Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Habbatus sauda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Habbatus sauda. Papar semua catatan

Habbatus Sauda boleh membantu naikkan HB @ HEMOGLOBIN

Ketika saya mengandungkan Alisha dulu... untuk naikkan HB, saya selalu makan hati ayamlah, hati lembu lah, hati kambinglah.. keranglah, ikan bilislah.. macam2 tapi bila test, HB takdalah naik beria pun, sekadar maintain duk 11 lebih tu je lah... nak dapat 12?.. 13?.. nan ado.... Tapi bila mengandung second time ni, takdanya saya nak beria makan semua tu.. cuma saya lebih banyak makan sayur je.. Organ dalaman??.. saya dah tekad taknak makan selepas tahu ia tak elok untuk kita... (",)

Walaupun ketika awal2 buat buku pink, HB saya bermula dengan 13.5, tapi setiap bulan akan turun.. sampailah 2 bulan yang lepas, HB dah jadi 11.5.. adehhhh.... Bila dapat tahu yang biras saya minum Habbatus Sauda untuk naikkan HB, saya pun trylah... memang betoi pun u all... memang naik, dari 11.5 terus jadi 12.9... banyak kan naik, berbanding dari saya duk beria makan hatilah, ikan bilislah.. keranglah..


Ohya, Habbatus sauda ni dipanggil jugak jintan hitam tau... Saya beli yang jenis serbuk.. macam gambar dekat atas tu... Rasa + bau tu saya tak tahu nak cakap macamana tapi saya kurang gemar... saya minum sambil tahan nafas... ahhahhahah... Untuk pengetahuan u all jugak, saya bukannya minum air habbatus sauda ni hari2 pun, baru 2 kali.. hahha... contohnya, esok petang nak pergi checkup, malam ni & pagi esok baru saya minum... tapi hasilnya menakjubkan... cewahhh... hihiii

Habbatus Sauda ni memang banyak khasiat dia.. tapi dekat sini saya malas la nak cite, u all boleh google je jika nak tahu... saya sekadar nak berkongsi tentang HB saya yang naik selepas minum habbatus sauda ni je... (",).. Rasanya u all yang nak try jugak habbatus sauda ni, u all boleh je beli jenama or keluaran mana pun.. tak semestinya seperti gambar yang saya tunjuk... Yang saya beli ni harga dia RM12 @ 200 gram.. Opstt, bukan saya beli, my dad yang tolong belikan.. (",)

PADA IBU2 YANG MENGANDUNG OR MEREKA2 YANG ADA MASALAH DENGAN HB @ HEMOGLOBIN NI, BOLEHLAH TRY HABBATUS SAUDA... IANYA TIDAK MENGANDUNGI KAFEIN... MOGA HB U ALL PUN NAIK JUGAK.. INSYAALLAH (",)

P/s : Mereka yang dah kahwin dah ada anak & tak berpantang, boleh amal tak MANJAKANI tu yer? ... Mereka yang dah kahwin tapi belum ada anak pulak, boleh guna tak MANJAKANI tu?.. Lagi satu, yang belum kahwin boleh guna or tak?.. Ramai yang tanya saya pasal ni tapi saya sendiri tak pasti.. so, jika ada u all yang tahu, bolehlah share dekat sini (",) Sebab kalau baca pada fungsinya macam tak fokus pada yang dah kawen.. macam keputihan.. pencegahan kanser...

P/s : Petang ni saya balik kampung @ Chemor.. jika saya kurang jejak u all sorrylah yer.. sebab saya balik pasal ada kenduri so, maybe busy sikit tapi entry untuk esok & seterusnya dah buat auto publish... hehhehe... 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...