Sungguh saya tak sangka, di usia hampir 4 bulan, Aqilah dah makan ubat.. Bukan apa u all.. Alisha dulu, sampai 6 bulan, takda apa langsung masuk mulut dia kecuali susu saya je.. dia start makan ubat pun, lepas bercerai susu badan..Walaupun Aqilah sama macam alisha jugak, FULL BF.. tapi tu la, nak wat camne... Tuhan nak bagi Aqilah rasa demam tu lebih awal dari kakak dia.. (",)
Petang semalam, ketika my dear balik kerja, kami dah tekad lah nak bagi Aqilah makan ubat demam, bukan apa, time tu suhu Aqilah dah cecah 38.5.. Tinggi tu... bahaya untuk baby macam Aqilah ni jika demam.. Apa2 pun, alhamdulillah.. setakat pagi ni, demam aqilah dah tak teruk macam semalam tapi still lagi demam la... (",)