Berkejaran saya buat Mini Giveaway untuk raya ni haaa... Lagi 2 minggu dah nak raya, so, nak tak nak, minggu depan saya mesti kene lancarkan jugak Mini Giveaway #38.. kalau Mini Giveaway #37, saya bagi HADIAH BAJU RAYA, Mini Giveaway #38 ni, macam tahun2 sebelum ni jugak, hadiah DUIT RAYA... saya besyukur, walaupun saya hanya seorang suri rumah, saya tetap dimurahkan rezeki, dapat jugak bagi hadiah dekat anak2 soleh & solehah setiap bulan... seperti mana pemberian hadiah itu dapat menggembirakan hati anak2 saya, macam tu jugak harapan saya semoga anak2 syurga yang dapat hadiah dari saya tu akan rasa gembira... Walaupun hadiahnya tak seberapa nilainya kalau diukur dari wang ringgit...
Untuk Mini Giveaway #38 ni, SEMUA ORANG BOLEH JOIN.... TAK KIRA DAH KAHWIN KE BELUM.. TAK KIRA ADA BLOG KE TAKDA.... TAPI IANYA HANYA UNTUK ANAK2 YANG BERUMUR 12 TAHUN KE BAWAH SAHAJA... DENGAN KATA LAIN, KANAK2 YANG BELUM LAGI MASUK SEKOLAH MENENGAH LA YER... BAGI YANG ADA ANAK, NANTI BOLEH SENARAIKAN SEMUA NAMA ANAK YANG BERUSIA 12 TAHUN KE BAWAH... MANAKALA YANG BELUM KAHWIN HANYA BOLEH BAGI SATU SAHAJA NAMA ANAK SAUDARA SENDIRI... KALAU YANG BERSTATUS NENEK PULAK, HANYA BOLEH BAGI SATU SAHAJA NAMA CUCU SENDIRI...
Mini Giveaway #38 AKAN DILANCARKAN PADA HARI ISNIN (06/07/2015 DARI PUKUL 7 PAGI HINGGA PUKUL 12 TENGAH MALAM... KALI INI SAYA AKAN CARI 20 NAMA ANAK2 YANG BAKAL DAPAT DUIT RAYA... Ohya, setiap seorang pemenang, akan dapat duit raya RM5 seorang..
P/S : JIKA TAKNAK TERLEPAS, TANDA DI KALENDAR YER... TAK SAMPAI 24 JAM PUN GIVEAWAY NI...
"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"