U all makan apa tengahari tadi?.. Hari ni saya masak nasi hujan panas dengan gulai ayam pencen... Ni kes my mum la semalam.. duk sembang punya sembang, pastu my mum cakap dia masak nasi minyak & gulai ayam pencen... Mulalah saya terliur, terus hari ni berhajat nak masak nasi minyak, tapi di tengah jalan ubah pikiran nak masak nasi hujan panas.. hihii
Nak masak nasi hujan panas ni senang je... Cairkan marjerin pastu tumis bunga lawang + bunga cengkih + buah pelaga + kulit kayu manis + bawang besar + bawang putih + halia + daun pandan = bagi naik wangi... masukkan beras + air + susu cair + garam = dah siap, pindahkan ke rice cooker... Bila nasi dah nak masak, masukkan pewarna yang u all nak.. macam saya, saya masukkan pewarna kuning, merah & hijau..
UPDATE :-
GULAI AYAM : Tumis bawang besar + bawang putih (yang dah dikisar) + cili giling (or yang sewaktu dengannya) + bunga lawang + bunga cengkih + kulit kayu manis + buah pelaga = tumis hingga wangi... masukkan serbuk kari ayam = tumis lagi hingga pecah minyak... masukkan ayam + air + kerisik = untuk bagi ayam pencen lembut (jika ayam masih belum lembut, boleh ditambah air lagi)... bila ayam pencen nampak dah lembut & air dah tinggal sikit , terus masukkan santan & garam.. siap..!!