Dah 2 kali kami balik Terengganu mesti singgah sini... Tempat ni my dad yang kenalkan...
Kedai Sup Belut Herba... Kalau dari Terengganu, kedai ni di sebelah kanan.. Selepas dari BUKIT BUNGA, U all jalan straight sampai jumpa STESEN MINYAK CALTEX sebelah kiri.. jalan depan sikit je, akan jumpa kedai ni sebelah kanan.. kalau duduk dekat kedai ni pun dah boleh nampak stesen minyak caltex tu...
Tapi kalau dari Grik, kedai ni sebelah kiri, sebelum jumpa Bukit Bunga.. depan kedai ni ada kedai cuci kereta..
Kedai dia biasa je u all.. kecik je tau.. jenis terbuka...
Ini yang kami makan, Air barli, sayur & telur & SUP BELUT HERBA semangkuk sorang.. Total harga tak ingat berapa.. tapi 30++
Ni lah sup belut herba tu u all.. Ya Allah... memang sedap sungguh2!! Dia guna herba cina... telan air liur saya cite kat u all.. My dear suka sangat ni.. tau tak, my dear cakap, dia makan sup belut herba ni, dia tak rasa penat langsung walau seharian bawak kereta... keesokannya nak pergi kerja pulak.... Saya yang pada masa tu sakit tekak sampai pedih2.. tapi lepas makan sup belut herba ni, hilang rasa pedih macam luka tu..
Saya tak tahu nak explain kesedapan SUP BELUT HERBA ni camna... Kalau u all peminat belut, gerenti u all akan suka jugak...!! Sedap sangat sampai semangkuk sorang pun tak cukup.. hihii... Kalau u all teringin nak makan, or kebetulan pergi Kelantan.. singgahlah tau.. Kalau tak tahu nak cari kat mana, Telefon je nombor handphone yang tertera kat gambar atas ni... mesti mereka akan bagi plan... Saya nak bagi plan, saya sendiri pun tak reti.. harap orang je yang bawak.. hihii