excited tak excitednya Alisha sampai malam tu time kami semua nak tidur, Alisha tak boleh tidur, duk pusing kanan, pusing kiri... siap cakap "Hishhh macamana nak tidur ni"... "kakak tak sabarlah nak makan aiskrim Malaysia"... pastu saya cakaplah... "kakak kenelah tidur awai... cepat tidur cepat bangun cepatlah kakak boleh makan aiskrim" pastu Alisha balas "Baik ibu.."... Esoknya Alisha bangun terus je bukak peti ais tau u all... ahhaha... tak mandi tak apa terus makan aiskrim... 2 x 5 je dengan Aqilah... siap duk melompat2 depan peti ais... berjoget bagai... Ya Allah... time ni saya rasa terharu sangat2... yela, walaupun saya hanya sekadar buat aiskrim malaysia yang senang tu, tapi bagi anak2 dah gaya macam saya bagi emas selonggok dekat mereka... Kalau anak2 nak makan apa2 kan u all... mereka nak suruh u all masak apa2... buatlah u all, pasti anak akan gembira... kita pun terlebihlah lagi gembira...


Ohya, u all tahu tak... bila Alisha tengok saya buat aiskrim ni kan, dia boleh pulak cakap "Ibu, banyaknya... ibu nak jual dekat mana ni?" hahhahah... Adoi la Alisha oiiiii... mulut macam mak nenek... tahu pulak dia apa itu maksud jual.... adehhhh.... hahha... saya buat aiskrim milo, aiskrim jagung, aiskrim bandung & aiskrim sirap..


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 16 comments.. read them below or add one }

Falsya Falsya July 21, 2014
huwaaaaa..rindunye eskrem nieeee...eskrem 10sen...;)
Asha Lya Asha Lya July 21, 2014
seronok tgk anak2 gembira kan kak bila kita gembirakan hati diorang
FarahFerraDotCom FarahFerraDotCom July 21, 2014
dulu kecik2 memang suka makan aiskrim malaysia nie.. paling favorite aiskrim milo la..satu hari 2-3 batang boleh habis.. =D
AnonymousAnonymous July 21, 2014
masa buat mmng nmpk bnyk je. Tp skjap je blh habis. Trngt kat arwah MyMIL yg dulu2 jual skrim ni.

Tifaanvar
emarieys emarieys July 21, 2014
pernah juga ema buat...memang setiap masa pintu peti ais terbuka sebab anak tak sabar nak tunggu aiskrim mengeras.
zmarl (ibu) zmarl (ibu) July 21, 2014
wahhh banyaknya stok eskrim..kalo dapat kat anak zee pon kejap jerk ni..
Ainim Rashihah Ainim Rashihah July 21, 2014
lamanya tak makan aiskerim malaysia
Mimie Mimie July 22, 2014
nih kalo sy buat mau mengadap 24jam aina n auni
shahdiana shahdiana July 22, 2014
aiskrim malaysia..at least xda pewarna tiruan @ bahan pengawet kan...anak-anak pun happy...
lynndamya lynndamya July 22, 2014
Haha, aiskrim ni memang nostalgia sgguh :D gembira tgk anak2 happy kan..comel betul (n_n)
Unknown Unknown July 22, 2014
ahhh rindunyaa zaman dulu2 mak jual aiskrim ni..
Shida Radzuan Shida Radzuan July 23, 2014
wahh seronoknya kak ina mkn aiskrim cni saya pn suka :)

tp ank2 buah sya xleh mkn ais sgt nnt mula la ade yg demam huhu antibody xkuat dorg ni mkn ais kena kurg bila kerap siapla..
Nora Karim Nora Karim July 23, 2014
Wah banyak ni... mmg patut la Alisha tanya nak jual kat mana... hahahaha arwah mak akak dulu dia buat bagi penuh peti lepas tu dia bagi je budak2 yg main petang2 dpn umah... lepas pada tu jiran2 semua suruh jual... mak akak pun jual la sebatang tu 10 sen... lps pada tu org dr taman sebelah pun dtg beli... sekali dorang beli smpi 30-50 batang! Tapi baru rm3-rm5... heheh mmg seronok la kalau budak2 dtg beli...
QasehnyaRania QasehnyaRania July 23, 2014
eskerim malaysia ttp dihati.nak nak eskerim mili n bandung tu..waduh waduh :)
Puan Kutu Puan Kutu August 06, 2014
tu dia punya banyak ina buat..betul kata alisya,mmg ada gaya macam nak berniaga je.hehe..sy suyka milo,jagung,bandung..aduh semua pun sedap.selalu buat dalam cawan je..klu buat cam gini pagi petang siang malam aiskrim la anak soleh sy tu.hehe
NOR HASLAWATI SAAD NOR HASLAWATI SAAD November 01, 2015
Saya jual aiskrim ni.miZwair ice cream.boleh lihat di fb saya....Nor haslawati saad