Hari Sabtu baru ni saya buat kuih pau.. First time saya buat ni tau..hihii.. Rasa macam tak percaya yang saya boleh buat pau.. Yela, untuk pengetahuan u all, sebelum kahwin, saya memang seorang yang tak tahu masak.. tapi bila dah kahwin & jadi suri rumah, saya bersyukur sangat2 sebab macam2 yang dah saya masak.. so, kesimpulannya, jika sebelum kahwin, seseorang perempuan tu tak tahu masak, jangan ingat selepas kahwin pun tetap tak tahu masak tau... (",)
Saya buat pau inti ubi kentang..
Saya buat 11 bijik je... 10 bijik saya makan sorang2, my dear makan sebijik je..hihii.. Opsttt bukan sebab saya tamak tau, tapi my dear memang kurang makan kuih2 or desert.. kuih2 ni jatuh nombor 2, nombor 1, tetap nasi... (",)
Mat Gebu cakap, kalau pau kita menjadi, selepas pau tu masak, kulit pau tu boleh disiat.. so, haruslah saya buktikan yang kulit pau saya boleh disiatkan.. muahahaaa.. U all tahu tak, sebenarnya, saya mempunyai azam, jika anak2 saya bersekolah nanti, saya nak bekalkan mereka ke sekolah dengan makanan2 masakan saya.. sebab tu, dari sekarang saya dah belajar masak macam2 jenis kuih.. (^_^)
Ohya, resepi dia saya ambik dari Mat Gebu tau.. tapi macam biasalah.. saya hanya guna bahan apa yang ada je.. yang takda, saya tak gunalah... lagi satu, bahan dia, saya main agak2 je... tak ikut sukatan pun... (",) Yang syok tu, walaupun barang saya tak cukup, tapi tetap menjadi.. lembut walaupun dah sehari & sedap.. kikikii cuma yang tak syok tu, saya tak reti nak cantumkan pau tu lepas letak inti.. kena belajar lagi ni... Jika u all pun nak buat, tengok resepi DEKAT SINI tau.. (",)