Rempah Gulai Terengganu Cap Bunga Rose yang mengancam..!!


Saya tak pasti samada REMPAH GULAI CAP BUNGA ROSE ni ada di negeri lain or tak... Setakat ni saya tak jumpa lagi... kalau balik Terengganu ada la... Rempah cap bunga rose ni bagi saya memang sedap...!! Rasa dia tu tak reti saya nak explain camne... My dear pertama kali makan gulai ayam kampung guna rempah cap bunga rose ni masa balik Terengganu mula2 kawen dulu... Time tu mak saudara saya yang masak... Tak habis2 my dear puji tau...

Dekat rumah kami di Sungai Petani ni pun, ada jugak stok rempah ni... Tahan lama tau... simpan dalam peti ais... Ohya, nak cerita jugak pasal Gulai yang saya masak guna rempah cap bunga rose ni... My dear kan pernah cakap, "Kalau mak (MIL saya) datang sini, masaklah gulai guna rempah ni.. mak tak pernah makan"... Nak dijadikan cerita, satu hari tu, adik ipar saya datang mengejut ke rumah kami.. time tu dah malam pun.. kebetulan pulak time tu saya masak gulai ayam guna rempah cap bunga rose ni... Saya adalah jugak ajak adik ipar & MIL makan nasi kan... tapi MIL taknak mula2 tau... tapi bila lama2, MIL saya tu makan jugak akibat penangan bau gulai cap bunga rose yang menusuk ke lobang hidung ni... ahhahah... Memang gulai ni bau dia mengancam tau... menggoda..!! Gulai ni bukan setakat guna nak masak ayam tapi ikan, daging semua boleh... nak buat lauk nasi dagang tu haaa...


Cara masak dia pun sangat2 lah senang.. main campak je semuanya...!! Resepi ni mak saya yang ajar dekat saya... BAWANG BESAR + BAWANG PUTIH + HALIA = KISAR... BAHAN KISAR TADI + AYAM + AIR ASAM JAWA + AIR BELACAN (BELACAN YANG U ALL DAH CAMPUR DALAM AIR) + KERISIK + REMPAH GULAI CAP BUNGA ROSE + AIR = U ALL GAUL SEKATA & TERUS MASAK ATAS DAPUR DENGAN API PERLAHAN.. BILA NAMPAK AYAM DAH HAMPIR MASAK, U ALL MASUKKAN SANTAN PEKAT...


DI DALAM KUALI, U ALL BUAT TUMIS DARAT... BUAH PELAGA + KULIT KAYU MANIS + BUNGA CENGKIH + BUNGA LAWANG + CILI MESIN @ CILI BO = TUMIS SAMPAI PECAH MINYAK & BAU WANGI...


AMBIK BAHAN YANG DAH TUMIS DARAT TADI, TERUS JE MASUKKAN KE DALAM PERIUK YANG BERISI AYAM TADI... LETAK GARAM.. SIAP..!!

Sangat2 senang masak dia kan u all... Makan dengan nasi putih sedap, nasi minyak sedap, nasi tomato sedap... pendek kata dengan apa2 nasi pun sedap...!!! Yang buat kita rasa sentiasa nak makan tu... yang buat gulai ni menggoda jiwa tu, lepas makan, bau dia melekat dekat tangan... dah gaya macam makan air asam yang melekat bau di tangan tu... haihhhh,... sedapnya..!! Hari ni saya masak Gulai ayam guna rempah cap bunga rose makan dengan nasi carrot... tengah2 taip entry ni terasa lapar pulak... Nak g makan lagilah... ehhehe

Ohya sayang2... kalau ada antara u all yang nak rasa jugak rempah ni, bagitahu saya tau... Nanti saya beli bagi u all... InsyaAllah 05/06 nanti kami akan bercuti balik kampung Terengganu pulak.. So, bolehlah beli kan.. Tapi u all kene gtau saya sebelum 05/06 la yer... Komen je di entry ni atau PM saya di FB... U all blogger ke or sekadar pembaca ke, semua boleh bagitahu saya jika u all nak.. tapi kalau u all bukan blogger, tinggalkan emel tau supaya senang saya contact (",)



"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 13 comments.. read them below or add one }

ecah khalili ecah khalili May 23, 2014
wahh..xpenah jumpa lagi rempah ni..
tifaanvar tifaanvar May 23, 2014
agak2 ina kalau masak method ni guna rempah lain sedap x mcm ni??
Maria Firdz Maria Firdz May 24, 2014
Eh.. Pnh rasa dulu... Skrg tak tahu de jual lagi ke tak..
Masya Masya May 26, 2014
rempah ni lah agaknya yg mek sebelah rumah saya tu gunakan, hr tu masa pg psr pyg saya mcm ternampak rempah gulai ni.. tp tkt slh jadi x beli .. ina nak balik terengganu blh x saya kirim?? nak satu jer jadilah ... skrg dah pindah rumah .. rindu nak makan lauk rempah ni ..
Unknown Unknown May 26, 2014
ee akak ni... tgk pon sedap ni..
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ May 27, 2014
salam k.ina..

kat sana jer ke ade jual? patut la tak pernah nampak kat sini..nak nak nak.. nk kirim jgk..

nk try rasa kesedapan rempahnyer..
k.ina pm details kat fb cma yer.. nk order.. 2 peket...
Puan Kutu Puan Kutu May 28, 2014
macam menarik je ina.cuma gulai ayam xlaku kt umah ni.gulai ikan 2 sesekali buat gak la.
 Aisy Nasiha Aisy Nasiha May 28, 2014
Kawan di sekolah pernah cerita pasal rempah ni. Nak cari jugalah lepas ni. Tertarik pula bila membayangkan bau rempah ni yang ssedang ditumis..hihi
Mimie Mimie May 28, 2014
Kak ina sy xpernah rse pun rempah nih...sy nak kak ina...sepaket brape rm???ada yg paket besar x??or paket kecik je??
Mimie Mimie May 28, 2014
Hehehe...kak ina sy nak dua paket la...nti gtau eh rege sy kne byr
Fiza Rahman Fiza Rahman June 04, 2014
Macam sedap jer ni. Nnt saya PM ☺
norhaizan norhaizan June 14, 2014
Setakat ni x jmpe rempah ni kat lain..kat trganu je. Sy pnah masak gulai trganu tukar rempah lain..rasanye akan lain sket xmcm gulai trganu.
Unknown Unknown June 28, 2014
Salam Ina. Sy pernah beli dulu kt giant area batu caves sbb ms tu ade member nak. InsyaAllah ada kt bahagian garam, rempah2 tu. Tak tau la kalu skrg dah xde. Dah lama x beli, sbb masih ada stok. Mcm ina ckp la, simpan dlm peti leh thn lama. Tu yg ade lg, kebetulan beli byk dulu. Tq ina bg resepi ni, leh cube nnt.