Alisha ni rapat betoi dengan opah dia.. U all bayanglah, 3 malam saya duk Chemor, 3 malam jugaklah dia tidur dengan opah.. saya ajak dia tidur dengan saya, dia tak nak.. so, saya tidur berdua je lah dengan Aqilah... (",).. Bukan setakat tidur malam, tidur siang hari pun, kalau opah dia tak g keje, dia nak jugak tido dengan opah dia tu.. takda opah, pandai pulak tidur sorang2 depan TV.. hihiii
Alisha ni, suka menangis tau tengah2 tidur tu.. macam mengigau pun ada.. bila tidur dengan opah, opah dialah yang tepuk @ dodoi dia balik nak bagi dia tidur semula.. (^_^) Lagi satu, mana opah dia pergi, dia nak ikut.. opah angkat baju pun nak ikut.. opah masuk tandas pun nak ikut.. adehhh... ahhahah.. Tapi yang paling best, Alisha suka ikut opah main air.. hahha.. Pantang nampak opah main air @ basuh halaman rumah, mulalah dia buat2 nak mandila.. nak basuh kakilah.. bila seluar dah basah, tu la peluang dia nak join opah jugak... kah kah kah... panjang akai si anak solehah ni tau.. kikikiii
Opah pulak, rajin melayan Alisha.. Alisha pulak, walau opah dia marah dia & dia menangis tapi yang dia peluk time menangis tu, opah dia jugak.. ahhaha.. dia peluk orang yang marah dia.. hihii.. Nampak sangat hati alisha ni lembut.. dia rasa bersalah sebab orang yang dia sayang, marah dia.. (^_^) Alaaa kadang my mum bukan betoi2 marah pun, saja buat2 marah nak tengok akai cucu dia.. hihii
Saya harap kenangan ni, akan terus jadi ingatan buat alisha sampai dia besar.. biar dia ingat semasa dia kecik, betapa opah dia sayangkan dia & betapa manjanya dia dengan opah.... Adehhh tiba2 plak saya rasa sedih.. yela, kita semua makin tua.. termasuk mak abah saya..
P/s : BE ke 12 dah singgah di blog GA (Pusat Pungutan Zakat)