Saya tahu pasal lelaki boleh disunat @ dikhatankan di usia bayi ketika saya ada anak sorang. Masa tu saya terbaca entry pasal anak rakan blogger yang sunatkan anak ketika masih bayi. Sejak dari itu saya tergerak hati, jika ditakdirkan ada rezeki saya untuk dapat anak lelaki, saya nak sunatkan ketika bayi juga. Setahun dua akhir2 ni, saya dah banyak baca pasal lelaki disunat ketika bayi, dengan kata lain, semakin banyaklah info yang saya dapat. Bila saya dapat info pasal ni, saya selalu printscreen dan hantar whatsApp kepada my dear. Kiranya waktu tu macam saya bagi hint la dekat my dear yang saya nak sunatkan anak ketika masih bayi. Alhamdulillah, ketika kami dah dapat anak lelaki, my dear setuju je nak khatankan anak soleh Ammar. Alhamdulillah, niat yang baik pasti Tuhan permudahkan. InsyaAllah.
Ohya, kami buat keputusan nak khatankan @ sunatkan anak kami ketika masih bayi bukan kerana nak follow orang ke, dengar cakap orang ke apa ke. Keputusan yang kami buat selepas kami sendiri dah ada ilmu pasal ni. Baca situ baca sini, tanya doktor itu tanya doktor ini dan tanya mereka2 yang ada pengalaman. Haa ketika saya pergi checkup sebulan Ammar di klinik ibu anak, doktor bangsa lain tanya saya "Biasa orang melayu sunat anak lelaki bila?" Saya terus cakap "Doktor, kalau saya nak sunatkan anak minggu depan, boleh ke? atau ada masalah sunat awal?"... Doktor tersebut jawab "Boleh, tiada masalah". Saya juga ada bertanya rakan yang menetap di Arab pasal orang Arab kebiasaannya bersunat waktu bila, katanya ketika bayi.
Bersunat atau khatan ketika anak masih bayi, mungkin lebih mudah kerana ianya lebih cepat sembuh dan tak payah nak berpantang makan ke apa ke, yang berpantang ibu dia ni haa sebab bagi susu badan. Eh, itu saya yang kata, doktor pula cakap makan je semua tak payah nak berpantang. Apa kebaikan bersunat @ khatan ketika bayi ni, u all boleh google ye, saya malas nak cerita. Dekat sini, saya nak bercerita pasal pengalaman sunatkan anak soleh Ammar di usia 41 hari. Ohya, kalau u all nak sunatkan anak ketika bayi juga, seeloknya sunatkan ketika anak masih belum pandai meniarap, tak aktif lagi la maksud saya tu.
Orang kata, sunat ketika anak dah besar sikit sebab nak bagi pengalaman dekat anak, kiranya macam kalau kawan2 tanya, bolehlah dia cerita pengalaman dia bersunat. Entry ini khas untuk Ammar supaya nanti dia pun boleh bercerita juga bila rakan2 tanya (",) Ammar tak takut, Ammar tak lari, Ammar serah diri sebab Ammar tak tahu nak kena sunat.. hahhahha
Pada 24/02/2017 pukul 3 lebih petang, ibu, abah dan kakak2 bawa Ammar ke Poliklinik Dr Azhar dan rakan2 untuk disunatkan. Sebelum pergi, ibu dah buat temujanji dengan doktor. Ammar, gambar di atas ini adalah sebelum Ammar khatan tau, kita baru nak pergi Poliklinik Dr Azhar dan rakan2. Ketika nak pergi tu, ibu relax je, takda rasa takut ke apa. Dalam kepala ibu dah set nak sunat Ammar guna kaedah clamp. Waktu ni ibu tak terbayang pun pasal darah ke apa, yang ibu bayang, lepas ni Ammar dah "besar".. (",)
Lebih kurang pukul 4 lebih petang, Ammar dah masuk bilik untuk disunat. Gambar atas ni, gambar sebelum Ammar disunat, Ammar macam biasala, terkial-kial. Dalam Ammar terkial-kial tunggu doktor masuk tu, Ammar terkucil la pula, nasib baik tak kena pembantu doktor. hehe. Alhamdulillah masa ni Ammar tak menangis, mungkin sebab Ammar dah kenyang minum susu.
Ammar, inilah alatan yang digunakan untuk sunat Ammar tau. Bila doktor dah masuk bilik tersebut, doktor terangkan dekat ibu cara nak sunat @ khatan tu macamana. Doktor cadangkan untuk sunat Ammar guna kaedah jahitan tapi ibu cakap nak kaedah clamp sebab ibu membayangkan macam sakit je nak kena jahit tu. Tapi tu la, perancangan ibu bukanlah yang terbaik sayang, dah tertulis Ammar bersunat guna kaedah jahitan seperti kebanyakan orang lakukan dulu-dulu. Clamp untuk saiz Ammar tiada di poliklinik tersebut...
Doktor mulakan dengan cucuk bius dekat bahagian pangkal Ammar punya. Bila Ammar kena cucuk bius je terus Ammar menangis. Pembantu doktor pegang kaki Ammar, ibu pegang tangan Ammar, bukan pegang kuat sayang, pegang lembut untuk tenangkan Ammar. Tangisan Ammar yang seolah2 merayu tu, buat ibu rasa macam nak angkat Ammar, tak jadi nak sunat. Ini kes, otak ibu dah di set untuk clamp yang lebih "simple" prosesnya, sekali kena kaedah jahit. Ibu melihat proses Ammar disunat dari awal sampai akhir. Ibu lihat darah yang keluar. Ibu lihat Amar punya digunting, dipotong dan dijahit.. Tau tak sayang, di saat ibu menulis entry ini, ibu masih terbayang proses bersunat tersebut. Alhamdulillah ada rezeki ibu untuk tambah ilmu pasal cara bersunat anak lelaki, alhamdulillah juga ada rezeki ibu untuk teman Ammar ketika sunat.
Ammar, Ammar tahu tak, ibu tak pernah nampak Ammar menangis sehingga keluar airmata, tapi ketika sunat itulah kali pertama ibu nampak air mata Ammar mengalir keluar dari kelopak mata. AllahuAkbar sayang... sesungguhnya niat yang baik itu pasti Tuhan permudahkan. Ibu pun tak sangka yang ibu kuat untuk melihat Ammar yang pada waktu itu menangis sungguh-sungguh, seolah2 sedang merayu, tangisan Ammar tu seolah-olah Ammar sakit sangat. Ada satu part tu, ibu dengar Ammar menangis tersedu. Ammar, walaupun Ammar menangis, tapi Ammar memang hero, Ammar tak meronta-ronta pun sayang. Ammar pandang je muka ibu, ibu tahu, mesti ibu adalah "kekuatan" untuk Ammar, kan sayang. (",) Ibu pasangkan suara alunan orang mengaji untuk tenangkan Ammar, ini kerana biasanya ketika di rumah, Ammar lebih selesa @ diam bila dengar orang mengaji. Doktor tersebut lakukan proses sunat Ammar tu tak lama pun sayang.. lebih kurang 30 minit atau hampir 30 minit. Bila proses khatan tu dah selesai, Ammar dah ok, dah tak menangis. Ohya sayang, Ammar menangis sepanjang proses bersunat tapi ibu pun kurang pasti samada Ammar menangis tu disebabkan sakit atau disebabkan kaki Ammar kena pegang. Apa-apa pun Ammar dah sunat @ khatan sayang.. Imam muda Ammar (",)
Selepas Ammar siap dikhatankan, kita terus balik ke rumah. Ohya sayang, gambar atas ni, gambar Ammar baru lepas sunat tau, nampak tak? wajah Ammar tenang je kan sayang, walhal baru lepas sunat. Ammar memang hebat!! (",) Sampai di rumah, Ammar ada menangis sikit ketika nak kencing, mungkin pedih akibat kena air kencing agaknya. Ibu tak bagi Ammar pakai pampers ketat-ketat pun, longgar je sebab taknak bagi pampers tu terkena Ammar punya. Anak ibu Ahmad Ammar adalah anak yang sangat baik. AllahuAkbar... sayang, ibu membayangkan yang malam selepas bersunat tu, Ammar takkan tidur dengan lena, ibu buat andaian macam tu kerana ibu dapat tahu dari pengalaman rakan-rakan ibu yang sunat anak seusia Ammar. AllahuAkbar, sesungguhnya Tuhan itu maha penyayang, Ammar tidur malam sangatttttt lena sayang, seolah2 tiada apa yang berlaku. Ammar tidur lena macam hari-hari biasa, Ammar hanya terjaga untuk minum susu sahaja. Ibu pun dapat tidur lena. Terima kasih sayang, terima kasih, Ammar membuktikan dekat ibu yang Ammar memang kuat!!
Dalam hari keempat atau kelima, ibu dah mula nampak yang Ammar punya dah semakin kering. Doktor bagi ubat tahan sakit, antibiotik dan ubat sapu. Ammar punya lebihan yang dipotong pun, doktor bagi bawa balik. Cara penjagaan Ammar, setiap kali lepas mandi, ibu akan sapu ubat yang doktor bagi, pampers ibu bagi pakai longgar-longgar dan kerap salin pampers. Ibu sendiri berpantang makan sebab Ammar menyusu badan. Seminggu selepas berkhatan, ibu, abah dan kakak-kakak pergi lagi ke poliklinik Dr Azhar dan rakan-rakan untuk doktor lihat perkembangan Ammar selepas bersunat. Alhamdulillah, doktor kata semuanya ok, cumanya benang belum reput sepenuhnya. Sehingga entry ini ditulis, hari ke 14 selepas sunat, benang dibahagian yang disimpul mati, masih belum reput sepenuhnya. Mengikut kata doktor, benang tersebut akan reput selepas 2 3 minggu. Keadaan Ammar punya dah 90% elok, tunggu benang itu je lagi nak reput. Perkembangan yang sangat hebat sayang!! Tiada rengetan atau tangisan selepas bersunat. Sangat-sangat mudah jaga Ammar. Inilah cerita Ammar ketika sunat @ khatan di usia 41 hari, nanti kalau rakan-rakan tanya, Ammar boleh cerita kepada mereka. Mungkin pada waktu itu, rakan2 Ammar dah ramai guna kaedah clamp, tapi Ammar guna kaedah jahitan yang lebih memerlukan "kekebalan"..
*****************************************************************
Bila melibatkan anak-anak, saya seboleh mungkin nak kedepan. hahha. Macam pasal sunat Ammar ni, saya tanya my dear nak masuk atau tak ketika Ammar disunat, my dear kata takpa, saya je masuk, biar dia jaga 3 orang lagi anak kami. Ohya, ketika saya keluar dari bilik sunat tu, my dear cakap "kesian dengar suara Ammar menangis".. (",) Takpa sayang.. Ammar kan hero kita. Pesan saya, jika u all nak sunat anak ketika masih bayi, pastikan u all seorang yang berani dan hati kental dengar tangisan anak tau. Kalau tak, suruh je hubby u all temankan baby, tapi pastikan hubby tak takut darah ye. hehe
Saya ada tengok video sunat kanak2 yang dah besar, video tersebut memang akan dengar tangisan dan jeritan si anak itu la ketika doktor nak sunat tu. Kesimpulannya, sunat ketika besar pun menangis, sunat ketika bayi pun menangis, yang bezanya penjagaan selepas sunat tu, ketika bayi lebih mudah berbanding sunat anak yang dah besar. Bayi hanya baring, minum susu, tidur berlainan dengan anak yang besar ada lakukan pergerakan juga. Mungkin sebab itu sunat ketika bayi ni lebih cepat sembuh. Apa-apa pun, setiap orang ada pendapat tersendiri berkaitan sunat ni, samada nak sunat ketika bayi atau ketika dah bergelar kanak-kanak. Apa je yang kita lakukan untuk anak-anak kita, semuanya mempunyai motif yang sama, iaitu untuk yang terbaik untuk anak-anak kita. InsyaAllah...
POLIKLINIK DR AZHAR DAN RAKAN-RAKAN
TAMAN CINDAI JAYA SUNGAI PETANI
RM150 KAEDAH JAHIT
RM180 KAEDAH CLAMP
"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"