Anak2 bila dapat kebebasan

Anak2 saya memang terkurung je dalam umah ni u all.. Terkurung dengan terisi aktiviti la tapinya.. paling kuat pun, dorang main dekat dalam kawasan pagar umah kami ni je haa.. nak harapkan ibu dia bawak jalan2 pusing taman?.. tak tahu tahun bila la u all.. saya memang malas nak pusing2 taman ni.. Kalau taman ni ada playground ke, syok gak bawak mereka keluar.. Ni apa pun takda.. Anjing & kucing ada la.. Sebab tu asal cuti je kami keluar jejalan bawak anak2..


Ni cite dekat umah parent saya.. tahun lepas punya cite.. Time ni kami nak keluar g melawat adik saya kot.. so, sementara tunggu yang lain bersiap, saya bagi la pelepasan dekat Aqilah keluar dari pintu pagar umah atok dia tu...



Dah dapat keluar, bukan main lagi dia berjalan.. 



Dari jambatan utama, dia bergerak ke kebun mini opah dia tu.. kutip apa2 yang ada.. Ohya, time ni musim buah, so ada rambutan la.. kiranya Aqilah lalu dekat kebun mini tu kutip kulit rambutan hasil buangan abah dia... bukan kutip yang belum kupas.. adehh



Pastu dia bergerak plak ke jambatan kedua.. Tapi kene perati.. tak leh biar dia camtu je sorang2.. sebab dekat umah parent saya ni ada parit, walaupun air dia cetek tapi bahaya la jugak untuk budak besar Aqilah ni kan.. Ni lah anak2.. memang seronok kalau dapat pelepasan keluar dari pagar umah..


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 17 comments.. read them below or add one }

mila mila March 05, 2014
wah bestnye ad mini kebun hehe..
Sya Sya March 05, 2014
mmg kan...dorang dh selalu kena kurung, dpt keluar mmg seronok..Aniq pun ,pantang nmpak pintu terbuka, tau2 je dah kat luar..
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ March 05, 2014
salam k. ina..

hihi.cantik laman mak akak..
kemain aqilah explore kesana kemari ye.. hihi
Sheila Salim Sheila Salim March 05, 2014
Assalamualaikum kak, bestnya tengok anak berjalan sendiri. explore sendiri. kuit je tengok telatahnya ~~~
Nora Karim Nora Karim March 05, 2014
wah... panjang langkahnya tu... hehhe comei aqilah ni... kejap je dah besar...
Maria Firdz Maria Firdz March 05, 2014
mmg x cukup tnah la dia jln klu dh diberi kebebasan..
- AZIE - - AZIE - March 05, 2014
seronok la diorg sekali sekala..tp kita la kena berhati2 memantau diorg
NaZiRaH @ Ezyra NaZiRaH @ Ezyra March 05, 2014
sama la mcam adik solehah saya, kalau dapat keluar rumah, laju ja dia lari, jenuh juga la nak kejar, haha
Mimie Mimie March 05, 2014
cantiknya rumah parent kak ina
Lynn Damya Lynn Damya March 05, 2014
Hahaha, kesian dia kutip kulit rambutan je ye, comel je jalan2.. :D
Unknown Unknown March 05, 2014
comel aqilah! bila dapat bebas kemain lagi ha..
maszull maszull March 05, 2014
assalamualaikum intan...mmg seronok kalau dpt berjalan sendiri mcm ni...Awisy pun kalau dpt keluar mmg suka..:)
Puan Kutu Puan Kutu March 06, 2014
mak budak pun sukajalan inkan budak2..afia tu tak padan dengan umo belum setahun pun petang2 dh demand ajak jalan ina.hehe
Unknown Unknown March 06, 2014
aktiffnyaa aqilah nih, hehehe
shahdiana shahdiana March 06, 2014
kalau kita ada sekali takpe ina..sesekali best jugak tengok diorang terlepas..cuma kalau sendiri yana pun memang tak bagi..tak sanggup ambik risiko...
Unknown Unknown March 07, 2014
mesti cute je time aqilah jln tu kan..hihi.. anak2 bulus deqla pun mcm tu la, bila dpt keluar kemain lagi.. xmo blk pun ye.. hihihi.. deqla citer psl anak bulus je la eh.. nk samakan dgn anak sendiri xdok..huhuuhuu.