Tanaman serai abah saya yang gemuk

Abah saya dari dulu lagi jenis yang pikir jangka panjang.. kiranya macam apa yang abah saya lakukan pada masa sekarang, kesan dia untuk jangka panjang @ di masa depan tu baru kita akan nampak... Antara contohnya, dalam bab penyimpanan duit, duit kahwin anak2, dari zaman kami anak2 ni belum nampak bayang2 nak kawen pun lagi abah dah menyimpan... Abah dah simpan siap2 duit kahwin saya & adik2 saya... Sebab tu bila kami nak kahwin, abah tak perlu ambik masa yang lama nak tangguh2, orang ajak kahwin, bincang2 je terus on.. Masa saya dulu, saya & hubby kan jumpa 30 minit je, lepas tu terus merisik & bertunang, ambik masa 5 bulan je bertunang terus kahwin... Adik saya yang bongsu ni lagilah u all, parent lelaki awal bulan baru ni bagitahu nak kahwin bulan 10 ni, abah saya ON saja... Senang je gaya abah saya terus setuju, macam takda masalah... Yela, abah tahu yang dia dah ada simpanan untuk perkahwinan anak2 dia.. so, benda yang baik, abah memang tak suka nak tangguh2... nampak tak? Pentingnya perancangan awal tu kan... Kalau u all nak tahu, my dear ni pun, perangai macam abah saya... Bukan saya je yang cakap, tapi orang luar yang tengok pun cakap macam tu.. Prinsip abah saya kan, "Biar orang nampak kita selekeh, biar orang nampak kita tak berduit tapi duit kita dalam bank berkepuk2"... tu diaaa.. berkepuk2 tu saya yang cakap, bukan abah saya...muahahahhahha... 

Lupakan pasal tu, InsyaAllah jika takda apa2, bulan 1 ni abah saya dah start pencen.. tapi start bulan 9 ni abah saya dah start cuti... Lama kan abah saya cuti, sampai 5 bulan... orang banyak cuti la katakan, lepas habis cuti, terus pencen... Abah saya sebenarnya kerja dengan POLIS HUTAN @ PGA, dari dulu lagi kerja dengan PGA, alih2 tahun lepas bulan 5, abah saya ditukarkan ke Sungai Besi bahagian udara @ POLIS UDARA... Bila dah kene tukar, makanya mak abah saya duduk berjauhan la kan... abah duduk sorang, mak duduk sorang... Last2 abah terus mintak pencen... pada mulanya abah pencen untuk umur 60 tahun, tapi dah jadi camni, terus je pencen umur 57 tahun.... Bila abah dah pencen, mak pun mintak pencen jugak...hahhaha... Makanya mak saya pencen bulan 2 tahun depan... Walaupun parent saya duduk berjauhan tapi abah tiap2 minggu balik Chemor.. Dekat rumah mak saya, kami ada pasang "cermin" untuk kami anak beranak pantau keselamatan mak dari jauh... Eh, sebenarnya abah yang memantau keselamatan mak menggunakan "cermin" tu... Yela, mak saya pun bukan berani jugak duduk rumah sorang2 kan.. kesian parent saya, dah tua2 pun nak kene duduk berjauhan lagi... Eh, tadi saya ada cakap abah saya jenis yang pikir masa depan kan... Sebelum abah saya bertukar ke Sungai Besi, abah saya dah siap2 tanam serai dekat tanah dia di kampung tau u all... Bukan tanam sikit2 tau, luas la jugak tanahnya... tujuan abah tanam serai tu sebagai aktiviti yang abah akan lakukan bila dia dah pencen nanti... Kiranya dah pencen nanti, abah saya kerja tanam serai je la...hehehe


Serai abah saya tanam ni, gemuk2 tau u all... Abah saya tanam lepas tu dia pergilah hantar dekat orang2 yang nak... ada hantar dekat orang yang jual di pasar, ada hantar dekat kedai makan... Sekilo abah saya jual RM2.50 ke RM2.70, lupa pulak saya... Tapi u all tahu tak, sekilo serai abah saya ni, ada tu 9 batang je sekilo, ada tu pulak, belas2 tapi tak sampai 15 batang la, dah cukup sekilo... Dari gambar atas tu pun, u all dah dapat bezakan saiz serai abah saya tanam dengan saiz serai biasa... Abah saya pun ada jugak jual benih, sebab kadang ada yang nak beli untuk tanam sendiri...

Kadang2 kesian jugak dekat abah saya... Yela u all, abah saya buat kerja sorang2 je u all... Abah kata tengokla nanti abah dah pencen, bolehlah uruskan betoi2, ambik pekerja ke... Kadang tu kan u all, abah saya sampai luka2 berdarah berjahit la pergi buat kerja ni.. kesian tengok abah saya balik dari kebun.. Sekarang ni, sementara abah saya masih kerja, abah pergi kebun serai dia ni, hujung minggu je la... Nanti dah pencen, bolehla pergi hari2.. Ohya, serai ni pun, u all jangan tak tahu, ada jugak yang mencuri tau u all... adehhhh... kenapalah manusia ni macam tu yer... suka ambik jalan mudah.. dah tahu mencuri tu berdosa, kenapa nak mencuri jugak...

Errmmm bila teringatkan kampung @ suasana kampung tu... dikellingi dengan pokok2 buah-buahan, anak2 bebas berlari2, anak2 berbuai di bawah pokok, buat saya rasa sangatttttttt tak sabar nak balik kampung... Nak balik menetap di kampung... Saya memang pencinta suasana kampung, bosan duk bandar.. Rasa macam nak je suruh my dear buat rumah dekat tanah dia di kampung tu haaa... tapi apakan daya, my dear kerja di Sungai Petani, udah dibeli rumah la pulak dekat sini... tapi takpala, rumah ni dibeli atas sandaran menambah aset, sampai masa nanti, pasti kami akan jadi orang kampung jugak... Zaman budak2 dulu, saya suka tinggal di bandar sebab macam2 ada... tapi bila dah kertu ni, sesungguhnya saya rasa saya pencinta kampung, bukan pencinta bandar... Wah gitu ayatnya....hahhahahha... Opsstttt lupa nak cakap, kalau ada antara u all yang area Ipoh or Chemor yang nak beli serai, bolehlah contact abah saya yer... tapi kene contact anak dia ni dulu la baru dapat contact abah dia... ehheheh.. Kot2 u all nak buat kenduri kendara yang guna serai ke kan...

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

{ 10 comments.. read them below or add one }

Nieyla Nadia Nieyla Nadia August 18, 2015
Salam...
Singgah pagi =)
ayah nieyl pun suka taman serai...
pun gemuk² jugak...
MizzTina MizzTina August 18, 2015
wahh, memang gemuk².. org tua mmg rajin menanam..
Cik Ash Cik Ash August 18, 2015
wahhh gemuknya serai... best ada tanaman sendiri... ekin sini arwah ayah mentua suka menanam ada la sikit2 yg dia tanam boleh digunakan lagi..
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI August 18, 2015
mmg gemok2..

yui selalu beli serai pasar kanthan.. gemok2 juga tgk..hihi
arysha_fayyadh arysha_fayyadh August 18, 2015
Assalam zarina,
ooohoooiii
montoks
serai itu
aizamia3 aizamia3 August 18, 2015
memang gemuk2.. geram tengoknya.. ;)
hb ai pun ada tanam dekat belakang rumah.. setakat ni Alhamdulillah.. menjadi..

ai pun suka dok kampung.. ada rezeki satu hari nanti nak pindah dok kampung.. rindu dengan suasana kampung.. ;)

Suria Amanda Suria Amanda August 18, 2015
haah la..gemuk2 serainya tu ha...geram plak akak tgok
Nugrul Sakura Nugrul Sakura August 18, 2015
ketuk letak dlm tomyam ni sodap nih heheheh
Unknown Unknown August 19, 2015
samalah ayah jijah suka..suka menanam.. habis serai,cili,daun kunyit,daun kari dia tanam..bila masak petik je..mudahh