Alhamdulillah, di usia 3 tahun ++ ni Alisha dah mula mengenal ABC walaupun bukan sepenuhnya lagi.. Semalam ketika saya temankan Alisha "study", si Aqilah ni sibuklah ambik jugak FLASHCARD yang tertulis huruf A sampai Z... saya pun ajarlah Aqilah, saya sebut A dia sebut A.. Saya sebut B dia sebut B camtulah seterusnya... Saya tak sangka yang Aqilah mampu sebut huruf2 tu... maksud saya ada bunyi sebutan huruf yang dia sebut tu... kiranya takdalah saya dengar dia cakap bahasa baby time saya ajar dia sebut huruf2 tu kan...
Yang buat saya lagi terkejut tu kadang2 sebagai contoh saya ajar Alisha ABC... saya sebut B so, Alisha akan sebut B la jugak kan... bukan setakat Alisha yang sebut tau u all, tapi siap dengan Aqilah pun sebut sama B... mesti anak2 u all pun sama macam Aqilah kan... Ni lah antara punca orang kata anak2 nombor 2 akan cepat pandai dari anak nombor 1.. Rasa nak penyet2 jadi lumat je Aqilah ni tau... kecik2 dah tunjuk minat belajar.. hihii.. Eh, nak tanya u all, kalau anak2 lelaki camna yer?.. Mereka sama macam anak2 perempuan jugak ke minat belajar camni? Ke minat belajar antara anak2 lelaki or perempuan ni bergantung pada asuhan parent? ke memang dah semulajadi seseorang tu rajin or tak belajar?... Saja tanya sebab takda pengalaman dengan anak lelaki lagi tapi doa2kan saya moga anak dalam kandungan saya ni lelaki yer... (^_^)