Assalammualaikum.
yeaa.anda sedang membaca blog IntaNBerliaN tapi kenapa tajuk ditulis sebegitu...sebab penulis entry ini ialah eca..tak kenal eh?..meh meh jenguk blog eca lak --> ecadwinkyasha.com #sesaja tau nak intreprem!.kuikuikui...oke,sebenarnya eca diminta oleh Ibu Alisha & Aqilah untuk update blog kesayangan kita semua ini.
IntaNBerlian perlukan pertolongan korang untuk mendoakan keselamatan adik lelaki beliau yang terlibat dalam kemalangan motor pada hari Ahad lalu lebih kurang kul 5 macam tu...sebab-sebab kemalangan,itu Kak Ina sendiri tak tahu hujung pangkalnya kerana hanya adik lelaki beliau sahaja yang mengetahui.
Kini, kak Ina berada di Chemor...bagi rakan-rakan yang berhampiran,bolehlah datang melawat untuk bagi kata-kata semangat untuk mereka sekeluarga.Keadaan adik lelaki kak Ina pula dikira agak serius kerana kini beliau berada di wad ICU....tulang rusuk patah, paru-paru berdarah dan bergantung kepada bantuan oksigen untuk bernafas.Kini, disahkan pembedahan otak akan dijalankan pada malam ini kerana terdapat darah beku.*Berita ne baru je konfirm tatkala eca mula menaip entry ini*.(pembedahan bertarikh 10 Jun 2013)
Bagi mereka yang kurang percaya, eca telah printscreen hasil chat eca dan kak Ina malam semalam...
Selepas ini,Kak Ina mungkin akan OFFLINE sehingga bila beliau belum konfirm kan...Insyaallah,eca akan update segala maklumat yang Kak Ina sampaikan kepada eca melalui SMS yer,kami berhubung pun melalui panggilan telefon & SMS...dalam pada masa itu, kita doakan agar pembedahan malam ini akan berjalan lancar dan adik lelaki beliau selamat hendaknya.
kita doakan bersama.Bagi rakan-rakan blogger yang ingin kongsikan entry ini di blog kalian,eca alu-alukan yer.Bagi mereka yang ada bekerjasama dengan Kak Ina dalam sewa iklan ke apa,eca minta tangguhkan terlebih dahulu oke,Kak Ina sekarang rasa sedih sangat..mohon kalian tolong DOAKAN dan SEBARKAN keadaan family kak Ina terutama adik lelaki beliau.
ditaip oleh : EcaDwinkyAsha | Isnin 10 Jun 2013.