Hari Sabtu baru ni, Alisha ni punyalah beria duk tunjuk catalog Tesco dekat abah dia... Dari pagi sampai malam.. Abah dia tengah tidur pun, dia boleh kejut abah dia suruh bangun.. suruh tengok apa yang dia nak tunjuk kat catalog tu.. hahhaha... Betapa beria nya alisha duk gtau abah dia pasal catalog tu... hihii.. Actually, Alisha duk tunjuk AIR SOLIVITE & YOGURT... Elok pun solivite & yogurt duk sebelah menyebelah.. hihiii
Keesokannya, my dear balik dari kerja, terus bawak balik apa yang Alisha nak tu... (",) Nampak tak, betapa sayangnya my dear dekat anak2.. hihii.. Dari opis, tak balik rumah dulu, tapi terus ke Tesco... (^_^)
Alisha punya seronok tengok abah dia bawak balik apa yang di nak... Air solivite tu, malam tu jugak habis 5 botol.. hahah.. Susu segar tu, esoknya terus habis.. minum sorang2!!.. hihiii.. Tengoklah gambar Alisha tu.. siap buat BEST lagi.. hehe..
P/s : Petang ni saya balik Chemor... After CNY baru balik sini.. (",)