Ya Allah... hancur luluh hati saya bila telefon mak saya semalam... Mak saya bagitahu, adik saya kembali demam dengan suhu 37 lebih... Lagi satu pulak, kalau masa hari pertama adik saya masuk ICU, adik saya ditempatkan dalam bilik sorang2 kan... hari ketiga dah boleh duduk bersama dengan pesakit lain, TAPI SEMALAM, ADIK SAYA KEMBALI DUDUK DALAM BILIK SORANG2... cuma bezanya, kalau dulu bilik no 1, sekarang bilik no 2... Adik saya diasingkan sebab takut jangkitan kuman.. Mulai semalam jugak, siapa yang nak masuk melawat adik saya, mesti guna mask mulut tu & cuci tangan sebelum jumpa & selepas jumpa adik saya... ..
Tadi pulak saya telefon abah saya... abah bagitahu, adik saya dah tak demam tapi suhu badan adik saya dah 26 lebih... Pelik pulak saya ni u all... suhu normal kita bukan 37 ke... kalau sampai 20 lebih tu kenapa yer.. boleh ke... Adik saya duduk dalam bilik sorang2... aircond memang kuatla kan.. bilik pun bukan bilik besar... Risaunya saya rasa... tak sabar nak balik Chemor hari Khamis ni... moga adik saya cepat sembuh.. cepat sedar...
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau ringankanlah dan sembuhkanlah kesakitan yang sedang ditanggung oleh MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon..