Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Resepi Roti Sosej Berkeju. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Roti Sosej Berkeju. Papar semua catatan

Resepi minum petang yang meleleh... muahahha

Saya ni macam biasalah u all... sentiasa je lapar... Tak sedar2 berat tu dah melampau2 naiknya... dah kene warning tapi tak reti2 jugak lagi.. adehhhh.... Hebat betoi penangan mengandung kali ni.. hihii... Petang semalam kan, saya lapar, bukaklah peti ais, tengok apa yang boleh dimakan or dimasak.. sekali tengok ada sosej & keju... roti pun ada... terus terpikir nak buat roti gulung sosej berkeju... cewahhh... hihiii


Nampak tak, keju yang meleleh keluar dari roti tu.... nyumm nyummm enak di makan panas2.. hihii


Tengoklah roti yang saya dah potong tu... nampak keju yang sedang cair dekat sosej tu tak.. ada terliur... hihii... sedap u all... hihii... Saya makan cicah dengan cili sos.. (^_^)

Cara nak buat sangat senang... 

1) Rebus sosej & toskan.. 
2) Tepung gandum + tepung jagung + garam + air + telur = kacau & simpan tepi
3) Leperkan kepingan roti gardenia.. supaya goreng nanti tak serap banyak minyak... saya guna gelas je.. 
4) Ambik roti yang leper tadi letak kepingan keju + sosej.. gulung.. lepas tu celup dalam adunan tepung yang kita bancuh tadi... bahagian hujung roti tu, lekatkan dengan bancuhan tepung tu jugak yer... Dah siap, terus goreng... (",)

Duk terbayang2 pulak roti ni.. petang ni nak buat lagi lah.. hehheh.. Tapi petang ni nak buat versi lain pulak.. dekat dalam roti tu, nak letak bawang + salad + keju kisar sebab kepingan keju dah habis.. hihii


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...