Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Birthday. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Birthday. Papar semua catatan

Isnin, 25 Februari 2013

Kejutan untuk 11 nama di entry ini.. (",)

Memandangkan hari ni 25/02 @ tarikh lahir saya, secara tiba2.. *cewahhh.. hihii... hati saya tergerak untuk lagi sekali bagi hadiah kepada TOP KOMENTAR di blog saya... (^_^)


Saya nak bagi hadiah untuk 10 nama yang jadi TOP KOMENTAR di blog saya pada bulan FEBRUARI 2013... Senarai nama ni, saya ambik setakat petang semalam, ketika saya nak buat entry auto publish ni.. (",)


Ohya, bukan setakat 10 orang top komentar tu je.. tapi saya nak tambah lagi satu nama.. SALLY YATIE.. Dia salah seorang yang rajin singgah blog saya... Walaupun saya tak terjah blog dia, tapi dia tetap jugak terjah blog saya.. saya sangat2 hargainya...!! Opstt sebelum bersalinkan Aqilah, saya pun selalu ke blog Sally Yatie ni, tapi sekarang dah tak macam dulu... boleh kira dengan jari je pun...

Eh, lupa plak nak bagitahu, hadiah yang saya nak bagi tu, SAYA AKAN BAGI BULAN 6 NANTI... sebabnya akhir bulan 5, insyaAllah kami akan balik Terengganu.. so, saya akan bagi barang khas dari terengganu.. (",)


INI HANYA CONTOH KAIN BATIK SARUNG TERENGGANU-SUMBER

Untuk 5 nama teratas TOP KOMENTAR (Mimie, Waniey, MV, Cma & Nur) + SALLY YATIE, insyaAllah saya akan bagi kain batik sarung buatan Terengganu.. 

Kain batik sarung tu, tak semestinya u all pakai harian sambil masak kat dapur tau.. U all boleh je buat kain baju kurung ke.. kain baju kebaya ke... kain baju baba nyonya ke.. apa2 je... (",) Nanti saya akan cuba cari corak yang sesuai untuk buat baju kurung or kebaya.. (^_^)

Untuk yang 5 lagi TOP KOMENTAR (Jijah, Muni, Naniey, Azi & Yati), saya tak pasti lagi nak bagi apa.. nak kene tengok bajet time tu.. ahhaha.. Ikutkan hati, nak je semuanya saya bagi kain batik sarung.. tapi tu la, sehelai kain batik sarung Terengganu pun, harga dah nak dekat RM30.. hihiii.. 

Apa2 pun, tengok dulu ye u all.. kot2 saya boleh dapat harga murah ke... (",).. Setakat ni, untuk 6 orang yang saya sebut tadi, CONFIRM SAYA AKAN BAGI KAIN BATIK SARUNG TERENGGANU... Lagi 5 orang, tunggu dan lihat je la yer.. hihii

P/s : Hari ni saya balik Chemor sampai hari Sabtu (",)

P/s : My Dear cakap kat Kedah pun boleh beli kain batik tapi saya taknak sebab nak beli yang Terengganu punya.. sebab dekat terengganu terkenal dengan kain batik.. hihii (^_^)

P/s : PM saya alamat & no h/p u all.. dekat facebook saya... Tapi bulan 6 baru saya bagi yer.. Saja nak buat entry awai2 sebab nak bagi hadiah TOP KOMENTAR ni sempena bulan kelahiran saya.. (^_^).. Kalau postponed kan, takut saya ubah pikiran pulak.. ekekkek

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Hari ni bermulalah era 3 series dalam kehidupan saya,, (^_^)

Alhamdulillah saya masih dipanjangkan umur.. Sedar tak sedar, hari ni saya dah pun berumur 30 TAHUN... Yap, 30 tahun.. dah bermula era 3 series.. hihii.. Rasa macam baru lagi habis sekolah.. hehhe.. Emmm tiba2 di usia 30 tahun ni, tak tahu pulak nak tulis apa di entry ni.. Terus kepada ucapanla.. hihii...


  • Saya harap, di usia yang makin meningkat, saya akan berubah menjadi lebih baik, lebih baik & lebih baik... (^_^)
  • Semoga kedua orang tua saya dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus melihat cucu2nya membesar
  • Semoga my dear sentiasa sihat untuk terus menjaga saya & anak2
  • Semoga anak2 saya membesar sebagai anak yang baik.. soleh & solehah..
  • Semoga saya sentiasa tabah untuk hadapi segala dugaan mendatang sebagai anak, isteri & ibu
  • Semoga saya sentiasa bahagia di samping insan2 tersayang...
  • Tak lupa jugak doa saya untuk rakan2 yang masih belum mempunyai zuriat, moga u all dimurahkan rezeki untuk mendapat zuriat sebagai penyambung ikatan perkahwinan u all & pasangan.. InsyaAllah.. (",)
tekan SINI untuk perkongsian bersama

Ahad, 26 Februari 2012

Thank you so much Nisa, Kak Fieda & Sue @ QasehnyaRania

Saya nak ucap TERIMA KASIH sangat2 dekat Kak Fieda, Nisa & Sue @ QasehnyaRania... Saya sangat terkejut apabila bukak blog pada 25/02/2012 @ hari Sabtu @ my birthday.. saya terpandang 3 ENTRY untuk saya sempena birthday saya yang ke 29.. Ya Allah Ya Tuhanku.. time tu Tuhan je yang tahu betapa terharunya saya apabila membaca entry dari Kak Fieda, Nisa & Sue..

Kalau mereka ada di depan saya.. pasti saya dah hug & kiss mereka..!! Sungguh tak sangka saya ada kawan blogger yang sudi buat entry khas untuk saya sempena birthday saya... Moga persahabatan kita ni kekal hingga akhir hayat.. & moga dengan takdir Tuhan, kita akan bertemu disatu hari nanti.. InsyaAllah..

Entry Nisa betul2 buat saya rasa tersentuh sangat.. Betapa entry tu menggambarkan yang Nisa sangat2 menghargai persahabatan alam maya kami ni.. Hepi B'day, Ina~!! adalah entry yang saya maksudkan.. Selain tu, tanpa pengetahuan saya, rupa2nya Nisa ada buat entry khas untuk saya.. Serius, entry NI buat saya sampai bergenang air mata.. Dear, saya nak awak tahu, saya pun sangat2 menghargai persahabatan kita ni.. Saya sentiasa sudi mendengar setiap luahan hati awak.. Percayalah dear.. Awak mampu lalui setiap dugaan yang telah DIA berikan kerana DIA tidak akan menguji hambaNYA jika hambaNYA tak mampu laluinya.. Take Care..!!


     Kad dari Nisa yang bagi saya sangat2 cantik..!! Thanks dear (^_^)

 Entry Kak Fieda pun buat saya tersentuh jugak.. Kak Fieda ni ibarat kakak saya dah dekat alam maya ni.. Kami selalu berhubung dekat facebook.. chit chat berita sensasi..hihii.. Thanks kak Fieda sebab buat entry Selamat Hari Penambahan Usia Ina @ IntaNBerlian & doakan saya.. InsyaAllah.. jika ada rezeki.. dapatlah Alisha adik yer..hihii..

 Kad dari Kak Fieda ni pun cantikkk!!

Sue @ QasehnyaRania.. terima kasih jugak tau sebab buat entry Selamat Hari Lahir Ina.... Saya hargai sangat2.. Sue ni walaupun kami baru kenal beberapa bulan tapi Alhamdulillah kami makin rapat.. Sue pun ada jugak hantar mesej dekat saya tapi tu la, handphone saya handphone cap ayam.. button NO 5 dah rosak.. so, susah nak balas mesej..hahhaaha.. Nak beli baru malas sebab sejak2 dah kawen ni jarang guna handphone @ hantar mesej..kikikiiii.. Sue, terima kasih tau sebab nyanyi lagu happy birthday untuk saya..hihii.. Tak lupa jugak terima untuk ucapan @ doa2 tu semua.. Saya pun doakan semoga Sue dikurniakan cahaya mata yang mampu menambahkan lagi seri alam rumahtangga (",)


 Birthday girl dengan rasa tak bersalah nak jugak menempek muka sendiri.. muahhahahha.. Gambar ni diambik pada 25/02/2012 @ secara rasminya birthday girl telah berumur 29 TAHUN.. (^_^)

P/s : Terima Kasih dekat u all yang sudi wish birthday dekat saya (^_^)

tekan SINI untuk perkongsian bersama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...