Adehhh... tajuk tak menahan.. bajet ada yang rindu nak menatap wajah alisha.. ahhahhahah... Selepas beberapa hari takda cerita Alisha, so, saya mulakan hari ni dengan aksi alisha ketika di atas feri dari Lumut nak ke Pulau Pangkor.. (",)
Time ni berada di tingkat atas feri.. dekat luar.. kiranya time feri tu gerak, bolehlah merasai hembusan angin pulau pangkor.. cewahhh... hihii
Alisha sedang termenung sambil berpikir ke manalah ibu & abah dia nak bawak dia pergi ni..hihi
Time ni, kami dah masuk dalam feri.. dalam feri ada aircond tau.. so, takdalah dapat merasa angin original.. cuma dapat tengok air yang terbentuk cantik sebab dilanggar feri..hihii.. Ohya, gambar tu, Alisha sedang bercerita.. siap dengan gaya tangan lagi hokay... hahhah.. Ni kes, saya dah turunkan ilmu kat alisha la ni.. dah kalau ibu pun cakap tangan siap bergaya.. mahunya anak tak mengikut...muahahhaha
Saya letak alisha atas kerusi tapi dia nak panjat balik kerusi tu.. yela, dia nak tengok pemandangan dekat luar feri tu.. tapi saya dah malas nak berdiri..hahhah
Tapi saya tetap jugak layan kehendak alisha.. Tu, mata dia tengah tengok air yang sedang berkocak sebab feri langgar la tu.. kikikikii... Alisha ni.. dia suka bercerita tau.. bila tengok bot nelayan pun dia bercerita dekat saya.. tengok air pun cerita kat saya.. tapi cerita ikut bahasa dia lah kan... Apa yang dia tengok, semua dia cakap cantik.. hihihii
Gambar ni pulak, kami dah nak balik.. dalam feri jugak.. dari jeti Pulau Pangkor, nak ke jeti Lumut.. Percutian di pulau yang membuatkan kulit saya jadi 'hangus' lah... kering lah.. jerawat pun makin banyak tumbuh...hahahhahha... Tapi tak kisah sebab dapat habiskan masa yang berkualiti kami 3 beranak... (^_^)
Horrayyyyyy alisha dah nak balik rumah... Bukan main seronok lagi alisha nak balik sebab dia tak perlu takut lagi dengan "TUTTTT"... Opsstttt... tak boleh inform lagi alisha takut apa, sebab nanti nak tunjuk gambar & nak suruh u all teka.. hihii
apelah yang ditakutkan alisha tu ^_^