Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Kelambu Moden. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelambu Moden. Papar semua catatan

Bila Aqilah berada di dalam kelambu

Kalau sebelum ni entry Aqilah berada di luar kelambu.. Kali ni dalam kelambu pulak...


Kalau dekat luar Aqilah runtuhkan kelambu.. So, try ambik dia bawak masuk dalam kelambu...


Sama je gayanya... dia tetap runtuhkan jugak.. Aqilah boleh pulak nak datang dekat saya yang berada luar kelambu ni haaa.. tu yang jadi penyebab runtuh...

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Aqilah dapat lagi hadiah dari blogger (^_^)

Alhamdulillah... murah rezeki Aqilah... Kalau sebelum ni, Aqilah dapat hamper dari blogger Yana, tapi kali ni, Aqilah dapat hadiah lagi dari blogger Nurul pulak (",) Actually, saya dah terima hadiah ni minggu lepas.. Terima kasih sangat2 ye Nurul.. sanggup pos untuk Aqilah... (^_^)


Aqilah dapat romper.. 3 helai lagi tau.. saya suka dengan warna romper ni.. tak sabar nak tunggu aqilah besar sikit, nanti boleh bagi pakai romper ni.. (^_^) mesti cantikkan.. hihii.. yela, anak perempuan, macam2 pakaian cantik2 yang ada untuk dorang, belum campur aksesori lagi.. hehehhe


Selain dari romper, Nurul pun bagi kelambu moden jugak tau... Ini bukan setakat aqilah boleh tidur dalam kelambu tu, tapi boleh sumbat dengan ibu & kakak dia sekali... hahhahha... Kelambu ni besar tau... Gambar tu pandangan dari depan... 


Ini pulak pandangan dari tepi.. Alisha first time nampak kelambu camgini.. teruja bukan main.. dok bergelak ketawa dalam kelambu tu sambil tengok saya dekat luar kelambu... hahhahha


Ohya, dekat pintu kelambu ni pun cantik gak tau.. siap ada renda lagi.. tengoklah gambar dekat atas tu.. (",) 

Kelambu moden ni sangat2 bagus untuk kita yang tak suka digigit nyamuk ni.. hihiii.. Macam saya & alisha ni, bila kena gigit nyamuk, mulalah dia naik bengkak2.. lepas tu mulalah nak kena tempek dengan kapur pulak tempat kena gigit tu.. so, bila ada kelambu ni selamatlah sikit kan.. lebih2 lagi aqilah yang masih kecik ni haaa.. Lepas ni, bolehlah saya bawak kelambu ni balik kampung my dear.. takdalah nak kena gigit nyamuk or dengar nyamuk menyanyi dekat telinga saya lagi... hihii

Bukan setakat boleh elak dari nyamuk, tapi boleh elak dari serangga lain jugak.. bukan setakat serangga yang kecik tu, tapi kucing yang besar tu pun boleh dielakkan... hihi.. Yeayyyy lepas ni, kucing dekat rumah MIL dah takda peluang nak tidur tepi saya lagi... hahhahahhah... U all bayanglah, saya ni takut sikit kucing, boleh pulak, tengah2 saya tidur, dia boleh tidur atas saya.. lagi hebat, dulu, kucing pernah terjun atas dada saya.. hihiii.. Lepas ni, kucing tu takda peluang nak tidur dengan saya or alisha or aqilah.. muahhahhaha

Selain tu jugak, kelambu moden ni sangat senang diusung ke sana ke sini.. ala2 dah macam khemah gitu.. (^_^)... Lagi satu, rumah kita pun tetap maintain cun.. yela, tak perlu nak ketuk2 paku dekat dinding tu haaa... kalau kelambu dulu2, nak kene letak tali & ikat dekat paku or tiang... kelambu moden senang.. keluarkan dari beg, bukak terus boleh baring dalam kelambu.. hihi

Kelambu ni sangat2 bagus.. bila u all nak tido, lapiklah tilam dekat kelambu tu... (",) Ohya, harga kelambu ni murah je tau, kalau saiz king, RM55 & saiz Queen RM50.. Jika u all berminat untuk dapatkannya jugak, bolehlah order dengan Nurul... Elok pakai kelambu jika banyak nyamuk.. lebih2 lagi takut ada nyamuk aedes.. Lebih baik mencegah dari merawat.. cewahhhh... (^_^)

P/s : Abaikan alisha yang hanya pakai pampers di malam hari.. hihii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...