Perkembangan terkini Anak solehah Aqilah pasal FREE DIAPERS

Pasal perkembangan FREE DIAPERS Aqilah ni kene update cepat2.. kang kalu tangguh berhari2 lagi, nanti saya lupa.. Dah la makin kertu ni makin pelupa... makin ramai anak, makin banyak urat2 putus... hihii

Nak cite pasal anak solehah Aqilah ni... Alhamdulillah Aqilah makin paham sekarang... Kalau sebelum ni, saya bagitahu dia "Aqilah kalau nak kencing, bagitahu ibu".. Tapi sekarang saya tukar ayat sikit "Aqilah kalau nak kencing bukak seluar"... Tadi, ketika saya di ruang tamu, Alisha & Aqilah dalam bilik, tiba2 saya dengar pintu tandas dalam bilik dibuka.. terus saya panggil Alisha suruh keluar.. pastu Alisha cakap "Ibu, Aqilah nak kencing"... Saya cepat2 masuk bilik.. Sekali tengok, Ya Allah Ya Tuhanku... terharu saya tengok situasi tu.. Time saya tengok tu, Aqilah memang tengah ada dalam tandas, tengah buang air kecil pun.. elok je gaya dia mencangkung... Ya Allah.. rasa nak peluk cium kuat2 Aqilah time ni.. Alahaiiiii... Yang si kakak tu pun baik je, tolong adik bukak pintu tandas... Kamu berdua ni memang anak yang baik & pandai sayang... TERIMA KASIH Alisha sebab jadi kakak yang baik & TERIMA KASIH jugak Aqilah sebab sentiasa berusaha untuk membuktikan dekat ibu yang Aqilah semakin bijak.. semakin layak untuk bergelar kakak... (^_^)
"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."
Perkembangan terkini Anak solehah Aqilah pasal FREE DIAPERS

{ 18 comments.. read them below or add one }

Sheila Salim Sheila Salim March 26, 2014
Assalamualaikum kak intan, alhamdullilah. semakin bijak anak2 kak intan. tumpang gembira ~~~
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ March 26, 2014
salam k.ina
alhamdulillah.. budak bijak aqilah ni.. good girl :)
Mar Mansor Mar Mansor March 26, 2014
bagusnya aqilah..anak y bijak
Mimie Mimie March 26, 2014
Alhamdulillah...bagusnye anak anak kak ina
AnonymousAnonymous March 26, 2014
baguslah.... alhamdulillah
tifaanvar tifaanvar March 27, 2014
dpt bayangkn rasa trharu bila ank2 pandai buat sesuatu utk pertama kali. Come on kakak Qilah u can do it
nurbijen nurbijen March 27, 2014
Terharu kan bila tgk anak dah pandai potty train.. dapat pula sokongan dari si kakak... so sweet :)
Maria Firdz Maria Firdz March 27, 2014
tahniah aqilah dan alisha... moga jadi anak solehah... insha Allah...
PERMATABIRU PERMATABIRU March 27, 2014
alhamdulillah perkembangan yang positif
Unknown Unknown March 27, 2014
ina saya dh cuba resepi ikan caru sumbat sambal ina tu
http://iamtifa.blogspot.com/2014/03/ikan-cencaru-sumbat-sambal.html
Mimie Mimie March 28, 2014
singgah sini klik kfc dan ford..
lynndamya lynndamya March 28, 2014
Salam, alolor...comelnya...dah bijak pandai dah mereka berdua ni, anak2 tgh membesar, sel-sel otak sedang berhubung bak kata iklan..haha..comel sgt ! :D
Unknown Unknown March 30, 2014
Aqilah mmg anak yg bijak.. senang keje ibu skrg aqilah dah free diepers
QasehnyaRania QasehnyaRania March 31, 2014
Alhamdulillah
sngt mmbantu di saat bakal dpt adik baru.
emarieys emarieys March 31, 2014
Alhamdulillah, memang rasa seronok bila anak-anak dah pandai buat sendiri..dan dengar apa yang kita ajari.
Fiza Rahman Fiza Rahman March 31, 2014
Alhamdulillah. Bagusnya aqilah. Cepat faham.
Puan Kutu Puan Kutu April 03, 2014
cikmuni yg membaca ni pun senyum campur terharu..uboth so sweet la..:)