Memuatkan ...

1 juta neuron otak anak terbakar


Di entry sebelum ni, Nurul ada bagi komen macam print screen dekat atas tu... Saya memang tertarik dengan kata2 Nurul ni.. So, saya nak share dengan u all.. (",)

Profesor yang Nurul pergi kursus keluarga tu ada bagitahu "dengan kasih sayang & cara psykologi yang macam nasihat lebih bagus dalam mendidik anak. Bila kita tengking2 dengan volume 80%, 1 juta neuron otak anak terbakar... Cara nak pulihkannya dengan 3 bulan pemakanan yang sihat"...

So, bila profesor tu cakap 1 juta neuron anak terbakar... Alahaiiii kesiannya anak2 kita... janganlah kita tengking2 mereka... Andaikata mereka ada buat salah pun, tegur dengan cara baik.. Kalau rasa nak kuatkan volume pun, janganlah sampai tahap 80%... 50% jadilah.. hihii... Jika dah volume 80%, mampu ke kita bagi anak2 makanan sihat selama 3 bulan.. takut depan kita tak makan, belakang kita pulak macam2 makan.. heheh.. Kadang tu pulak, kita tak bagi makan, orang lain pulak yang bagi makan.. hehheh.. So, camne tu nak genapkan makanan sihat selama 3 bulan.. hihi

Saya suka Nurul sebab dia selalu share bab2 anak camgini dengan saya.. Yela, Nurul kan kerja.. ada kursus camni dia pergi, macam best je... Saya memang berminat sangat2 dengan kursus2 or ceramah2 yang berkaitan anak2 ni... That y kalau u all perasan, buku2 kepunyaan saya yang saya beli semuanya berkaitan dalam bab anak2.. (",)

Kebaikan Berpantang 100 hari selepas bersalin...

Berpantang 100 hari selepas bersalin... Dengan kata lain, berpantang dari "bersama" selama 100 hari selepas bersalin... Jika suami kita sayangkan kita & nak "guna" kita lebih lama, pasti mereka boleh bersabar & memahami keadaan kita.. (^_^).. U all tahu tak kenapa kita harus berpantang 100 hari ni??...

Sebenarnya, walaupun kita dah habis darah nifas tapi hakikatnya peranakan kita masih lagi bengkak & luka jahitan masih mentah.... *Bila tingat pasal jahitan, memang takut untuk 'bersama' terlalu awal.. hihii (^_^) So, untuk kita bagi ianya elok dengan sempurna, kita kena ambik masa paling kurang 60 hari tapi sebaik2nya 100 harilah... Time tu, seluruh peranakan kita dah pulih seperti sediakala.. Eh, ia jugak sebenarnya untuk MENJAUHI MASALAH PENUAAN SEBELUM TIBA MASANYA... Bab ni saya suka, yela, taknaklah nanti umur kita 50 tahun tapi nampak macam 60 tahun.. hehehee... Tapi si suami kita tu pulak, umur 55 tahun, tapi nampak macam 50 tahun... ekekekee..

Eh, tapi kan u all, ada jugak yang bersama walaupun baru bersalin.. 2 minggu bersalin dah bersama... sebabnya darah nifas dah takda.. Boleh je, terpulang dekat diri sendiri... tapi ingatan & untuk pengetahuan u all, walaupun ianya dilakukan secara lemah lembut, ianya tetap jugak mengganggu urat saraf peranakan yang menegang time tu... Bila urat saraf dah menegang, mulalah terjadi bentan urat selain dari gerakan dekat 'mulut' rahim tu boleh terbukak semula kesan luka bersalin yang masih baru tu @ dalam proses penyembuhan... Time tu jangan tanya kenapa darah nifas keluar dengan banyak or kenapa berlakunya tumpah darah... (",)

Ohya, untuk pengetahuan u all, berpantang 100 hari ni, hanyalah dari segi ilmu perbidanan... Yela, bidan2 ni mestilah nak kita jaga kesihatan kan.... Nanti nak tambah anak lagi... hehehe.. Tapi apa2 pun, bergantung dekat diri sendiri je... Yang mementingkan kesihatan, boleh lakukannya... tapi yang sebaliknya, terpulanglah dekat u all... (^_^)

Hari yang ditunggu2 akhirnya tiba jua.. (^_^)

Yeayyyyy hari ni hari terakhir saya berpantang... Sukanya dalam hati... hihii.. Hari ni dah hari ke 40... (",) Saya tahu, u all mesti nak kata "Sekejap je, rupanya dah 40 hari... rasa macam baru lagi ina bersalin"... hihii.. Tapi hakikatnya, u all je yang rasa sekejap tapi saya si empunya badan ni, rasa macam 40 bulan... hahahhahhah

Opsttt tapikan, saya dah merdeka untuk berpantang 40 hari je... yang berpantang 100 hari tu, belum habis lagilah... hehehh.. Berpantang 100 hari ni wajib untuk jaga kesihatan badan kita ni @ rahim kita... hihii.. Ohya, pada anak2 dara yang tak tahu apa maksud berpantang 100 hari tu, meh nak bagitahu untuk u all tambah ilmu.. hehee... Actually, itu adalah tempoh kita berpantang dari "bersama" dengan suami.... Wajib tau..! Tu pun jika u all titik beratkan kesihatanlah... hihii

Hoorayyy dah boleh makan sedap2.. hihi... Eh, lupa... yang sejuk2 or angin2 tu, tetap tak boleh makan selagi menyusu badan untuk elakkan Aqilah dari kembung perut.. (",)


Cashout Nuffnang kali ke 6


Hari ni dah 29hb, so, haruslah cashout.. earning pun dah mencukupi untuk cashout.. Saya bukan jenis yang nak tunggu ratus2 baru nak cashout, asal lebih dari RM50, terus cashout... hihii.. Yela, nak dapat cek pun sebulan lebih jugak.. (",)

So, untuk bulan ni, dapatlah saya cashout dengan earning RM 81.08.. RM 2.33 hasil dari CPUV di blog GA yang tak aktif tu & selebihnya hasil dari CPC.. Alhamdulillah.. sedikit sebanyak, hasil berblog, dapatlah bantu suami.. Alaaa bantu untuk perbelanjaan anak2 je pun.. macam susu, pampers.. Oklah kan walau tak banyak.. (",)

Ohya, nak ucap TERIMA KASIH dekat u all yang rajin masuk blog saya ni... sebab u all lah, earning BE saya makin meningkat (",).. Alhamdulillah jugak, hasil BE @ CPUV DIGI PREPAID SMARTPLAN ON... yang saya dapat baru ni, jumlahnya dah cecah RM 21.55 dalam masa 8 hari.. dulu takdalah earning laju macam ni.. maybe sebab dah 2 anak, so, earning pun jadi double jugak..*tibe2.. hihii (^_^)

P/s : Harap ianya dapat bagi semangat untuk u all yang ada impian macam saya untuk tolong suami melalui blog... maklumlah, suri rumah... (^_^)


2 kerja dalam 1 masa

Jaga Adik sambil tengok TV

Normally, lepas Aqilah mandi, saya akan letak aqilah depan TV.. kiranya tempat kami relax2 lah kan... Tapi baru2 ni, saya tinggalkan Aqilah berdua je dengan Alisha... Nak tengok apa reaksi si kakak... Saya pulak, masa tu duduk dalam bilik...

Sekali saya dengar Aqilah menangis, lepas tu saya pergilah intai.. rupa2nya, si kakak alisha ni tepuk2 adik dia suruh diam... hahahh.. Aqilah pulak bagus je, diam pulak bila kakak dia tepuk. hihii.. Si kakak pun apa lagi, adik dah diam, sambung semulalah tengok cite Pada Zaman Dahulu... hihii

Cara merancang anak lelaki or perempuan

Mula2 sekali, saya nak bagitahu, entry berkenaan jadual dari Beijing ni, saya dah publish pada 31/05/2011, nak tengok, KLIK SINI.. Hari ni sekali lagi saya  nak up kan entry ni.. sebabnya, masa saya buat tahun lepas, saya tak paham sangat tengok jadual ni, tapi kali ni dah paham sebab dah buat eksperimen dekat aqilah... ahhahhah.. *gurau je...


Jadual dekat atas ni, nak bagitahu u all, macamana u all nak merancang jantina anak u all.. samada u all nak lelaki or perempuan... Saya masa Aqilah sebelum ni, memang takda nak tengok2 jadual ni pun, sebab tak kisah anak lelaki or perempuan... Tapi, bila dah dipertengahan mengandung tu, baru nak tengok.. yela, dah SCAN, doktor tak nampak, so saya "SCAN" lah guna jadual ni... ahhahhahhah.. Meh nak ajar u all cara nak tengok jadual tersebut.. Saya bagi contoh saya sendirilah yer.. (",)

 KETIKA MENGANDUNGKAN ALISHA

Ketika saya mengandungkan Alisha, pada tahun 2009, persenyawaan berlaku pada bulan 12 2009... Kalau ikut Bulan, ketika mengandungkan Alisha, umur saya adalah 26 tahun.. So, u all tengok dekat jadual di atas.. KETIKA UMUR SAYA 26 TAHUN & BULAN 12 BULAN PERSENYAWAAN... SO, BABY YANG LAHIR ADALAH P IAITU PEREMPUAN... (",)

KETIKA MENGANDUNGKAN AQILAH

Ketika saya mengandungkan Aqilah, pada tahun 2012, persenyawaan berlaku pada bulan 2 2012... Kalau ikut Bulan, ketika mengandungkan Aqilah, umur saya adalah 28 tahun (Walaupun kalau ikutkan tahun, tahun 2012 saya berumur 29 tahun).. So, u all tengok dekat jadual di atas.. KETIKA UMUR SAYA 28 TAHUN & BULAN 2 BULAN PERSENYAWAAN BERLAKU... SO, BABY YANG LAHIR ADALAH P IAITU PEREMPUAN... (",)

Nak bagi u all paham lagi....

Pasal umur tu, u all kena kira ikut bulan tau... contohnya macam saya, lahir pada 25/02/1983 tapi persenyawaan berlaku sebelum tarikh 25/02, so, umur saya dikira 28 tahun tau, bukannya 29 tahun... Senang cakap, macam ni, sebagai contoh, tarikh lahir u all pada 03/01 dah nak masuk 30 tahun, tapi persenyawaan berlaku pada 01/01, so, umur u all tetap dikira 29 tahun, walaupun beberapa hari je lagi nak umur 30 tahun.. (Tengok cara pengiraan ketika mengandungkan Aqilah).. Lagi satu, kita kenalah ingat bulan persenyawaan tu bila, baru betul bila tengok jadual ni nanti... & senanglah u all nak "scan" jantina anak u all tu.. hihii

UPDATE : Bab persenyawaan tu, u all jangan ingat kira dari bulan 1st day u all period macam kita nak tahu due date tu tau.. Macam saya, masa Aqilah sebelum ni, 1st day period, hujung bulan 1, tapi kira start bulan 2.. (bulan persenyawaan)

P/s : Kita hanya usaha, Tuhan yang menentukan.. (",)
Ps : Kalau tak paham, boleh tanya tau... (",)


Luangkan masa beberapa minit, sedekahkan AL FATIHAH..

Saya nak mintak u all luangkan masa sedekahkan AL FATIHAH untuk arwah ayahanda sahabat alam maya saya, NURUL HEZRINA @ MY LITTLE HONEY DEW.. Saya baru bermesej dengan Nurul selepas baca entry Nurul berkenaan abah dia yang koma, lepas tu, saya terlena... Bila terjaga, saya terpandang di bloglist, ada entry dari Shima dengan tajuk TAKZIAH WAN NURUL....(Saya terlena sambil laptop terbukak)

Ya Allah Ya Tuhanku... dah lah saya tengah mamai.. sekali baca entry macam tu pulak, tengah2 malam pulak.. Ya Allah.. sayunya hati... Teringat abah sendiri... Apa2 pun, sekali lagi saya mintak u all luangkan masa HANYA BEBERAPA MINIT, sedekahkan al fatihah untuk arwah... & salam takziah untuk Nurul... Moga Nurul tabah hadapi dugaan ni... & semoga arwah ditempatkan bersama mereka2 yang beriman...

AL FATIHAH

Tips maintain UV?

Tadi Lynn ada komen tanya saya, apa cara yang saya buat untuk maintain UV... Secara peribadinya, saya sendiri tak tahu cara nak maintain kan UV.. Apa yang saya buat, hanyalah BUAT ENTRY & BLOGWALKING.. Itu je pun.. Sama je dengan u all (",) 

Cuma macam sekarang ni, saya dalam proses untuk maintain kan UV dengan 1000++ sehari... Alhamdulillah, dalam tempoh 2 minggu ni, saya berjaya lakukannya... Apa yang saya buat, saya tambah lagi entry.. Kalau sebelum ni, sehari 3 entry, sekarang saya up jadi 4 entry sehari... Tapi tengok atas kerajinan jugaklah.. hihii... 

Ohya, lagi satu, saya akan cek Nuffnang bahagian STATISTIK tu, jika saya tengok, statistik tu agak2 confirm boleh sampai UV yang kita target bila dah cukup pukul 12 tengah malam, saya takdalah buat entry lagi.. Jika tak cukup, saya buatlah lagi... tapi dekat sini, u all kena pandai2 anggar lah yer... Macam saya, normally, pukul 2 lebih petang dah dapat 500 UV, so, jika publish lagi entry, insyaAllah sampai tengah malam, boleh dapat 1000++ UV...

Lagi satu, entry yang saya publish, biasanya pukul 2 petang ke atas mesti ada 1 entry paling kurang, sebab saya pikir, orang balik dari lunch, mesti nak relax2 otak, baca blog kejap... hihi... Sama gak macam pagi, saya pikir, sebelum orang mula kerja, relax2 otak, mengadap blog jap.. hehehh... Bila malam tu pulak, mereka2 yang tak dapat singgah blog di siang hari, mereka akan singgah di malam hari... (",)

Selain tu, saya jugak berpendapat, UV ni jugak dapat maintain jika kita ada pembaca setia ke silent readers ke.. pembaca setia yang saya maksudkan tu adalah, apabila kita publish je entry, berdezupppppp dia datang terjah blog kita.. hihii.. Kiranya, dia seolah2 sentiasa menanti entry dari kita.. hehehe.. Eh, jangan tanya saya macamana nak dapat pembaca setia tau, sebab saya sendiri pun tak tahu.. hihii.. U all pembaca setia dekat blog saya ni pun, saya tak tahu apa yang menariknya dengan blog saya, so, nak kongsi dengan u all untuk dapatkan pembaca setia tak bolehlah... Saya no idea.. hihii

P/s : Jika kita rajin update entry tapi takda pembaca, pun susah jugak nak maintain.. (^_^)


Subang Alisha yang paling mahal... (^_^)

Anak2  yang sedang membesar ni, perangai mereka, sentiasa hiburkan kita.. hihii... Macam si alisha ni tadi, saya duk dalam bilik, sekali dia datang dekat saya tersengih2 tunjuk subang @ pengepit baju dekat telinga dia tu... hahahaaa


 Lepas tu siap cakap "Opah" sambil pegang pengepit tu... Maksudnya, dia nak bagitahu, pengepit tu opah punyalah.. hihii..


Time opah dia pergi kerja, habis barang opah dia main, time opah ada dekat rumah, takut kena marah... hahhahah.. Tapi yang heran tu, mana dia dapat idea nak letak benda alah tu macam tu.. hihii


Alisha mengigau lagi...

Saya rasa kan, pasal entry semalam tu, yang alisha suruh saya peluk dia je tu, maybe alisha mengigau kot.. sebabnya, malam tadi berlaku lagi tau... tapi ianya berlawananan dengan yang entry semalam... Macam ni citenya...

Tengah2 tidur, tiba2 alisha menangis sambil cakap "Acu... jangan acu.."... "Ibu, ambik adik"... Saya terjaga dari tidur, tengok alisha tengah tunjuk ke arah aqilah sambil cakap "ambik..".. Saya pun apa lagi, terus ambik aqilah & cakap dekat alisha "Diam alisha..meh sini, sayang aqilah cepat".. Alisha dalam esak tangis tu, terus berhenti menangis & kiss aqilah... Lepas kiss aqilah, alisha baring atas peha saya sambil masa tu, aqilah masih lagi dekat tangan saya... Nampak tak, situasi last tu, sama dengan entry semalam, alisha baring atas peha saya.... 

Untuk pengetahuan u all, ayat yang alisha sebut "acu... jangan acu..." tu sebenanrnya adalah dia tak bagi acu dia pegang adik dia... ayat tu memang hari2 dia sebut... Yela, bila saya nak buat kerja, mintak tolong acu dia pegang, bila dia nampak, terus dia nangis2... Kan saya dah cakap, bila angin kus2 dia dah sampai, dia takkan bagi sapa2 pun pegang aqilah walaupun saudara mara, orang luar apatah lagi... hanya saya & opah dia je boleh.... hihii... Inilah antara gelagat orang yang terlebih sayangkan adik... sampai mengigau2.. hihii...

Tiba2 saya terpikir, apalah yang alisha mengigau masa tak bagi saya pegang aqilah tu... nak suruh peluk dia je.. saya gerak sikit je tangan, terus menangis... (",)


Pemenang Mini Giveaway #9

Tak dan nak karang entry ni panjang2... nak layan Aqilah jap.. (",) So, pemenang untuk Mini Gveaway #9 adalah..

&

Pada pemenang, sila bagi saya alamat u all sebelum pukul 12 tengah malam ni, kalau tak, alisha cabut undi lagi sekali yer.. hihii


First time alisha macam ni selepas dapat adik...

Ok, ni dah entry ke 4 untuk hari ni... hehehe.. Actually, saya ni dalam proses nak maintainkan dengan 1000++ UV sehari.. Alhamdulillah, setakat ni, dari minggu lepas lagi UV harian dah 1k++.. Saya cuba nak maintainkan UV banyak tu.. so, untuk maintain haruslah usahakan.. hihii.. Takdalah sekadar angan2 mat jenin. hihii.. Lagipun kalau kita usaha, baru kita berjaya, tak usaha, camna nak berjaya kan... (^_^).. Ok, lupakan pasal tu...

Selama ni, saya cerita dekat u all, betapa sayangnya Alisha dekat aqilah kan.. Tapi entah macamana, semalam, dia ada mimpi buruk ke apa ke, saya pun tak pasti.. boleh pulak, time tidur tu, dia tak bagi saya layan aqilah... suruh peluk dia je... Aqilah masa tu, terkebil2 tengok saya.. sesekali aqilah bunyi "ek"..

Saya nak bagilah aqilah susu, terus alisha menangis & bagitahu suruh peluk dia... alahaiiii... Saya pun cari akai cakap "Sian aqilah..." tapi alisha buat derkkk je, biasanya dia yang kalut bila dengar suara aqilah.. Saya ni duk pikir, alisha ni mimpi ke mengigau ke apa.. yela, menangis tapi mata pejam.. hahhahha..

Last2 aqilah dah mula merengek & saya terus bangun & bagi aqilah minum susu.. alisha terus dengan menangis & tidur atas riba saya sambil peluk saya... hahah... Bila bangun pagi tadi, alisha buat macam takda ape2.. kembali sayangkan adik dia macam selalu.. hihii.. Mengigau kot alisha ni, tak pun, nak ambik perhatian kejap.. eh, tapikan, sebenarnya memang alisha ni jenis mengigau... hehhe


Air zam zam mempercepatkan pembukaan laluan untuk bersalin...

Jika u all dah nak bersalinkan... dah pergi hospitalkan... Minumlah air zam zam & buah kurma... Saya galakkan sangat2 u all minum air zam zam tau.. Ianya pengalaman saya bersalinkan 2 orang anak... Terus terang saya cakap, memang laluan kita untuk bersalin tu, akan bukak dengan cepatnya... Kalau ikutkan cakap bidan dekat wad tu, untuk mereka yang baru pertama kali bersalin SATU JAM , 1CM LALUAN AKAN TERBUKAK... Habis tu, kalau kita masuk labour room time tu bukak 4cm, maksudnya lagi 6jam baru boleh bersalin... Ya Allah Ya Tuhanku... tak dapat saya bayangkan menahan sakit bersalin yang sampai rasa nak terputus semua urat2 tu selama 6 jam...

Ketika Alisha dulu, saya masuk labour room dengan bukak 4cm... lepas tu, dorang tengok dekat mesin apa ntah nama, katanya graf kesakitan saya tu tinggi, maksudnya saya terlalu sakitlah kan, dorang nak bagi ubat, yela, pada dorang lagi 6 jam baru nak bersalin.. Lepas tu, dorang siap cakap "Ada minum air selusuh ke?... Air selusuh ni, kalau nak minum, minum bila dah bukak 8cm, tak boleh minum awal2 sebabnya, dia akan buat kita rasa sakit tapi jalan baru bukak sikit"... Saya cakaplah yang saya tak minum & saya tak nak ambik ubat & tolong cek laluan saya dah berapa... dorang cek, dah 8cm.. bidan tu macam terkejut & datang sorang lagi cek... dah 10 cm... so, TERUS TERAN... tak sampai 1 jam saya masuk labour room dengan 4cm, terus jadi 10cm...

Time lahirkan Aqilah pun sama, graf sakit saya tu pun tinggi jugak, dorang tetap ingat saya minum air selusuh... Ohya, time aqilah ni, saya masuk labour room pada bukaan 6cm... Dorang nak bagi saya ubat tahan sakit.. yela, sampai menangis2 saya sakit kali ni.. memang sakit, time alisha dulu tak menangis, maybe sebab ada my dear teman sekali, kali ni, saya sorang2... my dear kena jaga alisha.. so, takda kata2 semangat dari my dear waktu ni... (^_^) Kali ni pun , saya tetap mempertahankan taknak ubat... sebab saya yakin yang saya mampu tanggung kesakitan ni.. banyak kali tau dorang tanya saya nak ubat tak.. tapi saya tetap kata taknak.. U all tau tak, sampai nurse tu cakap dekat nurse2 yang lain dekat situ yang saya ni VERY STRONG... hihii... Strong lah sangat... (",) Alhamdulillah, tak sampai sejam, laluan saya dah terbuka 10cm... & Aqilah dah ready untuk melihat wajah ibu kesayangan dia ni... hihii

So, minumlah air zam zam tau.. InsyaAllah cepat laluan u all terbukak nanti...


Pengalaman memalukan yang tak mungkin saya lupa sampai bila2...

Kalau u all nak gelak, gelak je lah tau... hahhahahha... Nak cite pasal kejadian ketika saya bersalinkan Aqilah... Ohya, story pasal bersalin tu, nantilah saya up ye, malas nak mengarang lagi... hihii.. Ni first time tau, ia berlaku... time alisha dulu takda pun...

Tapi sebenarnya, memang dari saya sebelum kahwin lagi, saya pernah dengar ada je orang jadi camni.. dorang2 dekat hospital tu cakap normal... hahhahha.. Yela, time nak bersalin tu, mana nak kisah, takda rasa malu pun, tapi lepas bersalin tu, baru rasa nak gelak kaw kaw dekat diri sendiri... hahhahah

U all tau tak, saya 'melepas' dalam labour room... ahhahhahah... Actually, dari dalam wad lagi, saya dah bagitahu nurse yang saya nak buang air besar tapi time tu, nurse tak bagi sebab saya dah sakit & dah nak tolak saya ke labour room... kiranya dorang takut saya teran taik terkeluar anak pulak... hahhahahha

Bila dah sampai labour room, saya bagitahulah yang saya rasa nak terbeyak tapi saya sendiri kompius samada betoi nak terbeyak or nak terkeluar anak.. lepas tu, dorang suruh saya teran... dia cakap "Puan, kalau puan betul2 nak beyak, puan beyak, tak bolehlah main2".. Fuyooo dia suruh saya beyak atas katil siap lapik kertas... ahhahhahhah... dia tak kisah pun... selamba je cakap macam tu.... gaya macam saya nak tipu dia je yang saya ni nak beyak... ahhahha... psyko saya la tuuu... (^_^)

Saya cakaplah "Takkan nak beyak kat sini... taik pun tak nak keluar".. hahhahhahhahha... Nurse tu pun cakap "Puan beyak je puan.. teran je... normallah tu.."... Time tu saya memang sangat2 tak tahan dah.. yela, dengan sakit nak bersalin lagi.. malas nak cakap banyak dah.... saya teran jugak... hahahhahhah... Serius, time tu saya risau takut time teran tu, baby yang keluar bukannya najis... Takut + sakit punya pasal... tempat kuar baby tu saya kemut & teran je najis... hihihii...

Sungguh saya takkan lupa pengalaman ni... hahhahhahha... Antara pengalaman bersalinkan Aqilah... ekekkekkek... Ada sapa2 yang ada pengalaman terbaikkkkkkkkk macam saya ni jugak tak?... hahhahhahhahha



Senarai peserta Mini Giveaway #9

U all boleh semak samada link blog u all ada or tak... Jika takda, inform saya sebelum pukul 7 malam ni.. sebab malam nanti, alisha dah nak cabut undi.. (",)
  1. http://senyumangadisgerimis.blogspot.com 
  2. http://mamaaryan.blogspot.com  
  3. http://mamaieyda86.blogspot.com 
  4. http://norumara.blogspot.com
  5. http://belogfiqahcheeky.blogspot.com/  
  6. http://budakmanja94.blogspot.com/
  7. http://mawarmialah92.blogspot.com/ 
  8. http://piecesofbrown.blogspot.com 
  9. http://miaduniaku.blogspot.com 
  10. http://nyzaa.blogspot.com 
  11. http://normj1001.blogspot.com/
  12. http://msvelentine.blogspot.com
  13. http://dakeiza.blogspot.com/ 
  14. http://indahitukamu.blogspot.com/
  15. http://norziehany.blogspot.com/ 
  16. http://permatabiru2010.blogspot.com 
  17. http://jaakechik-e-niaga.blogspot.com/ 
  18. http://masyaamiraaimie.blogspot.com/ 
  19. http://maszmadi.blogspot.com 
  20. http://ummitieha8384.blogspot.com 
  21. www.naniey.com
  22. http://nusha1706.blogspot.com
  23. www.auntummawar.blogspot.com 
  24. http://iduraz.blogspot.com
  25. http://rosniemilindamatyamin.blogspot.com 
  26. http://coratcoretpinkummi.blogspot.com 
  27. http://imalonergirl.blogspot.com/ 
  28. htp://segalaluahanhati.blogspot.com 
  29. http://ourkizuna.blogspot.com 
  30. http://soyarisu.blogspot.com
  31. http://my-adam.blogspot.com
  32. http://aizuslife.blogspot.com 
  33. http://foolishlovevictim.blogspot.com 
  34. http://kisahsinenot89@blogspot.com 
  35. http://anakenciksalamat.blogspot.com/ 
  36. http://nanakimie.blogspot.com/
  37. http://khairunnisa3020.blogspot.com/ 
  38. http://shimasall.blogspot.com/
  39. http://loveiscinta-aneem.blogspot.com/
  40. http://mamakerry.blogspot.com/ 
  41. http://winkwinkwinky.blogspot.com 
  42. http://www.nieyxzha.com 
  43. http://zakiepurvit.blogspot.com 
  44. http://sikecilaina.blogspot.com
  45. http://queenofbutterfly.blogspot.com 
  46. http://sumesakan.blogspot.com 
  47. http://zairidanfifi.blogspot.com 
  48. http://sayanuranis.blogspot.com/ 
  49. http://syawalsimpsons.blogspot.com 
  50. www.ibulala.blogspot.com 
  51. http://mymatatajam.blogspot.com/ 
  52. http://kamihardsman.blogspot.com/ 
  53. http://babyblueheartpink.blogspot.com/ 
  54. http://hananhadila.blogspot.com/ 
  55. http://kawaiidyshastudio.blogspot.com/ 
  56. http://sapeeja89.blogspot.com/ 
  57. http://chien-puterirahsia.blogspot.com 
  58. http://yayabunga.blogspot.com 
  59. http://mylovely-fieda.blogspot.com/ 
  60. http://akuayut.blogspot.com/ 
  61. http://syuhadaelmi.blogspot.com/ 
  62. http://salya07.com 
  63. http://coratcoretkuini.blogspot.com 
  64. http://screaminglovelala.blogspot.com/ 
  65. http://aziazidah.blogspot.com 
  66. http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/ 
  67. http://onlyanawiwitt.blogspot.com/ 
  68. www.ecadwinkyasha.com
  69. http://www.mizruha.com
  70. http://nugrulsakura.blogspot.com
  71. http://www.eiyfacyunk.blogspot.com/
  72. http://www.siezuka.com 
  73. http://idazaidi.blogspot.com/ 
  74. http://cahayacita2.blogspot.com 
  75. http://shiemacma.blogspot.com
  76. http://kesumaangsana.blogspot.com 
  77. http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com 
  78. http://zitaomar.blogspot.com 
  79. http://onitsukahana.blogspot.com 
  80. http://nazirahnyerr.blogspot.com/
  81. http://sicomel06.blogspot.com/ 
  82. http://sitikektus.blogspot.com
  83. http://shahida-mysweetlife.blogspot.com
  84. http://www.mummycute.com/
  85. http://supergirlshortstory.blogspot.com/
  86. http://konspirasiteori.blogspot.com
  87. http://faridah4646.blogspot.com/

Mini Giveaway #9 : Komen entry ni sebelum pukul 12 tengah malam ini (26/11/2012), untuk dapatkan Tudung Aidijuma


Ok, seperti yang saya janjikan sebelum ni, hari ni saya ingin lancarkan MINI GIVEAWAY #9.. Hadiahnya, TUDUNG AIDIJUMA macam gambar dekat atas yer... 2 ORANG PEMENANG yang alisha akan pilih.. (",)

Cara nak join sangat mudah :-

1) Tinggalkan link blog u all di entry ini SEBELUM PUKUL 12 TENGAH MALAM (26/11/2012)

2) Esok (27/11/2012), saya akan keluarkan senarai nama peserta, sila semak sebelum pukul 7 malam yer.. sebab malamnya, Alisha dah nak cabut undi (",)

3) Lusa (28/11/2012), saya akan umumkan nama pemenang

4) JIKA HARI RABU @ 28/11/2012, PEMENANG TIDAK MELAPORKAN DIRI SEHINGGA PUKUL 12 TENGAH MALAM, SAYA AKAN SURUH ALISHA CABUT UNDI LAGI...

5) HARAP U ALL ALERT DENGAN TARIKH SENARAI NAMA DIKELUARKAN + TARIKH PENGUMUMAN PEMENANG..

6) HARAP SANGAT2 U ALL ALERT.. SAYA TAKKAN PERGI INFORM U ALL JIKA U ALL MENANG.. THATS Y SAYA SURUH ALERT... (^_^)

7) Jika u all pernah menang sebelum ni, jangan anggap saya simpan alamat u all yer.. andaikata saya simpan pun, u all tetap kena 'serah diri' dekat saya sebagai tanda u all alert (^_^)

P/s : Kan dah tak pasal2 banyak perkataan ALERT yang saya guna.. hihii


Pengalaman saya menggunakan MANJAKANI

Buat pertama kalinya, saya guna buah MANJAKANI untuk disapu ke tempat luka jahitan bersalin tu.. Saya asah buah tu dekat belakang lesung batu & sapu dekat tempat jahit.. Saya nasihatkan u all, jika nak sapu kan, sapulah dari awai2.. hihii... sebab memang sangat2 mujarab.. Cepat je luka tu kering... (",)

Saya ni rugi, sebab baru je lagi seminggu ni guna.. tu pun sebab tiba2 saya tengok macam ia tak elok sepenuhnya lagi... Bayanglah, saya sapu manjakani tu dekat bawah, 2 3 hari terus kering.. warna tempat tu pun dah sama dengan warna asal kulit.. & benang yang terlebih yang saya duk cite dekat u all sebelum ni tu, masih lagi ada, tapi dah tak mencucuk, maybe dia dah nak reput kot... hihii.. suker suker (",)

Apa yang saya rasa bila sapu manjakani dekat tempat jahit??.. Masa mula2 sapu, saya rasa dekat bawah tu, menegang, ditarik2 camtu... apa ek, nak panggil... kiranya macam dia nak merapat2kan balik luka jahitan tu la senang cakap... selain tu, ada gak rasa tak selesa + pedih2 sikit.. yela, luka tak baik sepenuhnya kan.. tapi sekejap je pun rasa camtu... lepas tu ok semula... Saya ni letak banyak kali tau... lepas masuk tandas, sapu lagi... ahhahhah... takda kojelah katakan... hihii... takdala, sebenarnya sebab nak suruh baik cepat2.. (",)

Bab minum pulak, saya tak minum sebab merajuklah konon.. hahahhah... bukan pe, saya rendam buah tu dalam air panas tapi terbuang pulak air tu... so, sia2 je lah kan... hihii... Tapi hakikatnya, tekak saya tak lalu nak telan.. muahahhahha.. TAPI apa2 pun, saya tetap jugak nak makan PIL MANJAKANI... Lepas balik sungai petani nanti, confirm saya nak beli... hihiii.. senang sikit, telan terus, takyah nak rasa kelat2 melekat dekat lelangit lah.. dekat gigilah.. adehhhh....

Saya nak beli manjakani sebabnya yela, anak dah 2.. yang ketat pun jadi longgar.. hihii.. So, alang2 tengah berpantang 100 hari ni, lebih eloklah pulun ketatkan kembali yang longgar tu kan.. hihii.. Untuk suami tersayanglah katakan.. (^_^) Anak dara tak yah makanlah yer... ni untuk ibu2 jer... anak dara, ambik sebagai ilmu je tau... muahahhah

P/s : Ada beberapa orang yang amalkan manjakani ni komen bagitahu saya, hubby dorang siap cakap "Macam malam pertama or macam baru2 kawen"... teruja, dengar pengalaman dorang, so, haruslah guna.. hihihii (^_^)


Di sebalik maksud nama Nur Alisha..

Kalau u all serch dekat internet, maksud nama Alisha ni adalah PROTECTED BY GOD... Senang cakap DILINDUNGI OLEH TUHAN... So, maksud keseluruhan nama NUR ALISHA adalah, CAHAYA YANG DILINDUNGI OLEH TUHAN... (",) Moga Alisha sentiasa di bawah lindungan Tuhan... Meh saya nak story dekat u all, betapa saya rasa MAKSUD NAMA ALISHA NI, BETOI2 TERJADI.. DENGAN KATA LAIN, MEMANG ALISHA BETOI2 DILINDUNGI...

Saya nak bongkarkan satu cerita dekat u all... Mula2 sekali, saya nak ucapkan syukur sangat2 pada Tuhan sebab melindungi Alisha dari kecelakaan ketika Alisha masih lagi di dalam tempoh pantang... Kejadian ni berlaku ketika saya masih berpantang di Chemor... 

Masa kejadian, Alisha tidur sorang2 dalam kelambu baby tu, dekat depan TV, my sis pulak, tengah tengok komputer, membelakangi alisha tapi jarak lebih kurang 2 3 meter kot dari alisha... saya & my dad pulak, dalam bilik my sis, my mum pulak, dekat dapur tengah cuci pinggan mangkuk...

Time tu, memang cuaca buruk sikitlah, baru lepas hujan rasanya... guruh petir semua ada... Dengan takdir Tuhan, tiba2 BUNYI PETIR YANG AMAT KUAT & TERUS BUNYI BERDENTUM DALAM RUMAH PARENT SAYA & SECARA AUTOMATIK, RUMAH PARENT SAYA TERUS GELAP... Masa tu, dalam otak saya hanya teringatkan Alisha... dalam gelap tu, cepat2 saya pergi dekat Alisha... ALHAMDULILLAH... ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH... Alisha diam je u all, walaupun dentuman tu sangat2 kuat tapi dia diam... tak bergerak langsung... tetap jugak tidur, seolah2 tak berlaku apa2....

U ALL TAHU TAK APA YANG BERLAKU SEBENARNYA DEKAT RUMAH PARENT SAYA TU?... RUMAH PARENT SAYA DIPANAH PETIR..!!!! Mereka yang berniaga pasar malam dekat depan rumah parent saya menjadi saksi yang petir tu jatuh atas bumbung rumah parent saya.... Separuh daripada lampu2 dalam rumah, semuanya pecah & bersepah atas lantai... Banyak barang2 elektrik yang tengah on waktu tu, rosak..plug pun banyak terbakar, Bumbung rumah dekat dapur berlubang.. retak, kiranya tu tempat petir tu jatuhlah kan... orang kata ada batu petir.. tak tahulah saya.. tak jumpa pulak, lagipun orang kata kecik je... entah2 dah sapu buang sekali dengan kaca2 yang bergelimpangan tu...

Hari tu, bergelaplah kami satu family... TNB yang datang rumah pun tak boleh buat apa2.. sebab "IBU" dekat rumah parent saya ni dah rosak jugak.. so, kena tukar baru je lah jawabnya....Ohya, lupa nak bagitahu u all, my mum cakap, ketika dia tengah cuci pinggan mangkuk tu, dia ternampak CAHAYA YANG SANGAT LAJU MELINTAS DEPANNYA & SECARA TIBA2 TERUS JE BUNYI BERDENTUM... sekejapnya kejadian ni berlaku...

Apa2 pun, saya sangat2 bersyukur sebab takda kecederaan berlaku dekat kami.. & paling bersyukur... Alishalah yang ketika tu, sorang2 je tengah tidur depan TV... padahal TV tu pun rosak jugak... Orang2 yang datang menziarah esoknya, terkejut dengar alisha tak apa2 @ seolah2 kejadian tu tak berlaku...yela, alisha kan tidur dengan lena, langsung tak bergerak or menangis & ada yang cakap, alisha dipeluk oleh malaikat pada masa kejadian... Entahlah, saya pun tak tahulah bab2 tu... yang saya tahu, maksud nama alisha DILINDUNGI OLEH TUHAN... Alhamdulillah.. memang betoi2 dilindungi... (",)


Pengumuman Mini Giveaway #9


Sekarang ni, setiap bulan, sebelum saya lancarkan Mini Giveaway, saya akan up entri pengumuman bila Mini Giveaway akan dilancarkan yer... Bukan apa, sebab kadang2 bila saya terus publish entri pelancaran, ada yang tak sempat join... selalu saya dapat komen yang mereka terlepas... (",)

So, untuk bulan ni, saya akan lancarkan Mini Giveaway #9 pada hari Isnin (26/11/2012) ni... macam biasalah, dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam je... (",)... Hadiah untuk bulan ni adalah seperti gambar dekat atas tu yer...

TUDUNG AIDIJUMA warna pink & lagi satu tu warna maroon kot..

Macam biasa, anak dara saya, si alisha akan memilih 2 orang pemenang... (",).. So, siapa yang nak dapatkan tudung Aidijuma, jangan lupa join Mini Giveaway #9 ni pada hari isnin ni tau.. (^_^)

Alisha yang sentiasa mempunyai naluri 'rasa' yang kuat...


Alisha ni kan u all, saya perasan, kalau ada apa2 je nak berlaku, mesti dia dah bagi hint dekat saya & abah dia ni awai2... cuma kadang2 kami ni je yang tak tahu.. bila dah berlaku barulah kami perasan.. Tapi ada jugak yang antaranya saya dah perasan tapi saya cuba untuk menidakkannya...


Contohnya 2 hari sebelum saya bersalinkan aqilah, pagi2 buta, dia boleh ambik beg yang saya letak barang persediaan untuk bersalin yang saya letak tepi katil... Lepas ambik beg tu, alisha siap suruh saya bukak pintu bilik ajak keluar.. Dalam hati saya time tu memang dah terdetik, yang mesti saya akan bersalin dalam waktu terdekat tapi saya menidakkannya, yela, sebab time tu baru 38 minggu.. kan saya dah kata nak makan daging korban dulu... hihiii

Tanpa disangka2 bila alisha bangun je pagi pada 22/10/2012.. dia terus ambik bag tu lagi sekali & bawak keluar dari bilik... Time ni memang saya rasa terkejut sangat... nampak sangat memang alisha betoi2 dah tau yang ibu dia nak bersalin... Ohya, time alisha bangun pagi tu, memang saya dah tau saya akan bersalin sebabnya, saya dah keluar darah + lendir...

Ketika masih baby, Alisha pernah menangis melebihi 1 jam.. saya lupa berapa jam tapi lebih dari 1 jam lah.. tanpa stop.. last2 kami dapat berita.. moyang saudara alisha meninggal..

Alisha gelisah 2 3 malam, meragam, tidur tak lena sebelum pemergian moyang dia @ opah saya... lepas arwah meninggal baru dia tidur lena.. banyak lagi sebenarnya apa yang alisha bagi hint.. biasanya, apa yang akan berlaku dalam family kami lah... tapi rasanya normallah kan bila budak2 camgini.. sebab dorang memang dapat rasakan..

P/s : Nanti baru up entry pasal bersalinkan Aqilah yer... (",)

Pejabat pos Chemor ni baguslah.. (",)



Boleh kalau saya nak cakap pejabat pos Chemor ni bagus?.. hihiii... Kan semalam saya ada post entry yang PinkUmmi @ Mimie bagi hadiah... Untuk pengetahuan u all, bungkusan yang saya dapat tu dah terkoyak tau, tapi dah tertampal seperti gambar dekat atas tu...

Nampak tak, Penyelia Serahan Chemor siap sign lagi.. bagitahu yang bungkusan tu dia dapat memang dah terkoyak & ditampal dengan rasminya oleh pihak pejabat pos Chemor.. (",) Macamana saya tak kata pejabat pos Chemor ni bagus, yela, selama ni, kalau dapat bungkusan terkoyak pun, takda pulak pejabat pos nak tampal semula...

Tapi bila dekat Chemor ni, alih2 siap dorang tampal + sign lagi..hihii.. baguslah kan... (",) Selama ni pun, saya duk dengar ada je blogger yang dapat bungkusan dari pejabat pos yang dah terkoyak... Ni yang tetiba nak "up" kan kawasan CHEMOR ni.. muahhahhahahh


Alisha yang suka meratah ikan (",)

 Ini pun entry yang saya peram dengan baiknya.. hihii.. Baru sekarang nak up.. (^_^).. Alisha ni dia seorang yang sangat suka meratah ikan.. Lebih2 lagi kalau ikan tongkol.. Biasanya kalau saya buat kari ikan tongkol, mesti kene masak extra, sebab alisha suka ratah.. hihi
 
Actually, saya sendiri pun memang suka kalau alisha meratah or makan ikan tongkol ni... Yela, ikan tongkol ni SAMA SPESIS DENGAN IKAN SOLOMON... Seperti yang kita tahu, ikan solomon kan banyak khasiat dia...


Jika ada yang tak tahu, meh saya nak bagitahu, Ikan SOLOMON MEMPUNYAI PROTEIN OMEGA YANG TINGGI & AMAT BAGUS UNTUK PERTUMBUHAN MINDA KITA... Dipendekkan cerita, khasiat ikan tongkol pun lebih kurang samalah dengan ikan solomon (",)


So, sesuai sangatlah saya bagi alisha makan kan... bagus untuk minda dia.. (^_^) Apatah lagi si alisha ni pun suke.. hihii.. Bukan setakat alisha, abah alisha pun sama, tu yang selalu beli ikan tongkol.. (",).. Kalau di Terengganu, kitaorang panggil ikan ayer.. biasa buat masak singganglah... tapi saya buat masak kari sebab my dear lebih suka masak kari.. (",)


Dengan penuh nikmat alisha makan ikan tongkol... hahahha


Ok.. dah habis..!! Dah selamat masuk mulut alisha... heheh

P/s : Jangan marah yer jika lambat balas kunjungan u all..(^_^)

Saya dah berjumpa dengan doktor pasal kalenjar tiriod saya yang bengkak tu..

Pagi tadi saya pegi checkup Aqilah sebulan, alang2 tu, terus saya jumpa doktor pasal kalenjar tiroid saya yang makin besar ni... Rasanya tadi doktor tulis, saiz bengkak tu dah 4x4 cm kot.. bila tengok dekat pembaris, panjang jugak tu.. adehhhh...

So, tadi saya ambik darah untuk buat ujian kali ketiga.. Kali pertama, hormon normal, kali kedua pun tetap jugak normal.. kali ketiga ni harap2 macam tu jugaklah... Kali ni, saya bukan sekadar kena ambik darah tapi nanti akan kena scan jugak dekat leher tu.. tapi saya mintak scan dekat sungai petani, bukan apa, sebab jika ada apa2 appoiment lepas ni, susahlah saya nak ulang alik ke ipoh... buat checkup dekat sungai petani lagi senang rasanya... kene tunggu saya balik sungai petani dulu lah baru scan.. (",)

Ok, sekarang ni, u all baca pulak perbualan saya dengan doktor..

Saya : Doktor, jika hormon tiroid normal jugak, camana yer... bahaya tak bengkak ni..?

Doktor : Tak bahaya.. U nak bedah ke?

Saya : Haaa tak pikir lagi pasal tu doktor (sambil tersenyum kelat)

Doktor : Nanti u ambik darah & pergi hospital ipoh untuk ambik tarikh appoiment SCAN

Saya : Kenapa nak scan?

Doktor : Untuk pastikan apa bengkak tu.. adakah ianya air or ketulan, Jika air, ianya tak bahaya.. boleh biar je.. kalau ianya ketulan, terpulang dekat u samada nak bedah or tak.. Ianya jugak nak scan takut kanser.. 

Saya : (senyum... pelik pulak saya dekat diri saya ni, kali ni, saya tak rasa takut or apa2 pun tapi rasa sangat2 relax..)

Tapi doktor kata, biasanya jika hormon normal, ianya tak apa2.. U all janganlah pahamkan ayat doktor tu mengatakan yang saya ni ada kanser tau.. Doktor tu cuma bercerita je... hihi.. yela, kan elok check awai2.. (",) Apa2 pun, doakan kesihatan saya ye u all... harap2 takda pe2 lah... biarlah bengkak ni sekadar air @ lendir je.. bukannya ketul.. hihii.. Kalau lendir tak payah buat apa2.. dia akan kecut sendiri 

P/s : Semua jejak u all, saya slow2 balas yer... hari ni, rasa macam tak cukup masa... busy sikit.. hihi


Akhirnya dia menjelma jugak.. hihii (^_^)


Alhamdulillah... Akhirnya selepas hampir 4 bulan blog utama saya ni tanpa BE, akhirnya pagi tadi saya buka Nuffnang, tengok2 dah ada BE.. hehhehe... Walaupun saya ada je 6 BE di blog GA, tapi tu la, blog tu bukannya saya update pun.. earning dia memanglah tak banyakkan... sekadar beli gula2 untuk alisha je..  (^_^)

Kali ni saya dapat BE DiGi Prepaid Smartplan On.. BE yang ke 30 untuk tahun 2012.. Earning untuk permulaan BE ni adalah RM 2.59.. alhamdulillah... oklahkan, baru sehari.. hihii.. BE ni ada atas header, kalau nampak tu klik2 lah yer.. hihii.. Harap2 BE ni bertahan lama.. (^_^)

P/s : Pandai BE ni menjelma di saat UV saya 1000++ sepanjang minggu ni.. hihi


Ada lagi rezeki untuk Aqilah & Alisha.. (",)

Nampaknya masih ada lagi rezeki untuk Aqilah & Alisha... (",) Baru2 ni, saya dapat lagi bungkusan.. tapi kali ni dari Mimie @ PinkUmmi pulak.. (",) TERIMA KASIH tau mimie (^_^)


 Mimie bagi saya keychain dari Pulau Pangkor & buku untuk Alisha belajar menulis & mewarna.. (",) Baru terpikir lepas habis pantang nak ajak my dear beli buku baru dekat alisha... sekali mimie dah bagi pulak (",)


 Bukan hanya Alisha yang dapat hadiah tapi Aqilah pun dapat.. Dapat 5 pasang stokin hokay!!.. hihii.. Geram je saya tengok stokin yang cute macam ni.. geram yang kat bahagian depan stokin tu haa.. heheheh


Alisha bila dapat je buku dari mimie ni, terus belek2.. teruja la tu konon.. siap duk ulang cakap "cantik.. cantik..".. hihii


Lepas tu dia mintak pensel dengan saya untuk menulis... buku barulah katakan.. hehheh.. Bayanglah, sampai saya nak ajar pun tak bagi.... nak buat sendiri.. adehhh... alisha.. alisha... hihii.. Ohya, nampak tak stokin aqilah dekat sebelah dia tu, yang tu pun dia ambik pegang tau.. tak bagi saya simpan.. hahahhahha... padahal dia dah cakap tu stokin Aqilah... hihi.. Agaknya dia nak pegang bagi pihak aqilah.. hehehheh


Kelenjar Tiroid semakin membesar...

Tak tahu nak cakap apa... dalam hati saya ni, risau pun ada... Emmmm pada yang dah lama mengikuti perkembangan blog saya ni, mesti tahu yang saya ada masalah kelenjar tiroid bengkak... Dah 2 kali saya pergi buat ujian darah, untuk pastikan samada saya ni kena TIROID or tak... First masa bulan 11 tahun lepas & 2nd masa bulan 4 baru ni... Result yang saya dapat, doktor kata, saya takda masalah TIROID... hormon tiroid saya normal.. cuma kelenjar tu yang bengkak...

Nak hilangkan bengkak dekat leher tu, jalannya bedah je la... adehhhh... tau tak yang saya ni penakut... lebih2 lagi dekat leher... peti suara pun dekat situ, makanan pun masuk dekat situ... pagi ni, saya belek2 tempat bengkak tu, Ya Allah... terkejut saya, makin besar u all...

Mulalah saya duk terbayang2 alisha & aqilah... Masa masuk wad sebab bersalinkan aqilah tu pun, saya dah menangis teringat alisha.... kalau kena bedah pulak, apa cite... 2 orang anak pulak yang saya duk rindu2 pas ni... Saya ni duk harap2 adalah keajaiban bangun pagi, tiba2 bengkak tu hilang...hahahaaa *berangan je saya ni kan

Eh, sebenarya kan, doktor & orang2 yang pernah operate bagitahu takda apa, sekejap je operate... tapi tu la, bila sebut je operate, mestilah saya jadi takut.. hihii..Ohya, esok saya akan pergi chekup sebulan after bersalin, nurse yang datang melawat dekat rumah, suruh saya inform doktor pasal bengkak dekat leher saya ni.. katanya bengkak saya tu besar.. & dia kata, dengar pulak apa penjelasan doktor dekat sini.. Sebelum ni, saya dengar penjelasan doktor di sungai petani...

Macamana yer nak bagi kecikkan bengkak ni.. ada petua or apa2 tak ek

P/s : Entry makanan sebelum entry ni, bukannya yang saya makan time dalam pantang ni.. kan dah tulis tu entry saya peram dari bulan 9.. hihi.. apa2 pun thanks sebab ingatkan saya supaya jaga makan.. (^_^)


Entry yang dah lama diperam.. hihi

Yap.. entry ni saya peram memang dah lama pun... dah terlebih masak... hahahha... Actually dah malas nak buat entry ni, tapi disebabkan duk terpikir supaya Alisha tahu, yang setiap kali birthday dia, kami akan sambut walaupun sebijik kek, tu yang buat jugak... muahhahha... Hari lahir Alisha bulan 9, sekarang dah bulan 11, so, paham2 sendirilah berapa lama saya peram yer.. kekekke



Kami sambut birthday alisha dekat rumah my parent... alaaa bukan sambut buat majlis pun, beli makanan balik makan dekat rumah je... hahahhahha



Kami beli KFC.. Si Alisha ni kan suka makan ayam @ drumstick, tu yang beli ayam goreng... (",)


Selain tu, saya jugak beli pizza... Oh pizza ni, dah semestinyalah sebab saya yang nak makan... hehehh.. Time tu kan, saya belum bersalin, mengidamlah konon... muahahhahha



Yang dah sah2 ada, semestinyalah sebijik kek... (^_^)... Ohya, tarikh lahir Alisha & opah Alisha selang sehari je... tu yang ada nama opah alisha jugak dekat kek.. hihii.. Actually nak beli kek yang kartun2 sikitlahkan, tapi time tu dah habislah pulak...



So, akhirnya, kek yang dibeli mengikut selera tekak kami yang dewasa ni.. hihii... Tapi kek ni sedap tau... Lupa pulak nama dia apa.. tapi kalau tak silap, ada aiskrim dekat dalam dia kot... Adehhhh dan2 rasa nak makan kek ni... huhhh


Tempek sekeping gambar alisha time tu.. hihii.. Sorry ye sayang.. ibu lambat buat entry ni... tapi apa2 pun, harap bila alisha dah besar nanti, baca entry ni tau, supaya alisha tahu yang ibu & abah, tetap belikan kek untuk alisha di ulangtahun kelahiran alisha (^_^)

Ohya, masa birthday alisha yang 1st, kami sambut di Terengganu... time tu meriah sikit lah kot sebab kami ada buat BBQ.. alaa anak beranak je pun.. (",) Nak baca entry di Terengganu, KLIK SINI

Apabila 2 beradik nak makan....

Petang semalam, Alisha bagitahu saya yang dia nak makan nasi.. so, saya sediakanlah nasi untuk suap dekat dia.. (alisha baru lepas mandi, so, saya taknak bagi baju dia kotor, thats y saya suapkan dia).. belum pun suap lagi, tiba2 dah terdengar suara aqilah dari dalam bilik....

Saya pun pergi ambik aqilah.. tengah saya memangku aqilah tu, sekali aqilah, bagi isyarat nak minum susu.. macam biasalah, hint nya, mestilah, nganga mulut ke arah dada kita kan... (",) So, saya pun apa lagi, terus bagi aqilah minum susu...

Tangan kanan suapkan alisha nasi & tangan kiri saya memangku aqilah sambil bagi minum susu.. Akhirnya aqilah terlena dalam dakapan tangan kiri saya tu.. (^_^)

First time saya alami situasi ni... kadang2 saya rasa situasi ni macam sweet tapi kadang2 terpikir, entah2 camnilah agaknya mak2 kita layan kita masa kecik2... sampai tak cukup tangan dibuatnya.... kalau anak ramai lagilah...(^_^) Padahal time tu, saya baru nak bertungku tapi disebabkn anak2 lapar, tangguh dulu dari bertungku, isi perut anak2 lebih penting (",)


Penat jugak layan karenah orang yang terlalu sayangkan adik nih...

Saya rasa kan, bila si kakak, suka pukul adik mesti kita rimas kan.. tapi hakikatnya, bila si kakak terlalu sayangkan adik pun, jadi rimas jugak.. hahahhah... Macam si kakak yang penyayang si alisha ni lah... hihii.. Penat layan karenah dia... (",)

U all bayanglah, orang bukan boleh sentuh aqilah... my dad sentuh, dia merengek, my sis sentuh dia merengek, sampai ke my dear sentuh pun dia merengek... alahaiii alisha... betapa tak baginya dia orang ambik adik dia... Yang dia bagi ambik @ pegang, hanya saya & opah dia... Orang lain, susah sikit... bila mood dia baik, dia bagi pegang tapi bila angin kus2 dia sampai... jangan harap nak pegang... ahhahhah.. Tapi dari dia bagi pegang dengan tak bagi pegang, lebih banyak tak bagi pegang.... 

Lagi satu pulak, pantang jumpa adik dia, mesti nak kiss... saya yang tengok pun naik rimas... ahhahha.. Yela, dia tak kisah adik dia tengah tidur pun, janji dia dapat kiss... yang si aqilah ni pulak, mulalah geliat2 kan badan dia... bila saya tegur cakap "Aqilah nak tidur, jangan kacau.." Dia boleh pulak buat aksi melambai tangan sambil sebut "Hai Aqilah",.. siap senyum lagi.. adehhhhhh... ni yang nak geget2 ni... dia tunjuk aksi comel camgitu pulak... tak jadi nak marah... ahhahahha

Kalau alisha yang sayang adik ni pun, saya dah naik rimas, nak kiss tak kira masa, camna pulak kalau jenis yang suka pukul manja dekat adik tu ek... mesti rimas jugak kan... hihii


Ciuman seorang kakak (^_^)

Cerita lama baru saya nak publish.. adehhh.. Ni sebenarnya aksi alisha sebelum kepala Aqilah tu dibotakkan.. kira dah lama jugaklah kan.. hihi Aqilah dibotakkan pada hari yang ke 10, sedangkan hari ni dah hari ke 30.. (",) Ni antara aksi2 Alisha ketika nak kiss Aqilah... (^_^)


Alisha dekatkan diri dia dekat adik dia..


Pastu, slow2 nak kiss aqilah..


Muahh, dah dapat kiss pipi aqilah sebelah kiri.. hihii


Dah puas sebelah kiri, alisha duk belek2 pulak mencari ruang untuk kiss pipi sebelah kanan.. hehhe


Tapi disebabkan adik dia terlentokkan kepala ke tilam, so, alisha tak bolehlah kiss pipi sebelah kanan.. so, alisha kiss dekat area dagu je la... janji dapat kiss... hahaha


Keyword Bunting Pelamin kembali mengganas... hihii

Semalam pagi je saya dapat online sekejap, lepas tu terus dah tak boleh online sebab ada gangguan bekalan elektrik sampai ke petang... Bila dah ada elektrik, apa lagi, saya terus online lah kan.. bukak Nuffnang, sekali tu diaaa... terkejut saya tengok UV pada pukul 4 petang dah jadi 888.. pelik ni.. Lepas tu saya tengok keyword apa yang orang duk search sangat ni kan... rupa2nya, orang duk search MAKSUD BUNTING PELAMIN... hihiii

Time tu, saya masih lagi blurrr, apa hal tiba2 orang duk search maksud bunting pelamin kan.. Kalau sebelum ni, puncanya sebab Fasha Sandha bunting pelamin... tapi kali ni apa cite plak... Malamnya,  ketika saya blogwalking, saya terbacalah pasal Diana isteri Farid Kamil dah mengandung.. hihii.. Barulah saya tahu, rupanya orang duk cari2 maksud bunting pelamin pasal Diana la... (",)

Alhamdulillah... rezeki mereka.. seronok sangat saya dengar... (",) Ohya, janganlah pulak ada yang buat andaian yang bukan2 pasal mereka.. sebabnya saya sendiri dah ada pengalaman bunting pelamin ni... (^_^) Saya dulu, baru kahwin 12 hari, dah start rasa pening2 + loya2 tau.. so, takda nak peliknya jika orang bunting pelamin ni... Itu rezeki yang Tuhan bagi.. (",)
 UV setakat pukul 11 malam semalam

 Disebabkan tempias Diana ni, tiba2 semalam UV di blog saya telah mencecah 1000++... Normally, UV 800++ or 900++.. Dapatlah jugak kali ni merasa 1000++... ekekekke (^_^)



PEPLUM yang tengah hot!!!

U all ada tak baju Peplum? or pernah tengok tak peplum ni?? Bagi saya peplum ni memang cantiklah... cantik yang amat.. Tengah pemes sekarang ni.. (",) Eh, sebenarnya kan, saya baru je tahu pasal peplum ni dua minggu lepas... ahhahahhah... Saya tengok dekat blog Naylisha Boutique.. tengok je peplum ni, terus jatuh cinta sampai saya rasa.. Nak beli... nak beli... nak beli.... ekekkekkek.. 


Tengok gambar dekat atas tu... ada antara u all yang jatuh cinta tak dekat peplum ni??.. hihii.. Ohya, peplum tu, baju je tau, tak termasuk dress.. kiranya baju yang warna oren kosong tu la dipanggil peplum...(^_^)


Warna biru ni pun cantikkan... Seriuslah.. memang saya rasa nak je guna jugak peplum ni... tapi tu la... sabar ina.. sabar.. awak tengah berpantang lagi tu... hihiii


Peplum ni, cantik jugak kalau kita pakai nak pergi majlis apa2.. kalau kenduri kawen ni pun orait gak ni.. yela, dah ala2 kurung moden jovian gitu... hihii.. Dengan reka bentuk dia tu memang cun habis lah..!!!

Ini antara contoh pemakaian peplum ni... Dekat dalam, u all boleh pakai dress & dekat luar sarungkan dengan peplum... Ohya, dekat blog Naylisha Boutique jual sehelai peplum + sehelai dress dengan harga RM 85 tidak tidak termasuk kos pengeposan...


Jika u all tak nak pakai dengan dress, u all boleh jugak pakai dengan skirt kembang... 1 set Rm 84...

Apa diaa..?? U all tak berminat dengan peplum tanpa corak??.. Jangan risau yer sayang sayang saya ni... sebabnya Naylisha Boutique jugak ada menyediakan peplum yang ada corak bunga2.. (",)... So, u all boleh pilih mana satu yang berkenan.. samada yang kosong or berbunga2... hihi




Jika u all nak beli semata2 peplum saja pun boleh tau.. harganya cuma RM 45 untuk yang kosong & RM 49 untuk yang bercorak.. U all boleh jugak pakai dengan palazzo or apa2 je.. mengikut kreativiti u all yang u all rasa cantik.. (",)... 

Meh sini saya nak tambah sikit lagi maklumat untuk u all.. (^_^)

Material :  High Quality Lycra 

Free Size : S till L

Peplum ni jenis kain yang "jatuh" & terletak cantik je dekat badan kita... (",)

Peplum ni melepasi punggung

Yang paling penting... Peplum di Naylisha Boutique adalah murah...!! Harga Pasaran RM 55 - RM 70, sedangkan di Naylisha Boutique hanya RM 45 (tanpa corak) RM 49 (bercorak).. Sangat murah hokay!!

So, apa lagi u all.. Jika u all berminat nak beli, bolehlah order dengan Naylisha Boutique... pergi ke blogshop Naylisha Boutique or boleh jugak tengok lain2 warna lagi untuk peplum ni di Facebook Naylisha Boutique (",)

Opstttt lagi satu nak tunjuk dekat u all...


TELEKUNG TRAVEL.. Sekali pandang macam handbag kan... Sangat2 cantik!! Kalau kita bawak pergi jejalan, orang yang tengok kita pegang pun ingat kita pegang handbag,... padahal telekung.. hihii.. Telekung travel ni pun sangat murah tau.. hanya RM 30 sahaja!!.. Murahkan... Jika tak nak bawak beg besar2 isi telekung, beli je telekung travel ni.. senang... hihii.. Eh, kalau dijadikan hantaran pun sesuai jugakkan... sape2 yang nak bertunang tu, bolehlah beli (^_^)



Hadiah dari Kawan rapat di alam maya (^_^)

Kawan rapat yang saya maksudkan adalah kawan yang bukan hanya saya berhubung melalui blog tapi jugak melalui telefon.. berkongsi2 cerita di belakang tabir... hihii.. Antara rakan yang saya anggap rapat di alam maya ni adalah Kak Fieda & Wanieys... (ada lagi rakan2 lain tau)

Kak Fieda ni saya kenal sebab kami dulu aktif join GA manakala Wanieys ni pulak, saya tak pasti macamana boleh kenal.. hihii... Tapi yang saya tau, sedar2 je wanieys dah selalu singgah blog saya & tinggalkan komen.. selalu tanya pasal saya & alisha.. so, dari situlah saya rasa macam mula nak kenal wanieys ni lebih rapat... tambah2 pulak, wanieys ni memang peramah..!! Pendek kata, 2x5 je lah dengan saya & kak fieda yang memang dah peramah sampai sembang dekat telefon, berebut2 2 2 orang nak cakap.. sampai tak tahu siapa yang nak dengar... ahhahahha

Haaa kan mukadimah dah meleret2.. hihii... Sebenarnya saya nak tulis pasal Aqilah dapat hadiah dari Wanieys & Kak Fieda... Ohya, hadiah mereka sampai pada hari yang sama tau.. hari Jumaat baru ni (",)



Hadiah baju & beg dari Wanieys... Tak sangka Wanieys bagi bag sebabnya memang saya sendiri terpikir lepas balik sungai petani nanti, nak ajak hubby pergi beli beg untuk isi pampers or pe2 je barang aqilah ketika kuar jejalan.. Rezeki kan.. Macam ada connection je saya & wanieys ni.. cewahhh... hihii



Kak Fieda pulak bagi saya kerongsang sebab jadi top komentar dekat blog dia.. alisha pun dapat jugak kerongsang.. tak lupa jugak aqilah.. Opsttt Aqilah bukan dapat kerongsang tapi angpau.. hihii.. Saya suka sangat kerongsang dari kak fieda ni.. memang cantik + lagi suka sebab batu dia warna merah... warna fav.. ada ong.. hahah... 

Apa2 pun, terima kasih sangat2 dekat Kak Fieda & Wanieys... (",)


Amalan supaya anak jadi baik?

Saya ada dapat komen dari jaakechik seperti print screen dekat atas tu yer... (",) Semua anak2 kita baik je sebenarnya.. Jika mereka ada buat perangai macam menangis ke mengamuk ke, semua tu adalah normal untuk umur2 sebaya mereka.. Itu antara cara mereka meluahkan rasa.. (",)

Alisha ni pun sama je, ada masa tetap jugak menangis ke mengamuk ke... tapi sekarang ni dah kurang.. time yang dekat2 nak bersalin kan aqilah tu memang adalah dia buat perangai.. tapi orang kata, "ragam nak dapat adik".. hihii.. Lepas dah dapat adik, semuanya dah back to normal.. (",) Aqilah pulak masih kecik, yang dia tahu hanya minum susu & tidur.. hihi.. Alhamdulilllah setakat ni dia takda nak meragam or menangis or berjaga di malam hari... (",)

Alhamdulillah, saya dikurniakan anak yang senang untuk dijaga.. tak banyak ragam.. maybe sebab mereka perempuan kot.. (",) Untuk pengetahuan u all, saya takda amal apa pun... cuma seperti yang saya selalu war2 kan dekat blog saya ni.. MAKANLAH BUAH KURMA...!! Yap, saya memang makan buah kurma dari mula2 kahwin sampai sekarang... kiranya, kurma ni, dah jadi makanan wajib untuk saya, my dear & alisha...

Sedikit sebanyak, terdetik dekat hati saya, yang sikap2 anak saya ni, maybe disebabkan amalan saya yang memakan buah kurma.. 

Sabda Rasulullah S.A.W.
"Berilah makan buah kurma kepada isteri2 kamu yang hamil kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal lahir itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya"

Nescaya, anak2 yang bakal lahir itu menjadi anak2 yang PENYABAR, SOPAN SANTUN & CERDAS PEMIKIRAN... Rasanya saya tak perlu huraikan maksud sabar, sopan santun & cerdas sebab u all mesti paham kan.. Pikir maksud tu secara mendalam.. tidak hanya pada yang tersurat tapi jugak tersirat... (^_^)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...