Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label AidilAdha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AidilAdha. Papar semua catatan

My dear tunjuk bakat bakar lemang

Bakat terpendam.. hihii.. Takda la u all.. my dear tak reti pun bakar lemang ni.. baru nak belajar.. Ni kali kedua, kali pertama raya pose tahun lepas... Actually pak long saya yang bakar, my dear tolong gitu2 je pun.. saja cari pengalaman...


Nak bakar lemang kene orang pandai.. tak leh main bakar camtu je..


Jika tak pandai, nanti lemang tu jadi separuh masak, separuh tak masak, hangit la, keras situ lembut sini la.. Api pun nak kene pandai control tau.. bukan senanglah nak bakar lemang ni.. Tu yang lemang ni mahal kan.. Saya memang suka makan lemang, sangat suka..!! Suka makan yang jenis pulut2 camni.. Alisha pun suka lemang tau.. Kalau kalau beli, dia yang lagi banyak makan dari saya...

Saya suka lemang yang "liat2" sikit.. Arwah opah saya buat sedap.. Ada lemang yang orang tak reti buat, dia jadi relai tak pejal.. tak tahulah saya kenapa.. salah gaya, ada yang cepat basi... Ketupat pun saya suka jugak.. Adehhh dan2 rasa nak makan la plak...! Ohya, lupa nak bagitahu, kalau mak saya, lemang yang tak habis, bila nak makan, mak saya goreng tau.. ketupat daun palas pun goreng jugak.. sedap u all... Orang Terengganu biasa buat camni, negeri lain saya tak pasti...
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Gambar pagi raya aidiladha

Raya haji tahun ni kami beraya di Chemor.. pagi raya tu berkumpul dekat umah maklong sebab nak sembelih lembu dekat sana... Sungguh saya terlupa nak ambik gambar kami 3 beranak.. tapi sebab nak tempek jugak gambar pagi raya, so, gambar berasingan pun jadilah.. muahhaha


Alisha dengan baju kebaya nya.. suruh tengok kamera tak nak, buat2 sombong plak.. (",)


Aqilah plak guna baju kurung.. baju kurung ni yang Alisha punya masa umur setahun dulu... Ibu dua anak solehah ni plak guna baju fishtail corak paisley... Antara corak yang jadi kegemaran saya.. Suasana dalam gambar ni nampak best je kan.. redup je pemandangan dia... (",) Bawah pokok buah apa ntah saya berdiri.. lupa plak...
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Gambar Alisha & 2 pupu dia...

Balik raya haji baru ni, kami berkumpul dekat rumah maklong @ bersebelahan sebelah rumah arwah opah saya.. Kiranya dekat betoi2 kampungla.. Rumah dikelilingi oleh pokok buah-buahan... manggis, durian, rambutan dan lain2.. tapi semuanya tak berbuah.. hihii.. Time tu, sepupu saya dari KL pun ada balik jugak... So, ambik kesempatan ambik gambar anak sepupu saya dengan Alisha.. Dorang sebaya tau.. tapi Alisha ni tua sebulan rasanya...


Jumpa setahun sekali... muka takda senyum.. malu2.. kui kui kui..


Alisha dengan rambut curlynya... dua pupu Alisha tu dengan rambut perangnya...


Sekarang ni saya lebih suka lepas rambut Alisha.. dah jarang ikat... bukan pe, rambut dia kan dah panjang.. So, lurus di bahagian atas & curly di bahagian bawah, saya suka tengok.. perasankan diri macam rambut anak saya ni cantiklah... hihii..  (^_^)

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Lembu yang bakal di korbankan

Petang ni lepas my dear balik kerja, kami akan gerak balik kampung.. Singgah Parit Buntar kejap pastu terus balik Chemor.. bukan pe, my dear dah janji dengan kawan dia @ tokey lembu nak tunggu dorang hantar lembu ke Chemor malam ni... Actually tahun ni family saya ada korban sekor lembu.. atas satu nama.. mak saya niat korbankan sekor lembu untuk adik lelaki saya..


InsyaAllah inilah lembu yang bakal dikorbankan pagi raya pertama nanti... lembu ni dihantar dari SELAMA ke CHEMOR naik lori... harga lembu sekarang mahai betoi yer... Untuk sekor lembu ni, harga dia RM3000.. tu pun dah kira harga kawan2... Berat anggaran 80-90kg.. tapi kalau lembu ni makan banyak2, nanti time nak sembelih, boleh lagi tambah berat ni.. hihii

Hari raya pertama, lepas sembelih lembu, kami terus buat kenduri untuk adik saya tu.. makan tengahari.. esoknya buat dekat umah adik ipar saya pulak.. Moga adik saya tu dikuatkan semangat untuk dia "bantu" diri dia kembali pulih seperti biasa... Ohya, kalau u all tinggal berdekatan dengan CHEMOR & SUDI NAK DATANG KENDURI UNTUK ADIK SAYA ni, u all contact saya yer, tak kira melalui FB or blog or HP.. gtau awal2 sebelum hari raya.. (",) InsyaAllah nanti bolehlah u all makan daging korban & bawak balik daging korban.. (",) 

Jap, jap, nak bagi info sikit kat u all.. nampak tak dekat badan lembu tu ada bonggol?.. Saya ada tanya tokey lembu, kenapa ada lembu yang ada bonggol & takda bonggol.. katanya, kalau yang ada bonggol sebab terlebih matang... untuk pengetahuan u all jugak, bahagian bonggol tu daging jugak tau.. kira dah macam gaya daging terlebih.. (",)
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

No no no... Stop!!

Alisha memang anak yang pandai... Saya ajar dia dari zaman dia besar Aqilah tu je pun.. tapi bila dah pandai cakap, habis semua dia pratikkan.. heheh.. sebelum ni, saya pernah bagitahu u all yang alisha dah paham & dah tahu apa maksud SMILE & JUMP...  & bila harus guna word SMILE & JUMP tu kan.. Hari ni nak cite pulak pasal NO & STOP...

U all tahu tak, baru ni, Alisha ni buang air besar tau.. Saya suruh la my dear cuci tau.. tapi bila my dear nak menghampiri alisha, nak pergi cuci, boleh pulak si alisha ni, ANGKAT TANGAN dekat abah dia SAMBIL CAKAP STOP..!! Dia tak bagi abah dia datang dekat dia @ cuci... Adehhh... Abah dia seronoklah, tak payah cuci vontot alisha.. hahahha.. Saya jugak jadi tukang cuci.. baru nak bersenang lenang sikit... kah kah kah...

Lagi satu pulak, suka sangat guna perkataan NO.. bukan setakat sebut NO, tapi siap JARI TELUNJUK GERAK KE KANAN & KIRI.. ahhaha.. Macam dulu, sepupu dia masukkan sikat rambut dalam mulut, Alisha nampak terus ambik sikat tu sambil cakap NO, NO, NO.... hahahha.. Alisha takdalah teror sangat pun omputih ni.. tapi saya adalah ajar dia word2 omputih ni kan.. setakat ni alhamdulillah dia paham situasi camna nak guna word2 tu semua.. (",)

Ohya, u all boleh ajar anak u all word yang simple2 dari kecik tau.. dari besar Aqilah ni, dah boleh ajar... biar dorang tak pandai cakap pun.. ajar je... confirm dah besar & dah pandai cakap cam Alisha, dia tahu guna word tu.. (",).. Saya bercakap atas dasar pengalaman.. so, sebagai ibu, haruslah saya berkongsi dengan u all jugak kan.. (",)

Saya bagi contoh dekat u all cara nak ajar guna word JUMP & STOP.. Maybe u all boleh apply dekat anak u all.. (",) Normally, saya akan pegang Aqilah & lompatkan Aqilah sambil cakap, JUMP.. JUMP.. JUMP.. setiap kali saya lompatkan Aqilah, setiap kali tu jugak saya sebut JUMP... Bila saya berhentikan Aqilah dari melompat, saya akan sebut STOP... kiranya macam, "JUMP JUMP JUMP STOP"... So, dari situ, Aqilah boleh paham, bila saya lompatkan dia ke atas, itu dipanggil JUMP & bila saya berhenti lakukannya, itu dipanggil STOP... (",)

U all boleh try cara ni.. mesti anak u all seronok, macam aqilah jugak.. hehhe... Nanti saya akan kongsi lagi dekat u all apa cara yang saya ajar Aqilah di usia dia sekarang... Apa yang saya lakukan dekat Aqilah sekarang, adalah apa yang saya lakukan dekat Alisha masa kecik2 dulu... (",) 

Selamat Hari Raya Aidiladha (",)

Hari Ahad ni kita akan sambut Hari Raya Aidiladha.. So, petang ni kami akan balik kampung.. Parit Buntar & Chemor.. U all balik kampung bila?.. Kalau dekat Terengganu, sambutan hari raya haji ni sangat meriah.. memang ramailah yang ambik bahagian untuk buat korban termasuklah family saya di Terengganu.. tiap2 tahun mesti ambik bahagian...

Tapi apabila kami dah berpindah ke Perak.. suasana dia dah lain.. Hari raya haji takda apa sangat pun.. siap ada yang duduk berkurung dalam rumah lagi.. hihii Tak best..! Saya teringin sangat untuk menyambut raya haji di Terengganu.. Saya nak Alisha dapat sama2 merasai erti hari raya haji & merasai kemeriahan raya haji tersebut...

Dulu ketika belum kahwin, saya pernahlah balik Terengganu untuk ambik bahagian dalam korban tersebut.. Ohya, kalau di Terengganu, raya haji memang dalam peti ais berlambak2 daging korban.. semua pakat hantar dekat rumah.. tapi dekat perak takda pulak sebanyak ketika saya berada di Terengganu.. Memang berbeza sambutan dia...

Bagi saya sambutan raya haji & raya puasa di terengganu kedua2nya sama2 meriah!! tapi disini.. raya puasa baru terasa kemeriahannya.. Kalau di Terengganu, lepas solat aidiladha, semua orang sibuk buat persiapan untuk melakukan penyembelihan.. Tapi di sini pulak, lepas solat aidiladha.. orang balik tengok tv.. macam ketika saya raya haji dekat kampung my dear tahun lepas.. hihii.. Balik solat aidiladha tengok tv.. tengahari baru keluar berjalan.. ziarah saudara mara..

Apa2 pun, raya haji saya tetap suka beraya di TERENGGANU.. & dah tentulah lebih meriah jika dapat beraya bersama2 MY DEAR & ALISHA... hihii.. Saya jugak bersyukur sebab saya diberi kesempatan untuk merasai suasana di kedua2 tempat ini (",)

Ohya, ini hanyalah berdasarkan pengalaman saya beraya.. pengalaman u all mungkin berbeza.. maybe u all beraya di perak lebih meriah & beraya di Terengganu takda apa2.. (",)

Lastly, saya nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA".. Hati2 balik kampung... (",)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...