Puas dapat makan ikan masak stim... Beberapa hari ni, blogwalking.. asyik nampak ikan masak stim je... So, haruslah saya masakkan..hahahaaa.... Nasib baiklah mood masak saya tu sentiasa rajin.. kalau tak, duk kempunan kat situ je lah jawabnya..hihii
Saya masak ikan masak stim ni simple je.. main campak je semua..hihii.. Bersihkan ikan, lepas tu ikan tu saya lumur dengan garam + sos tiram... letak dalam bekas... saya letak dalam loyang je..hahahaa... lepas tu, letak bawang besar + bawang putih + halia + cili padi + serai + tomato (semuanya yang dah dipotong)... masukkan jus limau nipis lepas tu kukuslah hingga masak... nyum nyum,.. sedap di makan panas2.. (",)