Ubat yang Alisha dapat dari Doktor
Semalam saya ada buat entry pasal anak saya ni yang 3 4 kali sehari asyik tunjuk dekat saya betis dia yang gatal tu.. bukan setakat tunjuk dekat saya je tapi siap tunjuk dekat abah dia, atuk dia, opah dia & acu dia... Actually, gatal dia tu tak teruk pun, alaa u all boleh tengok dekat gambar dalam entry semalam.
Tapi tu la, alhamdulillah jugaklah sebab anak saya ni jenis seorang yang prihatin terhadap diri sendiri... hihii.. Apa je yang berlaku dekat diri dia mesti dia nak tunjuk dekat kita.. (",).. So, kami ni jugak sebagai ibu bapa yang prihatin.. *cewahhhh* petang semalam kami pergilah bawak alisha ni jumpa doktor... yela, dah tiap2 hari tunjuk tempat gatal dia tu... so, saya terfikir mesti ada something wrong dekat situ...
Bila jumpa doktor, doktor bagitahu, itu adalah EKZEMA.. tapi alisha punya ni tak teruk pun.. baru nak menjadi.. lagipun selama ni dia tak pernah menangis pun akibat kegatalan tersebut... Alhamdulillah syukur kepada Tuhan sebab saya tahu pasal ni lebih awal & syukur jugak dapat anak macam alisha ni yang panjang akal.. tahu berfikir macamana nak inform parent dia tentang kegatalan dia tu... (",). Kalau u all nak tahu, lepas jumpa doktor, terus tak tunjuk tempat gatal tu dekat saya.. muahhahahha.. Bijak.. bijak hihii
Apa penyebab ekzema?
• Keturunan. SAYALAH TU KOT, SEBAB KULIT SAYA SENDIRI SANGAT2 SENSITIF!!
• Alahan
• Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu
dan permukaan yang kasar.
• Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
o Infeksi virus.
o Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
o Lain lain jangkitan.
• Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan
alahan
• Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu
dan permukaan yang kasar.
• Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
o Infeksi virus.
o Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
o Lain lain jangkitan.
• Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan
alahan
P/s : Ini termasuk tak dalam kategori "ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi"?.. hihiii.. Kesian Alisha... kesian ibu dia jugak.. (",)