Sebelum ni saya ada buat entry pasal pengalaman bersalinkan Aqilah kan... tapi banyak benda yang saya dah lupa.. so, hari ni, kebetulan tengah teringat ni, saya nak buat entry tambahan la sikit (",)
Ketika saya dah ada dalam labour room, bila air ketuban dipecahkan, memang kita akan rasa terlebih2 lagilah kesakitannya tu kan.. Alhamdulillah ketika bersalinkan Alisha & Aqilah, saya tak tunggu masa yang lama untuk bersalinkan mereka @ saya tidak lama untuk merasai kesakitan.. Bila "sakit" tu datang menyerang.. Hanya Tuhan je yang tahu macamana rasa dia (untuk pengetahuan yang belum ada pengalaman, kesakitan ketika nak bersalin ni, dia tidak "serang" berterusan tau.. maybe 5 minit sekali).. Secara peribadinya, saya tak dapat bayangkan mereka2 yang ambik masa yang lama untuk bersalin.. mereka2 yang terpaksa tanggung rasa sakit tu lama2... Saya yang Tuhan bagi tanggung kesakitan tu sekejap ni pun rasa dah nak terputus urat2 satu badan ni.. Emmm apa2 pun, Tuhan bagi kita rasa kesakitan mengikut kemampuan kita kan...
Ketika saya duk mengerang kesakitan tu, dorang duk tanya saya pasal nak cucuk kat belakang saya @ nak bagi EPIDURAL (kalau tak silap saya la..) @ nak bagi tahan rasa sakitlah... 2 3 kali duk tanya saya.. maybe sebab dia kesian tengok saya tahan sakit kot... tapi saya tetap pertahankan cakap tak nak.. Saya tak nak tu bukan apa u all.. sebab saya percaya yang Aqilah akan keluar dalam waktu terdekat.. Bayanglah sampai bidan tu bagitahu dekat bidan lain "PATIENT NI KUAT SEMANGAT" (merujuk kepada saya).. Yap, kita semua ibu2 harus kuat untuk melihat kelahiran anak2 tersayang (",) *Psttt sebenarnya saya ada rasa takut nak kene cucuk kat belakang.. sebab gambar dekat atas tu dah gaya macam nak cucuk tulang belakang je seriau..
Disebabkan saya tak nak suntik epidural, bidan tu bagi saya guna ENTONOKS tau.. Benda alah ni kita sedut je.. kira dapatlah kita tahan sakit seminit dua.. tapi kalau kita sedut lama2 @ tak sakit pun sedut, kita akan jadi khayal or loya or kering mulut... ni pengalaman saya sendiri la.. saya sedut lama2 time bidan tu nak jahit dekat alat sulit @ tempat kene gunting tu.. takut + sakit punya pasal tu yang sedut lama.. last2 saya jadi khayal 2 3 minit.. bidan tanya lain saya jawab lain... (bidan saja sembang sebab nak test tengok saya khayal or apa.. lepas tu bidan terus pesan jangan sedut jika tak sakit)
Ohya, lupa lagi satu, kali ni saya jugak berpeluang guna oksigen mask yang orang selalu guna yang dekat mulut & hidung tu.. Walau hakikatnya saya rasa tak perlu pun.. tapi dah pelatih tu bagi + saya pun teringin nak rasa guna benda alah tu.. so, saya redha je la.. kikikiii.. Saya guna benda alah ni, tak rasa apa2 pun u all.. macam ia tak berfungsi je.. Inilah antara tambahan pengalaman saya bersalinkan Aqilah.. masa Alisha dulu, dorang tak bagi pun saya guna benda alah ni semua... maybe sebab time Alisha dulu takda siapa yang jaga saya dalam labour room, berbanding dengan time Aqilah, ada pelatih yang setia jaga saya dalam labour room tu (",)
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau ringankanlah dan sembuhkanlah kesakitan yang sedang ditanggung oleh MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon..