Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Cara merancang anak lelaki or perempuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cara merancang anak lelaki or perempuan. Papar semua catatan

Cara kenali lendir @ mukus ketika ovulasi

AMARAN : ENTRY INI ADA GAMBAR... KALAU RASA GELI LEBIH BAIK JANGAN TERUSKAN PEMBACAAN... 


Jika u all ingin dapatkan baby, seeloknya dilakukan pada hari subur... Lebih2 lagi kalau nak merancang anak yang berjantina lelaki.. yang ni lagi patut kita kena tahu hari subur kita tu.. Bukan apa, peluang lebih besar untuk dapat anak lelaki ketika waktu subur @ ovulasi tu haa... Macam saya, saya ni tak reti sangat nak kira bila hari subur ni... Baca yang tu baca yang ni, last2 pening sendiri.. hahah... tapi dekat sini saya nak berkongsi dengan u all cara untuk kenali yang kita tengah subur dengan cara tengok mukus @ lendir yang keluar dari tuttt kita tu... Eh, takut ada yang tak tahu, saya nak tulis yang ovulasi tu bermaksud pelepasan telur yang dah matang dari ovari..

Gambar ni bukan saya punya yer... Saya ambik dari pinterest.. Saya cari, saya jumpa & saya nak berkongsi dengan u all.. Sebab saya rasa selain dari saya mungkin ada antara u all jugak yang belum tahu cara untuk kenal pasti yang u all tengah subur... Terus terang cakap, saya baru je tahu beberapa minggu lepas pasal cara untuk kenali waktu subur melalui mukus @ lendir ni haa... Itupun sebab saya sedang korek ilmu cara untuk merancang jantina baby boy... Ohya, selingan sekejap.. doa2 kan saya moga dipermudahkan urusan untuk dapat baby boy yer... Moga termakbul impian kami anak-beranak.. (^_^)



-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-






U all boleh tengok gambar dekat atas ni haa... Nampak tak perbezaan gambar tersebut.. Ketika ovulasi, kita punya lendir tu kelihatan jernih seperti putih telur & pekat.. Itu memang tengah HIGH la tu... Subur sesangat tu... Gambar yang sebelah dia tu, diambang kesuburan.. Nak mengandung? Nak baby boy? Inilah masanya... Wah gitu... Nak baby girl?.. Tunggu selepas habis ovulasi... (",).. 

_______________________________________________

KITA HAMBANYA HARUS BERUSAHA, DAPAT ATAU TAK, ITU HANYA TUHAN YANG TAHU... SETIAP YANG BERLAKU SEMUANYA ADALAH YANG TERBAIK UNTUK KITA...

____________________________________________________


"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

Tips dari nurse tentang cara dapatkan anak berlainan jantina


Ini komen dari Lin di entry Masih boleh tukar kaedah perancang keluarga yang lain.. Dah setahun lebih saya peram entry ni dekat draft.. Bukan apa, kes malas nak bukak draft.. Normally dekat draft, saya akan tulis point dulu, bila sampai masa rajin baru saya karang mengikut point yang ada.. Untuk entry ni, setahun lebih baru sampai kerajinan... muahahaha.. Dari perkongsian yang lin bagi berkaitan jantina anak, katanya kalau jarak anak kita jauh tapi semua sama jantina, maka kita tukarlah pulak jadi anak yang jaraknya dekat.. manakala untuk mereka yang jarak anaknya dekat tapi sama jantina, bolehla tukar untuk jarak anak yang jauh pulak.. 

Saya perasan di sekeliling saya, maksud sekeliling tu adalah kawan2 & kaum kerabat, mereka yang nak dapat anak kedua yang mempunyai jarak yang jauh seperti 4 5 tahun tu, bila mereka mengandung, anak yang lahir adalah berlainan jantina dari anak nombor 1.. Tapi tu la, bila melibatkan jarak anak, saya rasa saya tak sanggup untuk jarakkan anak 4 5 tahun.. Lagipun saya lebih percaya pada rezeki yang Tuhan bagi, kalau lelaki Alhamdulillah, kalau perempuan Alhamdulillah... Eh, bila saya cakap macam tu, itu tidak bermakna saya taknak anak berlainan jantina.. nampak benar tipunya... Saya memang nak u all, anak lelaki tu waris kuat tu u all.. Anak perempuan ni, bila dah kahwin, tinggalkan kita... tapi anak lelaki kalau dah kahwin, tetap akan kembali pada kita jugak.. Taknaklah saya bercerita pasal anak lelaki ni, u all sendiri pun tahu "kekuatan" anak lelaki ni macamana... dari segi pembahagian harta pusaka tu pun kita dah boleh tahu sendiri... 

Untuk u all yang masih muda, bolehla try tips yang nurse bagi ni.. tapi untuk yang kertu macam saya ni, tak sesuai pulak nak try tips ni... Saya ambik pendekatan, kalau jarak anak dekat pun, kalau Tuhan nak bagi lelaki, dapat jugak lelaki... haaa itu jawapan untuk orang yang dah kertu ni.. muahhaha... Anak pertama, kedua dan ketiga, saya tak pernah merancang jantina tapi untuk anak keempat ni, kalau boleh saya nak merancangla jantina u all... Geng saya dah ramai, geng my dear yang takda lagi tu haa...

Eh, jangan mengata saya tau u all.. setiap orang ada pendapat yang tersendiri.. Bukan apa, saya pernah terbaca satu status rakan di FB, ayat betoi saya lupa, tapi yang pasti dia menyebutla pasal mereka2 yang macam saya ni haa, yang kalut nak anak berlainan jantina... Saya tahu ada je antara u all yang tak kisah jika kesemua anak u all sama jantina.. Saya pun tak kisah jugak tapi dalam masa yang sama, saya ni manusia biasa, pasti ada keinginan untuk dapat jantina yang berlainan pulak.. Bukan saya tak bersyukur, saya sangat2 bersyukur dengan anugerah anak yang Tuhan berikan.. Dah bertahun di akhir entry saya akan berakhir dengan doa untuk u all yang inginkan anak jugak... So, jangan kata saya tak ingat mereka2 yang masih berusaha untuk dapatkan anak...

Setiap manusia, pasti akan berusaha untuk dapat apa yang mereka inginkan... dapat atau tak, itu semua perancangan Tuhan.. Perancangan Tuhan adalah yang terbaik..!! Mungkin saya boleh apply segala macam tips untuk dapat anak berlainan jantina, tapi kalau dah Tuhan kata belum rezeki saya untuk dapat anak berlainan jantina, maka keluarlah jugak anak perempuan dari rahim saya ni... Yang penting saya usaha.. dapat atau tak, itu lain cerita...

Iyer saya tahu, kita jangan terlalu mengharap takut nanti kecewa kan... Tapi satu yang saya selalu pegang dengan word REDHA... Yap, sekalipun mulut kita ni tak habis2 dengan sebut moga ada rezeki nak dapat anak lelaki atau perempuan tapi dalam masa yang sama, dalam hati harus ada sifat REDHA... Sikap POSITIF sangat penting dalam diri kita..!! tak kira anak jantina apa pun yang Tuhan bagi, kita harus terima dengan hati terbuka... Jangan pulak bila dapat anak lain jantina seperti yang kita harapkan, mulalah kita pulaukan or kurangkan kasih sayang dekat anak tersebut.. Mintak selisih peel2 macam tu... Pikir positif yer sayang2... Tuhan bagi kita berderet anak perempuan atau berderet anak lelaki sebabnya Tuhan tengah "mempersiapkan" sesuatu dekat kita... Percayalah sayang... Tuhan tu sebaik2 perancang.. Tuhan itu Maha Pengasih & Maha Penyayang... Kalau Tuhan bagi kita berderet anak perempuan, mungkin bila kita dah pergi mengadap ilahi, anak2 kita tu la yang "mandikan" jenazah kita... jika anak2 kita berderet lelaki, mungkin anak2 kita tu lah yang angkat keranda kita nanti... AllahuAkbar.. Tuhan sebaik2 perancang...!! Jangan sesekali bersedih dengan apa yang Tuhan telah bagi...

Tak salah pun jika u all berkeinginan nak anak berlainan jantina, seperti saya yang dah 3 orang anak sama jantina ni.. Cuma tu la, apa2 je anak yang lahir nanti, sekalipun u all dah usaha macam2, dah cuba macam2 tips tapi Tuhan tak makbulkan lagi, u all kena redha.. REDHA itu sangat penting...!! Saya sendiri berkeinginan untuk dapat anak berlainan jantina untuk anak keempat nanti, saya baru je baca2 tips tapi buatnya belum lagi.. hahhahah... Saya tengah duk baca dari segi pemakanan untuk dapat anak berlainan jantina, baru baca je u all.. buatnya belum lagi, saya ni kadang2 jenis hangat2 tahik ayam pun ada jugak... Bila malas mulalah ambik ayat sedapkan hati, "kalau Tuhan nak bagi anak lelaki, tak buat apa2 tips pun dapat anak lelaki jugak"... muahhahha.. Apa2 pun, next entry saya share pulak pasal pemakanan tu yer... Ohya, tahniah jugak untuk lin yang dah selamat melahirkan anak nombor 3.. Tau apa jantina anak lin?.. Anak perempuan... Kalau tak silap saya, anak nombor 1 lin tahun 2012, anak nombor 2, 2013.. manakala anak nombor 3 ni, baru je bersalin tahun ni, 2016...

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

"Iman itu tidak diwarisi sekalipun ayah kita seorang yang bertakwa... maka, usahalah diri kita sendiri mencari ilmu untuk menjadi insan yang bertakwa"

Cara merancang anak lelaki or perempuan

Mula2 sekali, saya nak bagitahu, entry berkenaan jadual dari Beijing ni, saya dah publish pada 31/05/2011, nak tengok, KLIK SINI.. Hari ni sekali lagi saya  nak up kan entry ni.. sebabnya, masa saya buat tahun lepas, saya tak paham sangat tengok jadual ni, tapi kali ni dah paham sebab dah buat eksperimen dekat aqilah... ahhahhah.. *gurau je...


Jadual dekat atas ni, nak bagitahu u all, macamana u all nak merancang jantina anak u all.. samada u all nak lelaki or perempuan... Saya masa Aqilah sebelum ni, memang takda nak tengok2 jadual ni pun, sebab tak kisah anak lelaki or perempuan... Tapi, bila dah dipertengahan mengandung tu, baru nak tengok.. yela, dah SCAN, doktor tak nampak, so saya "SCAN" lah guna jadual ni... ahhahhahhah.. Meh nak ajar u all cara nak tengok jadual tersebut.. Saya bagi contoh saya sendirilah yer.. (",)

 KETIKA MENGANDUNGKAN ALISHA

Ketika saya mengandungkan Alisha, pada tahun 2009, persenyawaan berlaku pada bulan 12 2009... Kalau ikut Bulan, ketika mengandungkan Alisha, umur saya adalah 26 tahun.. So, u all tengok dekat jadual di atas.. KETIKA UMUR SAYA 26 TAHUN & BULAN 12 BULAN PERSENYAWAAN... SO, BABY YANG LAHIR ADALAH P IAITU PEREMPUAN... (",)

KETIKA MENGANDUNGKAN AQILAH

Ketika saya mengandungkan Aqilah, pada tahun 2012, persenyawaan berlaku pada bulan 2 2012... Kalau ikut Bulan, ketika mengandungkan Aqilah, umur saya adalah 28 tahun (Walaupun kalau ikutkan tahun, tahun 2012 saya berumur 29 tahun).. So, u all tengok dekat jadual di atas.. KETIKA UMUR SAYA 28 TAHUN & BULAN 2 BULAN PERSENYAWAAN BERLAKU... SO, BABY YANG LAHIR ADALAH P IAITU PEREMPUAN... (",)

Nak bagi u all paham lagi....

Pasal umur tu, u all kena kira ikut bulan tau... contohnya macam saya, lahir pada 25/02/1983 tapi persenyawaan berlaku sebelum tarikh 25/02, so, umur saya dikira 28 tahun tau, bukannya 29 tahun... Senang cakap, macam ni, sebagai contoh, tarikh lahir u all pada 03/01 dah nak masuk 30 tahun, tapi persenyawaan berlaku pada 01/01, so, umur u all tetap dikira 29 tahun, walaupun beberapa hari je lagi nak umur 30 tahun.. (Tengok cara pengiraan ketika mengandungkan Aqilah).. Lagi satu, kita kenalah ingat bulan persenyawaan tu bila, baru betul bila tengok jadual ni nanti... & senanglah u all nak "scan" jantina anak u all tu.. hihii

UPDATE : Bab persenyawaan tu, u all jangan ingat kira dari bulan 1st day u all period macam kita nak tahu due date tu tau.. Macam saya, masa Aqilah sebelum ni, 1st day period, hujung bulan 1, tapi kira start bulan 2.. (bulan persenyawaan)

P/s : Kita hanya usaha, Tuhan yang menentukan.. (",)
Ps : Kalau tak paham, boleh tanya tau... (",)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Copyright Reserved to IntaNBerliaN l Designed by DayangDeno