Anak solehah saya Nur Alisha tu dah tak sabar sangat nak sekolah... Kalau ikutkan abah dia, tak sekolah lagi pun takpa... tapi si ibu ni memujuk si abah untuk hantar Alisha ke sekolah... puncanya Alisha hari2 duk sebut nak pergi sekolah... ditambah pulak memang saya pun nak dia pergi sekolah sebab saya nak dia bergaul..!! Saya tahu dia nak kan kawan... sebabnya dia duk imagine siap bagitahu saya yang dia ada ramai kawan... Jangan tak tahu, pernah sekali saya belikan apa ntah dekat dia, dia boleh cakap "Ibu, nanti ibu beli banyakkkkkk lagi yer.. kawan kakak isha takda, sian dia..."... Tu diaaaa... punya hebat imagine... bersiap sedialah poket saya, nanti sekolah mesti dia bagitahu suruh beli dekat kawan dia sekali...
Di taman kami ni ada beberapa buah tadika swasta & KEMAS... Sebelum saya dapat contact no hp cikgu KEMAS, saya telefon cikgu Tadika swasta dulu tau.. Ni pun puncanya my dear tak jumpa cari tadika KEMAS.. so, dia ambik no hp tadika swasta.. Saya ni pulak jenis manusia yang banyak tanya & cerewet...!! Sebelum kawen saya punya cerewet memang hebatla.. tapi dah kawen kurang sikit cerewet tu... tapi bab pembelajaran anak, saya masih kategori cerewet lagi la kot... Saya bukan jenis yang nak daftar anak tadika.. terus je pergi hantar.. tapi sebelum saya decide mana2 tadika, saya dah telefon cikgu tu awal2 tanya macamana pembelajaran tadika dia... Masa saya telefon tadika swasta, memang best la dengar pasal pembelajaran dekat situ kan.. Lepas tu saya telefon pulak cikgu tadika KEMAS... saya buat perbandingan, Tadika swasta ni dia memang "fokus" la pada belajar.. tapi tadika KEMAS pulak, dia ada macam "main2" sikit... maksud saya tu aktiviti la kan... Pada mulanya dengar yang "fokus" belajar tu macam best la.. tapi pikir2 balik, Alisha baru 5 tahun.. tahun depan dia nak sekolah tadika lagi... Motif utama saya nak bagi Alisha "enjoy" ketika di tadika dengan kawan2... Lagipun yuran tadika swasta agak mahal la berbanding tadika KEMAS kan... Last2 kami decide ambik tadika KEMAS... biarlah mengukur baju di badan sendiri + biarlah motif saya untuk bagi Alisha rasa "enjoy" tu tercapai...
Walaupun ada hamba Allah tu komplen kata anak dia belajar di tadika KEMAS tak pandai baca pun, ia tetap tak menggugat keputusan saya... Alisha tak sekolah lagi pun dah mengenal ABC, 123 siap tahu buat latihan.. Bukan nak berlagak, tapi nak bagitahu yang apa2 pun mesti libatkan parent jugak.. kita kene ajar jugak.. jangan terlalu mengharap pada guru.. Saya siap tanya cikgu tadika swasta, budak umur 5 tahun ni, lepas habis TADIKA MEMANG DAH PANDAI baca ke.. yela, dah nama pun SWASTA kan.... katanya tak jugak... bergantung pada anak2.. ada yang cepat, ada yang lambat... saya tanya pulak cikgu tadika KEMAS... katanya, ada je yang pandai baca.... tapi DENGAN SYARAT, KALAU PARENT AJAR JUGAK DI RUMAH.... TAK MENGHARAP CIKGU 100%... Kiranya TAKDA JAMINAN pun yang menyatakan kalau anak saya masuk tadika swasta, habis je tadika, pandai baca... Kesimpulannya, TAKDA BEZA pun tadika swasta or tadika KEMAS...
Tadika KEMAS dekat taman saya ni, yuran bulanan dia RM15.. Murah kan, takpa.. yang murah tak semestinya tak bagus... Saya akan titik beratkan jugak pembelajaran anak2 saya ni.. Maksud saya, saya akan ajar mereka jugak di rumah... Cikgu tadika tu pun nanti, kene ready lah yer... si ibu Alisha ni, maybe setiap bulan akan telefon bertanya perkembangan Alisha.. hahaha..
Macam tak percaya pulak, anak saya dah nak sekolah... dari awal tahun saya duk hadap dengan pertanyaan "Bila kakak nak sekolah..?".. "Kakak nak pergi sekolah".. "Kakak dah tak sabar nak sekolah".. Finally 11 hari lagi Alisha akan masuk tadika... Yeayyyyyy... saya pun over excited ni u all.....!! Tahun depan bersiap sedialah telinga saya untuk hari2 dengar cerita Alisha di sekolah... (^_^)... Moga segala ilmu yang anak2 kita belajar di tadika atau disekolah mereka akan "hadam" dengan mudah... Moga anak2 kita semua berjaya di dunia dan jugak di akhirat... InsyaAllah..
"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"