Setiap hari kepala saya ni mesti ligat berpikir nak masak apa kudapan anak2 di petang hari or di waktu2 mereka tengah main2... bila dorang kata nak kek, saya masak kek... bila dorang kata nak cucur, saya masak cucur... tapi apa2 pun bergantung pada stok yang ada di rumah la... Normally saya memang buat stok bahan2 nak masak ni dekat rumah... sebab saya sendiri pun memang suka masak... sebelum my dear balik kerja, masak untuk lunch... my dear pergi kerja, masak untuk minum petang pulak... kalau terlebih rajin... bila my dear balik kerja tu, masak untuk makan malam pulak... tapi jenis yang simple2 macam nasi goreng ke... mee goreng ke... aktiviti memasak ni akan jadi sangat2 happy bila kita tengok insan2 tersayang makan masakan kita tu dengan berseleranya... lebih2 lagi 2 orang anak solehah saya ni... hilang segala penat memasak...
Btw, semalam kudapan mereka, saya buat ROTI GORENG TELUR BLACKPAPER VERSI JIMAT TELUR... wah nama bukan main lagi... hahhah... padahal roti goreng telur macam u all biasa buat tu je pun... biasa roti ni kalau saya masak, saya celup dalam telur & goreng... tapi bila versi jimat telur ni, saya gaul2 roti dengan bahan pastu kepal2 & baru goreng... itu je pun... kalau celup kan, banyak pulak nak guna telur.. kikiii... Roti goreng telur ni banyak versi saya buat... kadang2 roti dengan telur + garam je... kadang2 roti + telur + susu pekat... kadang2 roti + telur + lada sulah... kadang2 yang macam dalam gambar ni haa... ikut mana dan je...
CARA BUAT : TELUR + GARAM + SERBUK LADA HITAM + BAWANG = PUKUL BAGI RATA PASTU CARIK2KAN ROTI CAMPUR DALAM BEKAS YANG ADA TELUR TADI PASTU GAUL2 & KEPAL2 PASTU GORENG... SIAP..!! Rasa dia???.. U all try sendiri baru u all tahu... jangan nanti pagi u all dah masak, petang nak masak lagi... muahhahah.. Ohya, resepi kedua roti goreng telur yang saya suka letak susu pekat... try la tau... sedap..!!
"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"