Selama ni, kalau Aqilah jatuh ke belakang time berdiri, tak pernah benjol.. tapi dengan takdir Tuhan, semalam Aqilah duduk betoi2 sebelah saya.. tiba2 dia terbalik ke belakang & kepala jatuh atas tikar.. bila saya angkat je.. terus dapat rasa benjol dekat belakang kepala dia... alahaiii siannya anak saya yang baik ni...
Ni jugak sebagai amaran dekat saya supaya lebih lagi bagi perhatian dekat aqilah...!! Aqilah sedang membesar dengan jayanya sekarang ni... sedang aktif untuk explore segalanya... Apa2 pun, bila saya tengok benjol tu semalam, saya terus "demah" kepala dia yang benjol tu.. Alhamdulillah, pagi ni dah tak benjol lagi...
Ohya, gambar kat atas tu pulak, selepas je kejadian tu, Aqilah tak leh main sebab abah dia pegang dia.. hahhah.. Abah nak main game.. Ibu nak buat kerja.. Lepas si ibu siap buat kerja, baru Aqilah boleh aktif macam biasa.. (",).. Tu pun duk nak berdiri lagi... jenis budak kuat semangat sungguh nih..!