Rambutan penyebab kahak di paru2?

Hari Jumaat yang dulu @ 20/12/2013.. Saya tengok Alisha lemah je tau.. dia asyik tidur je... yang buat saya tambah risau..pernafasan dia tu nampak laju.. kalau kita tengok luaran ni, nampak dia nafas biasa je.. tapi bila selak baju dia, nampak dada dia tu berombak.. Dia plak duk mengadu sakit perut 3 hari dah dekat saya.. Risau gak saya, apa masalah kan... dari sakit perut, last2 nafas plak jadi camtu...

Petang tu kami ambik keputusan bawak Alisha g Klinik Dr Azhar & Rakan2.. Saya gtaulah Alisha sakit perut.. Doktor check2 dia kata dia tak dapat kesan apa2 dekat perut Alisha.. so, dia suggest kami ke hospital sebab katanya dia risau takut alisha ada apendix sebab apendix ni serang secara diam2 lagi satu plak, nafas Alisha pun berombak.. doktor risau kot2 jadi pe2... Saya yang dengar doktor cakap camtu, bertambahlah risau.. Yela, kalau betoi apendix, habislah kene bedah... tak sanggup nak bayangkan anak umur 3 tahun nak kene bedah....

Lepas doktor siapkan surat, terus kami ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dekat bahagian kecemasan.. Bila nombor dah dipanggil, kami masuk bilik 1, saya bagitahulah yang Alisha ni gtau sakit perut dah 3 hari tapi hari ni perut dia jadi macam "berombak".. nafas pun berbunyi... So, kami diberi lagi satu nombor untuk masuk bilik 4 plak.. 

Bila doktor (lelaki) check, dekat perut Alisha takda masalah apa2 pun... doktor tanya Alisha sakit dekat mana.. Alisha diam je... Alahaiii anak saya ni.. susah betoi jenis "takut" dengan orang... Doktor tu check dekat paru2 pun, dia cakap takda apa2 masalah.. ok je.. Tapi saya sebagai ibu, mana senang hati tengok anak saya bernafas sampai berombak camtu.. mestilah saya risau kan.. first time plak tu... Last2 doktor tu telefon doktor (perempuan) bahagian bedah perut rasanya... Saya kan rasa bagus2lah doktor2 kat hospital ni, walaupun dia dah check takda masalah tapi bila "firasat" seorang ibu yang mengatakan sebaliknya, mereka TIDAK PANDANG SEBELAH MATA TAPI TERUS CHECK HINGGA JUMPA "SESUATU"..  Bila doktor dari bedah perut turun ke bawah, dia tanya Alisha nama penuh & sakit dekat mana tapi Alisha macam biasalah... mana dia nak jawab.. siap tutup muka ada laaa.... adoiiiiii masalah gak camni.. Eh, nama penuh Alisha pun Alisha tak tahu lagi.. erkkk kene ajar ni...

Bila doktor bedah perut tu check kan, dia kata ALISHA TAKDA MASALAH BERKAITAN PERUT.. TAK PERLU BEDAH OR APA2.. TAPI ADA MASALAH DEKAT PARU2, ADA KAHAK.. So, doktor tu panggil lagi sekali doktor lelaki yang telefon dia suruh check tadi tu... Doktor lelaki tu macam terkejut.. "Eh yeke doktor.. tadi saya check paru2 di ok".. So, last2 Alisha kene pergi sedut gas lepas tu kena bawak pergi X-ray... Alisha anak yang bagus.. dia memang minat bab2 "doktor2" camni... ingat ke kot2 la dia tak nak sedut gas tu.. tapi relax je... Lepas dah sedut gas, kene bawak g bilik x-ray plak... Canggih ye x-ray sekarang ni u all.. keputusan terus masuk dalam komputer.. takda nak dapat sekeping "plastik hitam " yang besar tu dah.... Bila doktor dah tengok hasil X-ray, kahak dekat paru2 Alisha masih ada... Nasib tak kene tahan dekat wad.. sebab time tu Alisha pun dah nampak aktif sikit...

Baguskan hospital ni... sakit camtu je tapi siap dengan doktor bahagian bedah perut check & g x-ray lagi.. prihatin..!! Bila balik rumah saya terpikir punca Alisha jadi camtu... kesimpulan yang saya dapat maybe dia makan terlalu banyak rambutan.. Kata ada kebun, satu plastik besar dia bawak balik dari rumah atuk dia... punya banyak dia makan, siap suruh abah dia beli lagi.. So, lepas ni, saya akan beringat.. tak leh bagi dia makan rambutan sampai tak hengat donia... Rambutan tu kan sejuk... Ohya, pasal Alisha sakit perut tu, saya pun tak pasti kenapa.. maybe time doktor check @ hati ketiga tu perut dia dah makin ok kot...

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

{ 15 comments.. read them below or add one }

syawalsimpsons syawalsimpsons January 03, 2014
takut kan kalo budak2 ada kahak dalam paru2 kan
nad nad January 03, 2014
Abh saya ckp, takyah riso sgt klu budak makan rambutan yg petik dr pokok. Kurang batuknya... Lain la klu makan rambutan yg dibeli kt kedai tu..
Wallahualam...
Taktau gak kan, klu mkn scr berlebihan bleh jd gak

Apa2pun moga alisha cepat baik
Ann Ishak Ann Ishak January 03, 2014
semoga alisha cepat sembuh ye :)
mila mila January 03, 2014
anak sy skrg ni kahak dia terlalu banyak..kesian tgk dia...sis ad cdgn x cmne nak buat? smlm pegi pakar kanak2 pn dia x check sgt just bg ubat je..sy kalo blh nak suh kahak2 jahat tu keluar tp xthu cara ::-( anak bru 9bulan x reti nk kuarkan kahak tu..
QasehnyaRania QasehnyaRania January 03, 2014
tapi kan kalau kita pikir logik. kalau kita yg dewasa mkn rambutan telebih pon akan batuk kan.. tapi kita pandai buang kahak tu bila dh rasa batuk yg truk sgt. budk budk mana nak tahu caranya kan. alisha x batuk ke?
Unknown Unknown January 03, 2014
huiii kena kontrol tu ina walaupun dia suka makan.. Macam afiq pun, memang dia suka mkn rambutan. Tp shima limitkan.. dalam 3biji sehari. Mkn byk2 pun boleh sakit perut utk kita yg dewasa ni. BUkan tak kasi langsung, tp kontrol kuantiti orait :) Sedangkan shima klu mkn pisang byk pun.. akibatnya angin puss-pusss la sentiasa keluar hahhahahaahha...
emarieys emarieys January 03, 2014
rambutan ni sejuk...makan banyak boleh bawa sakit juga...nasib baik Alisha tak alami perkara serius
msredcheesecake msredcheesecake January 03, 2014
org pun cakap makan rambutan senang batuk.... sy pon tak tahu kenapa...
haryati haryati January 03, 2014
siannya tapi kita pun tak sangka bley jd camtu...sib baik ok je...
Fiza Rahman Fiza Rahman January 03, 2014
Siannya alisha. Anak2 pon suka makan rambutan. Kena kurangkan lah lpas nih.
Miss N™ Miss N™ January 05, 2014
betullah tu..rambutan puncanya..sbb kalau rambutan bila mkn byk kita akan batuk...

itu yg kahak berkumpul diparu2 dia tu...moga alisha cepat sembuh. :)
Unknown Unknown January 07, 2014
hmm.. rasanya betul.. rambutan mmg xleh mkn byk2.. kan batuk2.. deqla mmg jarang sgt mkn rambutan.. so skng alisha mcm mana?
Nora Karim Nora Karim January 08, 2014
rambutan antara kategori buah "berbisa" jika dimakan berlebihan akan menyebabkan batuk yang berterusan dan pembentukan kahak...
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ January 08, 2014
salam k.ina..

alhamdulillah alisha tak de sakit apa2 yg teruk..
lepas ni kena hati2 nk bg anak mkn buah,,cma sendiri pun, anak2 hantu rambutan.. huhu..

bagus la doctor kat sna attend patient.. good job!
Unknown Unknown January 09, 2014
rambutan kan sejuk kak.. kalau kita dewasa yg makan pon boleh batuk..

hakimi pon batuk2 kahak sekarang ni..sian betul!