Sejarah akhirnya tercatat selepas hampir 15 bulan Alisha tidur dalam pelukan saya @ atas riba saya setiap kali dalam kereta.. tapi akhirnya hari Khamis baru ni ketika balik kampung.. first time alisha tidur baring dalam kereta.. hihii... Biasanya saya & Alisha akan duduk di bahagian hadapan tapi memandangkan sekarang ni Alisha dah makin suka nak menyentuh gear la clutch la.. so, saya ambik keputusan duduk seat belakang..
Kalau u all nak tahu, selama ni.. walaupun kami berjalan jauh or dekat, Alisha tetap akan tidur atas riba saya... Paling lama selama 12 jam ketika kami balik Terengganu.. Secara peribadinya.. saya tak pernah pulak rasa lenguh tangan sebab asyik peluk alisha or rasa lenguh kaki sebab asyik riba alisha.. Tapi saya rasa macam selamat sebab Alisha berada dalam pelukan saya.. (',)
Tapi sekarang ni, alisha dah makin besar.. Kadang2 tu, time my dear tengah drive pun dia nak pergi duduk atas riba abah dia... Aduss.. thats y kami berdua kena duduk seat belakang.. Seronok jugak tengok alisha tidur baring.. macam tidur dalam rumah pulak... Ohya, kalau u all nak tahu, sebenarnya siap saya sekali tidur sebelah alisha.. muahahhah
P/s : Sangat2 terharu sebab sekarang ni Alisha dah pandai KISS PIPI setiap kali saya cakap "sayang ibu".. Kadang2 ketika tengah berehat, Alisha secara tiba2 datang cium saya.. MasyaAllah.. terasa nikmat seorang IBU.. Kalau selama ni hanya kita je yang mencium dia... (",)
mcm bidadari syurga!