Aqilah yang tak mengenal erti takut

Kalau cakap bab Aqilah.. dia memang cukup berani... tak padan dengan kecik, mengalahkan kakak dia... bab panjat memanjat no 1, tapi yang heran tu, bab panjat tinggi mana pun dia tak takut tapi kalau longkang yang ada penutup besi yang jaring2 besi tu kan.. dia takut plak.. slow je gaya jalan atas tu.. ahhahha


Seperti biasa, aktiviti kami setiap minggu jika tak balik kampung adalah pergi Taman Permainan Jubli Perak Sungai Petani... Bawak anak2 ni main dekat sana.. tapi kami suka pergi pagi.. petang ramai orang + susah nak parking... Ni cerita hari Khamis baru ni, permainan baru yang Aqilah main adalah memanjat besi tu haa... tak tau nak panggil besi tu apa ntah... Agak tinggi jugak besi tu.. melebihi ketinggian saya lah kiranya...


Tak payah diajar cara memanjat, Aqilah memang dah teror + berani..! Tapi dia tak sedar yang ibu dia ni risau.. Yela, kamu tu baru umur setahun lebih je anak oii... Dalam gambar atas ni, u all tahu apa Aqilah tengah buat...? Boleh dia pergi turun naik turun naik badan dia tu... dah gaya macam nak berjoget dekat atas tu haa... sikit pun tak takut... tunjuk kehebatan lagi ada...


Dah puas berjoget, dia boleh pergi duduk bersantai pulak atas besi tu... alahai anak.... saya ni risau + penat dah berdiri lama2 dekat situ.. Last2 saya suruh Aqilah cepat2 habiskan panjat dia tu... 


Nampak tak muka orang berani yang ada senyum itu...


Ingat ke bila dah bangun dari duduk, bolehlah dia terus ke "final".. tapi boleh pulak dia berhenti tengok orang..


 Aqilah memang berani betoi... aktif pun yer... kadang naik "semput" mak buyung ni layan kecerdasan si anak solehah ni sorang... Hanya diam time tidur je.. tak reti penat... Aqilah relax je panjat besi tu tapi ibu dia ni yang cuak, maklumlah, besi tu pun tinggi dari saya.. risau gak, takut dah sampai dekat atas tu, tiba2 saya tak boleh handle dia dari bawah... 

Ohya, tujuan Aqilah panjat besi tu untuk masuk ke papan gelongsor yang sebelah kiri u all tu tau... Keberanian Aqilah dalam segala segi, kadang2 buat saya takut jugak tapi kadang2 buat saya rasa bagus jugak dia berani sebab dia kan bakal jadi kakak, so, nanti dia takkan terlalu bergantung dekat saya.. dengan kata lain, dia boleh handle diri sendiri cuma saya perlu beri keyakinan je dekat dia.. Tapi apa2 pun, pemantauan tu perlu la.. tak bolehlah yakin camtu je kan... budak berani & cerdas ni  baru gak umur setahun lebih... (",)


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 7 comments.. read them below or add one }

Mar Mansor Mar Mansor May 05, 2014
mau tak risau..ish..macam anak saya pun lasak..
Unknown Unknown May 05, 2014
Mmg budak cerdik tak kenal erti takut...
eija_sweetmama eija_sweetmama May 05, 2014
anak no 2 mmg aktif dan berani sikit la rasanya..sama la mcm anak k.eija yg no. 2 mmg lg lasak dan aktif berbanding abg dia.
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ May 05, 2014
salam k.ina..
hihi..cma ade tgk pic aqilah mmanjat rak kain tu.. mmg aktif orgnyer..alhamdulillah..
semoga kekal aktif dan sihat...
hati2 menajat tu yer aqilah..risau ibu ni ha... :D
ayie atiqah ayie atiqah May 05, 2014
laa..kak ina g taman jubli khamis lpas ke,ayie g joging situ kot pg khamis tu,nape xt'serempak dgn kak ina..aiisshh =/
Fiza Rahman Fiza Rahman May 06, 2014
Baguslah tu. Berani dan tahan lasak.
Mimie Mimie May 09, 2014
Tgk gaya pun memg tau aqilah nih je is brani