Penangan hebat dari tempoyak..!!

Walaupun saya orang TERENGGANU... Walaupun saya dibesarkan dengan makan BUDU tapi saya jugak adalah pencinta TEMPOYAK...!! Dari kecik lagi saya suka tempoyak... suka... sangat2 suka!! Ingat lagi masa kami duduk di Terengganu, bila balik Perak, musim buah, arwah opah akan bagi kami tempoyak bawak balik Terengganu... sampailah saya dah besar & dah kahwin, arwah opah akan bagi jugak tempoyak bawak balik Sungai Petani... Bila arwah opah dah takda, maklong saya pulak yang buatkan tempoyak untuk saya & bagi saya bawak balik ke Sungai Petani... Memahaminya mereka akan minat saya yang satu ini...


Tempoyak ni biasanya saya akan makan dengan ulam atau ikan goreng... senang cerita, ia pengganti sambal belacan la... Ohya, sejak kami dah tak duduk Terengganu, saya dah kurang makan BUDU, bila balik Terengganu baru kami beli bawak balik sini... Tapikan, rasanya tak semua jenama BUDU saya boleh makan kot, sebab hari tu mak saya beli jenama apa ntah, kulit saya jadi gatal2.. tak pastilah pulak saya kenapa jadi camtu... selalu tak..


Berbalik kepada cerita tempoyak, saya punya gemar tempoyak ni sampai tahap saya boleh meratah sambal tempoyak tau u all... Eh, bukan sambal masak yer.... Sambal tempoyak macam dalam gambar ni haaa... Saya makan cuit2 dengan tangan... kadang2 sampai gatal2 kepala sebab pedas tapi teruskan jugak makan... Kalau ada sambal tempoyak atau gulai tempoyak, lebih2 lagi ikan patin, jangan terkejut tengok saya makan nasi berpinggan2 yer... Hanya kerana tempoyak, sekali pun perut dah kenyang sebab baru lepas makan nasi, tapi tiba2 saya "terjumpa" sambal tempoyak, saya masih boleh makan nasi semula... nasi gaul tempoyak tu pun dah sedap u all.... adehhh!! hebat betoi penangan tempoyak ni dalam hidup saya.... Nasiblah kami ada pokok durian sendiri, boleh buat tempoyak banyak2...

Haihhh tempoyak... tempoyak... telan air liur pulak saya bercerita dekat u all ni haaaa... hahaha.... Tengahari nanti nak goreng ikan la, cicah sambal tempoyak... perghhhh!! Ohya, kalau nak pedas, guna cili padi warna merah... berdesing telinga... pedas itu yang sedap..!! Normally saya tumbuk cili padi lepas tu gaul2 dengan tempoyak... ataupun boleh guna cili padi + ikan bilis = tumbuk & gaul2 dengan tempoyak... sedapnyaaaaaaa... oh tempoyak..!!


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

{ 21 comments.. read them below or add one }

syawalsimpsons syawalsimpsons September 04, 2015
sue makan gak tempoyak..gemor jugak...tp ina lagi win..hahahhaah
Alin Marlini Alin Marlini September 04, 2015
saja je tau buat orang lapar pagi2 ni...hehehehe...tempoyak is awesome
nur anis nur anis September 04, 2015
kita sama kak! hantuuuu tempoyak.. yang penting pedas dia kena kaw kaw..
zazanizam zazanizam September 04, 2015
Salam Jumaat Ina,
Tempoyak memang sedap !
Nugrul Sakura Nugrul Sakura September 04, 2015
kak ina bercerita bersungguh buat rasa mcm nk kene jugk cr tempoyak...hahahaha
arysha_fayyadh arysha_fayyadh September 04, 2015
Assalam ina,
ahkak pun fanatik tempoyak hokeyh
ni nengok sambai tempoyak kamu dok teringat my tempoyak dlm fride he3

pssttt : akak tak makan durian, tapi tempoyak gemor bebenor :P
monalea monalea September 04, 2015
Saya pun penggemar tempoyak. Bak kata suami sampai putus jari dok gaulkan tempoyak dengan nasi
Kak Vit Kak Vit September 04, 2015
tempoyak memang sedap! feveret saya dan husband :))

Tips rancang kehamilan
Unknown Unknown September 04, 2015
nampak org makan tempoyak cam sedap je.. tapi jijah xleh terima.. xpernah nk try cuba makan..budu pun sama..
Murni Alysa Murni Alysa September 04, 2015
Murni tak pernah makan tempoyak..nak kena cuba juga ni suatu hari
ecadwinkyasha ecadwinkyasha September 04, 2015
klu dekat, eca bg akak tempoyak doghian merahhhh.sedap!
Zai Zamree Zai Zamree September 04, 2015
kami x mkn tempoyak tp durian mkn...hahaha
Unknown Unknown September 05, 2015
Bestnya.. dapat makan tempoyak, dah lama ummi tak makan.
JOM
lynndamya lynndamya September 07, 2015
Salam, hahaha tempoyak mmg sedapp!! tp kalau kat johor, tempoyaknya pure durian, cuma tmbah garam sikit..dah siap..tu yg sy dtg shah alam or tempat lain, terkejut tgk ada cili2 dlm tempoyak..jd pelik rasenye..haha lidah xbiasa.
Puan Kutu Puan Kutu September 07, 2015
En suami suka ni..sy tak pandai makan..tekak western nk buat cmna.hahaha
NaZiRaH @ Ezyra NaZiRaH @ Ezyra September 07, 2015
TEMPOYAK??

MY FAVOURITE TOO, TERLIURNYA TGK PIC TEMPOYAK AKAK NI, NYUM NYUM NYUM
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip September 08, 2015
eeheheh CT suka gak tempoyak.. tapi jarang makan yang macam sambal belacan ni.. selalu bila dah masak dengan ikan atau udang je.. dapnye !! tempoyak udang !!! aargh..
Unknown Unknown September 08, 2015
husna tak mkn tempoyak tp sokong kak ina bab pedas tu.. wlaupun dah tawu pedas tp nak jugak.. hehehe,,
Nina Mads Nina Mads September 13, 2015
tak pernah makan tempoyak walaupon arwah tok org perok. hehehe
QasehnyaRania QasehnyaRania September 29, 2015
tempoyak mmg sedap dimakan..
suammi saya ckp berkenan tempoyak ikann sungai
saya just makan tempoyak udang galah dan
sambal tempoyak j. kalau buat ikan sungai just cedok ambil kuah.