Memuatkan ...

Ibu mengandung yang tinggal puasa akibat risaukan kandungan perlu bayar fidyah


Di entry "Kandungan ketika berusia 7 bulan lebih", saya ada bagitahu yang saya dah tinggal puasa akibat risaukan baby dalam kandungan yang kurang gerak kan... lepas tu, Kakzakie komen entry tu bagitahu yang dia pun ada tinggal puasa sebab risaukan kandungan + SIAP BAYAR FIDYAH..

Masa tu saya terpikir kenapa kena bayar fidyah yer.. sebab setahu saya bayar fidyah jika dah terlajak ke tahun depan tapi belum habis ganti puasa lagi.. Saya pun apa lagi, terus ambik buku "INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT - DATO' ISMAIL KAMUS".. Saya carilah pasal maklumat ni kan... Ya Allah Ya Tuhanku.. betoila u all, memang kena bayar fidyah... ceteknya ilmu saya...

Dalam buku tu tertulis "Perempuan yang MENGANDUNG & MENYUSUKAN ANAKNYA perlu MENGQADA PUASA & MEMBAYAR FIDYAH secupak beras bagi setiap hari yang ditinggalkannya SEKIRANYA DIA MENINGGALKAN PUASA KERANA BIMBANGKAN ANAKNYA, tetapi jika DIA TAKUT MUDARAT PADA DIRINYA, DIA HANYA WAJIB MENGQADA PUASA".. 

Alhamdulillah saya tahu pasal ni awal.. U all mesti dah tahu kan.. jika ada yang belum tahu, sama2lah kita berkongsi ilmu ni.. (",).. Tapikan u all.. nak tanya jugak.. sebagai contoh.. Jika saya tinggal puasa akibat risaukan kandungan + tak tahan lapar tapi saya tak pasti berapa hari yang saya tinggal puasa tu akibat lapar & akibat risaukan anak.. so, berapa hari yang nak kena bayar fidyah yer.. Maksudnya.. kononlah saya tinggal puasa 10 hari.. & dalam tempoh 10 hari tinggal puasa tu disebabkan oleh risaukan kandungan + tak tahan lapar.. Sedangkan sebelum tu, saya tak ambik kisah sangat pun untuk buat catitan berapa hari sebab risau anak + berapa hari sebab tak tahan lapar.. yela, sebab masa tu saya ingat hanya perlu ganti puasa tanpa bayar fidyah... Eh, u all paham ke soalan saya ni ek.. hihii.. emmm jika was2.. boleh bayar fidyah untuk 10 hari terus kan.. ke macamna yer...

P/s : Biras saya @ Jaa telah selamat melahirkan baby boy.. pukul 6:30 pagi tadi dengan berat 3.54kg..


Basikal alisha pun ada kunci... (",)

Selama ni Alisha asyik tengok abah dia je start moto guna kunci, entah macamana boleh pulak dia pun tiba2 pergi ambik kunci dapur untuk "start" basikal dia.. hahahha


Pandai pulak si budak kecik ni cari lubang dekat basikal dia untuk sumbat kunci.. heheh


Finally, kunci dah pun tergantung dekat basikal dia...


Alisha ni sebenarnya dia bukan pandai kayuh pun lagi basikal ni.. kalau dia naik duk tolak dengan kaki je pun.. hahhah... tapi bolehla dari tak gerak langsung.. hehhe.. Opssttt sebenarnya basikal ni macam besar sikit, tu yang kaki dia kalau nak kayuh, separuh je boleh pusing.. kira kaki alisha tak cukup panjang lagilah nak kayuh sendiri.. (^_^)

Hasil checkup nak masuk 31 minggu..

Orang lain mulakan entry dengan sambutan hari raya tapi saya nak mulakan entry pasal checkup bulanan saya dekat Klinik Ibu & anak.. hihii.. Sebenarnya kabel kamera tinggal kat kampung.. so, semua entry sepanjang minggu lepas ditangguh yer.. hehhe

Semalam saya pergi checkup.. hasilnya, BERAT BADAN SAYA NAIK 4KG DARI LAST CHECKUP PADA 31/07/2012... SEKARANG BERAT SAYA DAH 55kg.. Adoi la... tak sampai sebulan naik 4 KG.. Sebelum ni naik 2kg setiap bulan.. setiap bulan pen merah... Nurse pun dah terkejut...!! Jangan tak tahu, saya sekarang ni nak KENA AMBIK TEKANAN DARAH SELANG SEHARI DEKAT MANA2 KLINIK OR FARMASI UNTUK DOC & NURSE TENGOK BILA CHECKUP PADA 11/09/2012 NANTI... Semuanya berpunca dari berat badan yang naik dengan hebatnya.. hihii... Makan tak hengat donia... lemang ketupat rendang nasi impit.. semua yang terhidang atas meja, satu pun saya tak tinggal, semuanya saya makan... muahhahahha... Saya nak kene control makan dah lepas ni,.. risau pulak, kang tak pasal2 darah tinggi.. adoiiii... 11/09/2012 nak pergi checkup lagi... (",)

Pasal HB @ HEMOGLOBIN pulak, yang ni best sebab HB saya naik dari 11.5 jadi 12.9.. hihi.. Saya rasa HB saya ni naik maybe sebab saya minum air HABBATUS SAUDA kot... sebabnya, sepanjang raya saya memang langsung tak makan obimin, bulan puasa pun saya skip makan obimin.. tapi bila saya terbaca entry biras saya yang dia minum air habbatus sauda, HB dia naik, terus saya suruh my dad beli yang kebetulan berada berdekatan dengan kedai yang jual benda2 camni.. (",) Saya checkup petang isnin semalam, air tu saya minum hari ahad malam & isnin pagi.. 2 kali je pun, tak sangka terus naik.. hehehh... sukanya... (",)

Ohya, baru teringat, TEKANAN DARAH SAYA SEMALAM, NURSE CAKAP TINGGI... 131/74 & 128/86.. tapi bila refer dekat doktor, DOKTOR KATA TAK TINGGI SANGAT, SEKADAR TINGGI DARI TEKANAN DARAH SAYA YANG BULAN2 LEPAS JE... emmm entahla, saya pun tak reti sangat sebenarnya bab2 tekanan darah ni..

Doktor bagitahu kepala baby dah turun ke bawah.. belum engaged cuma kepala dah menuju ke jalan yang betoi la.. dengan kata lain, kedudukan bayi tu dah oklah.. tak songsang.. kedudukan uri pun ok.. (",)

Bercerita bab kesihatan saya pulak, 2 3 hari ni, kurang memuaskan, saya dah start dengan selsema.. gatal2 tekak.. bila dah selsema mulalah kepala pening2 lalat time2 panas terik tapi nasib semalam hujan, so, hari ni mendung je la.. (",)

P/s : Sorry, saya makin lama makin kurang blogwalking blog u all... kandungan dah nak masuk 31 minggu... makin penat.. time tidur, saya dah banyak tidur mengiring sebelah kiri sebab jika tidur terlentang & mengiring sebelah kanan dah mula buat saya rasa lemas, tak boleh bernafas...


Selamat Hari Raya Aidilfitri..


Petang ni kami 3 beranak akan balik kampung untuk beraya.. So, saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFTRI untuk u all.. Mintak MAAF ZAHIR & BATIN jika sepanjang saya berblog  ni ada coretan saya or komen yang mengguris perasaan u all..



Semoga perjalanan u all untuk balik beraya ke kampung dipermudahkan & selamat sampai ke destinasi.. (",) Nanti kita jumpa lagi di alam maya yer... After one week beraya baru jumpa.. hihii.. 


Alisha tolong masak untuk abah?

Wah hebat tak Alisha ni.. siap masak untuk abah dia lagi... hahhah.... Actually semalam my dear tiba2 pulak teringin nak makan maggie... so, my dear pun pergilah masak...(",) Elok je my dear kupas kulit bawang, anak dara saya yang melihat dari jauh ni, terus je ambik kerusi merah dia tu bawak pergi dapur... hihi


Ada gaya macam orang dah biasa ke dapur tak??.. hehhe


Ibu & abah alisha ni jenis yang macam ni lah... lebih suka mengajar dari melarang.. dah dia tunjuk minat ajar je lah kan... padahal umur belum lagi 2 tahun tapi macam orang besar... sibuk jugak nak masak.. dapat kacau pun jadilah.. muahahahha


Ohya, u all janganlah pikir saya biarkan je alisha buat semua ni tanpa pemantauan tau... Walau apa pun alisha buat, walau apa pun saya ajar alisha, walau apa pun saya bagi keizinan dekat alisha lakukan, semuanya di bawah pemantauan saya or abah alisha... (",) Kami ni jenis parent yang suka anak explore... biar jaringan2 dalam otak dia tu bersambung sebelum jaringan tu makin berkurangan... hihi

P/s : BE ke 18 singgah di blog GA (Digi Prepaid Mass Promo)

U all balik beraya mana yer?

Tahun ni turn Chemor @ rumah my parent untuk kami beraya di pagi raya... raya haji nanti kampung my dear pulak.. gilir2.. hihii... Hari Khamis ni, kami akan balik kampung my dear dulu, singgah berbuka + solat teraweh.. lepas solat teraweh baru gerak balik kampung saya dekat Chemor... (",)

Saya tak sabar nak beraya sebab tak sabar NAK MAKAN LEMANG + RENDANG.... adehhh sedapnya.... Mengandung kali ni saya memang sangat2 suka makan PULUT... Ohya, jangan tak tahu, my dear berbesar hati untuk jadi sukarela bakar lemang nanti... ahhaha... Bakar lemang ni memang aktiviti tahunan family my dad setiap kali raya.. (",)

Eh, ada sape2 yang duduk berdekatan dengan CHEMOR tak?.. Kalau nak datang beraya dekat rumah saya, inform la yer.. boleh jumpa.. hihii.. Kami akan berada di CHEMOR SAMPAI RAYA KE 2... RAYA KE 3 DAH GERAK BALIK PARIT BUNTAR... (",) Ohya, siapa2 yang agak2 pada 23/08/2012 @ Khamis minggu depan, berada dekat area PARIT BUNTAR tu, bagitahulah saya, boleh invite u all datang kenduri adik ipar saya dekat DEWAN PARIT BUNTAR INN.. bolehlah kita jumpa + sembang2.. heheh..

Kami akan berada di Parit Buntar sehingga hari Sabtu minggu depan.. Seminggu beraya, seronoknya.. hihii.. Ohya, sepanjang minggu depan, kemungkinan besar saya takkan online... Sibuk beraya + sibuk kenduri kahwin adik ipar.. (",)

Persiapan raya semuanya dah complete... Saya tahun ni 2 pasang baju.. satu jenis kaftan.. alaa yang kaftan jubah tu + kurung pahang... tu diaa, tak menahan mak buyung nak pakai baju kurung pahang... ahhahha.. Perut Keciklah katakan... muahhahha.. Alisha pulak 3 helai dress + satu baju kurung + tudung... Baju kurung + tudung tu, opah Alisha @ my mum yang belikan.. siap dengan bag silang lagi untuk letak duit raya... ahhahhahahha.. My dear pulak, sehelai baju & sehelai seluar je... hihi.. Ohya, baju melayu, my dear pakai yang lama je... tema kami tahun ni warna biru... (",) Opsttt lagi satu, sepasang kasut untuk saya & sepasang kasut untuk Alisha + sehelai tudung ala2 Fareeda untuk saya... nak beli original Fareeda mahai bebenor... ala2 pun jadilah... muahahaha


Pemenang MINI GIVEAWAY #6

Alhamdulillah semalam Alisha dah pun buat cabutan untuk mencari pemenang MINI GIVEAWAY #6.. Anak dara saya ni makin paham bab2 cabutan ni.. dia makin seronok nak cabut undi, siap dia gaul2 dulu baru cabut undi.. hihii.. So, tak nak cakap banyaklah, terus umum pemenang.. (',)

2) Ayu Syamirah = Mrs Valentine

21) Muhammad Danish Zafran = Ibu Lala

23) Azizul Hakim bin Dzulkhairi = Mamavouge

34) Muhd fadh zahirulhaq = Marwanis Mansor

43) Nur Balqis Arisya = Anitadiana


So, kepada ibu2 yang nama anaknya tersenarai ni, sila bagi detail u all @ no akaun maybank yer.. Hantar dekat zarina_naniey@yahoo.com.my... Ohya, bila dah send emel, inform saya dekat kotak komen yer... Bila my dear dah bank in, saya akan inform u all.. BAGI DETAIL SEBELUM PUKUL 12 TENGAH MALAM INI YER.. KANG ALISHA BUAT CABUTAN LAGI SEKALI PULAK.. HIHI...

P/s : Marwanis Mansor tak perlu bagi pun takpa sebab awak dah bagi masa komen dekat entry penyertaan kan... so, awak cuma perlu semak je.. takut tersalah bagi.. (",)


Senarai nama peserta Mini Giveaway #6

Sorry lambat publish, baru lepas taip entry ni.. hihii.. So, u all boleh tengok nama anak u all ada tak.. Jika ada nama yang saya tertinggal, inform saya sebelum pukul 7 malam yer.. Malam ni Alisha akan cabut undi... So, esok saya akan umum nama pemenang... (",)


Mrs Valentine
1) Mohamad Haikal Faiz
2) Ayu Syamirah
3) Wani Syazwana


Anje a.k.a. Mama Balqis
4)  Damia Nurin Balqis 

Ieyda
5)  Muhammad Adam Irfan 
6)   Nur Aleesya Imani 

Wanieys
7) Muhammad Qalief Rezza

PinkUmmi
8) Nur Aina Zahirah binti Mohd Fadeli 
9) Nur Auni Najwa binti Mohd Fadeli 

Tina Othman
10)  Nur Damia Dayana Mohammad Zamri 
11)  Emir Rayyan Mohammad Zamri 

Syiela
12) Aiman 
13) Iqbal 
14) Haziq 
15) Hazim 

Ummu Muhammad
16) MUHAMMAD
17) ABDULLAH 


Rai
18) muhammad aqil mubarak 
19) nurul atiqah damia 

Ibu Lala
20) Nurnabila Zulaikha  
21) Muhammad Danish Zafran 
22) Muhammad Danial Amsyar


Mamavouge
23)  Azizul Hakim bin Dzulkhairi. 

Fiszah_pjo
24) Nur Adriana atirah binti syahnon

Iduraz
25) Hannah umairah bt hairul affende

Jaa
26)  Muhammad Idlan Muqri 

Ieedaz @ Mama_Isha
27)  Isha Adheena

Haryati Faizal
28) Muhd Firas Firdaus 
29) Muhd Fawwaz Firdaus 

Mummy GreenyHouse
30) Nur AleesyaElvira
31) Nur AneesaEryna 

Suria Amanda
32) Ainnul Dania Huda

Marwanis Mansor
33) muhd farish zafran 
34) muhd fadh zahirulhaq

Papa Mifz
35)  Mohamad Izz Mifzal 

DuNia KeBaHaGiaaNKu
36)  muhammad aiman afifi 

FADLUL & FIFAH
37)  Tasneem 

Cm shlem
38) Husnina Irdina Binti Hazlan 
39) Muhammad Husaini Irfan Bin Hazlan 

Ieda
40)  Putri nur fatin sabriena 
41)  Putra muhd saiful zahrien 

Anitadiana
42)  Aqil Darwisy
43) Nur Balqis Arisya

Fieda
44) Muhd Syahmi
45) Humaira Iman

U all jangan lupa singgah sini esok untuk tengok nama pemenang tau.. risau takut ada yang tak alert.. lusa saya dah nak balik kampung ni... (",)


Terima Kasih.. Tahun depan nak buat jugaklah (^_^)

Saya ada dapat kad raya dari rakan blogger.. U all pun banyak dapat kad raya kan... Tapi tu la, saya pulak jadi segan sebabnya orang je bagi dekat saya tapi saya tak bagi pun.. adehhhh... silap sayalah sebab tak plan awal2 kan... lagipun tahun lepas takda pulak nak dapat macam ni... tahun ni baru dapat.. tu yang baru tahu.. hihi.. 

InsyaAllah panjang umur tahun depan saya nak bagi jugaklah kad raya.. hihii.. Lagipun tahun depan kalau nak berjalan cari kad raya, takdalah penat nak bawak 'perut'.. bolehlah berdiri or berjalan lama2 .. hehhe..


Ni kad raya yang saya dah dapat.. Ikut turutan dari kiri u all yer... Kad dari Wanieys, Kad dari Dayang Deno,  Kad dari Yui, Kad dari Kak sal... Yang tengah2 tu pulak, warna biru tu dari Shida, yang warna hijau tu dari Nurul Husna.. Bawah sebelah kiri dari Abang Eqbal & sebelah dia dari Cik Rongoks @ Ika (",).. TERIMA KASIH tau sebab bagi kad raya ni semua... cantik2.. (",)


Kad raya yang beserta dengan kerongsang + apa ntah nama dia.. tak tahu nak panggil apa.. hihi.. saya dapat dari Eita sebab jadi antara yang top komentar dekat blog dia.. (",)


Yang ni pulak dari Kak Fieda.. sebab jadi top komenter jugak.. hihii... Dapat kerongsang + kepit rambut + duit raya.. kerongsang tu saya punya, duit raya & kepit rambut tu Alisha punya... Mesti Alisha suka tengok sampul duit raya sebab ada gambar Upin Ipin.. hihii.. Tak sabar nak bagi alisha tengok, sekarang ni dia tengah tidur lagi... hahhahah


Kad raya + Eye Liner + Lip Gloss + kerongsang ni saya dapat dari Myra... Ini pun sebab jadi top komentar jugak.. (",) Ohya, actually yang lip gloss + kerongsang tu, saya dah dapat lama tau.. tu kira macam siri pertama punya top komentarlah... & eye liner tu, siri kedua... (",)


Kerongsang ni saya dapat dari Cik Rose Cute... Tetap jugak disebabkan jadi Top Komentar... (",).. Hadiah2 top komentar ni maybe jadi hadiah terakhir kot.. Yela, sekarang ni saya kan dah tak aktif pergi komen.. kadang2 baca je entry u all tapi tak tinggal jejak... tunggu lepas bersalin + berpantang baru boleh aktif kembali kot (",) Apa2 pun saya ucapkan terima kasih dekat semua tau.. (^_^)



Mini Giveaway #6 : Meh komen entry ni jika anak u all umur 9 tahun ke bawah & u all ada akaun M2U

Sebenarnya dari awal puasa lagi saya dah niat nak bagi DUIT RAYA dekat anak2 u all yang bertuah dalam MINI GIVEAWAY #6 ni... Bila dah niat tu gak, tak senang duduk lah saya selagi tak buat Mini Giiveaway #6 ni... walaupun malas bukak komputer tetap paksa diri.. hihii... Ohya, bulan depan 05/09 adalah tarikh kelahiran Alisha, dengan kata lain Alisha akan berumur 2 tahun.. so, untuk Mini Giveaway #6 ni, saya ambik sempena tarikh lahir alisha... (",)

05/09 = AKAN ADA 5 ORANG PEMENANG / HANYA UNTUK ANAK2 YANG BERUMUR 9 TAHUN KE BAWAH SAHAJA... (LAHIR TAHUN 2003 & KE ATAS)...

DUIT RAYA YANG SAYA NAK BAGI TAKDALAH BANYAK TAU U ALL.. TAPI SAYA IKHLAS NAK BAGI.. SETIAP SEORANG SAYA AKAN BAGI RM 5... (",)

Cara nak join sangat mudah... 

1) Senaraikan nama anak u all yang lahir dari tahun 2003 & ke atas dekat bawah ni... Kiranya kalau u all ada 7 orang anak yang umur 9 tahun ke bawah.. tulis semua nama mereka 7 orang tu tau.. mana tau salah seorang bertuah.. (",) OHYA, HANYA NAMA ANAK KANDUNG SAHAJA... 

2) U all or suami ADA AKAUN MAYBANK... senang sikit kerja my dear nanti... tak nak susahkan my dear di bulan puasa ni... nanti dah ada pemenang, my dear akan terus je on9 masukkan duit raya anak u all tu... (Yap, saya takda akaun maybank sebab tu selalu susahkan my dear.... hihii)

3) Komen entry ni SEBELUM PUKUL 12 TENGAH MALAM INI (13/08/2012)

4) Esok (14/08/2012) saya akan keluarkan senarai nama anak2 u all.. 

5) Lusa (15/08/2012) saya akan keluarkan senarai pemenang...

HARAP U ALL ALERT DENGAN TARIKH TERSEBUT, SAYA NAK SEMUA NI SETTLE CEPAT SEBAB HARI KHAMIS SAYA DAH BALIK KAMPUNG... MINGGU DEPAN DAH NAK RAYA, SO, SAYA TAK ON9 SEPANJANG MINGGU TERSEBUT...

LAGI SATU, PADA MEREKA YANG BELUM ADA ANAK TU @ BELUM BERSTATUS IBU, MINTAK MAAF SANGAT2 SEBAB U ALL TAK DAPAT JOIN MINI GIVEAWAY #6 NI.. JANGAN KECIK HATI TAU.. MINI GIVEAWAY BULAN DEPAN NANTI, U ALL BOLEH JOIN.. BOLEH BAGI NAMA ANAK SAUDARA U ALL... JANGAN RISAU.. SAYA TAK PERNAH LUPAKAN U ALL (",)

P/s : BE ke 17 (RHB Easy Smart Card) singgah di Blog GA..

Kandungan ketika berusia 7 bulan lebih..

Pejam celik pejam celik, kandungan saya dah pun 7 bulan lebih sekarang ni... sekejap je masa berlalu kan... Bila perut dah makin besar, macam2 lah pulak ceritanya.. Walaupun kebesaran perut saya ni tak nampak macam mengandung 7 bulan tapi sakit2 tu tetap ada..

Macam sekarang, saya dah tak boleh tidur terlentang mesti mengiring... bila dah lena barulah boleh terlentang.. tu pun tanpa sedar.. heheh.. Kalau tak, saya akan mula rasa lemas.. susah nak bernafas... tengok, perut je kecik tau, tapi dah mula rasa tak leh nak bernafas.. agaknya adik alisha ni lagi besar dari alisha kot nanti.. hehehhe... Mahunya tak, tiap2 bulan naik 2 kilo kan.. adehhh... hihii... (",)

Saya tak boleh nak baring sesuka hati atas lantai.. mesti nak tilam, tapi saya tetap jugak baring atas lantai cuma kesannya, bila nak bangun tu... Tuhan je lah tahu betapa sakitnya pinggang + punggung... Duduk setempat lama2 pun dah memang tak boleh.. tu yang blogwalking pun saya memang dah sangat2 kurang sekarang ni... Tapi Alhamdulillah u all tetap jugak jenguk saya dekat sini... TERIMA KASIH (",)

Ohya, baby saya baru2 ni kurang gerak.. kadang tu dah nak senja tapi belum cukup 5 kali lagi..Saya pernah bagitahu my dear yang saya risau pasal ni kan.. my dear suruh saya bukak puasa, saya kata sayang nak tinggal... my dear cakaplah.. bukan sengaja nak tinggal, orang lain lagi banyak kene ganti... emmmm secara peribadinya, saya menjadi sedikit risau bila baby tak banyak gerak selepas dapat berita baby sepupu my dear meninggal dalam perut... baby tak gerak.. sejak tu lah saya jadi cepat risau.. Sampai saya pergi kacau baby.. bagi dia gerak.. hihii.. Ohya, puasa saya tak penuh dah u all, dah tinggal puasa... Emmm daripada saya duk risau je sepanjang hari, saya terus bukak puasa tapi tu pun, 2 3 jam lepas bukak puasa baru baby nak gerak.. mana saya tak risau kan... Apa2 pun, u all doakan saya & kandungan saya sihat walafiat sehingga dilahirkan & seterusnya yer.... (",) OHYA, U ALL JANGAN RISAU TAU, START SEMALAM, BABY SAYA DAH KEMBALI AKTIF BERGERAK...

Setakat ni itu je baru.. belum ada masalah lain2 lagilah.. Ohya, saya nak ucapkan TERIMA KASIH banyak2 dekat u all yang sudi jenguk jugak blog saya walaupun saya dah lama tak jenguk u all... TERIMA KASIH jugak kerana memahami situasi saya... Moga DIA balas segala kebaikan u all... (",)


Makan hasil tangan sendiri.. hihii

Kemalasan saya mengadap blog sekarang ni sampai dah tak tahu tahap apa dah.. memang malas sungguh2.. Kalau dulu, sehari tak tengok blog, tak keruan dibuatnya.. cewahhh... tapi sekarang tak tengok pun tak kisah... tak tau la sampai bila ada rasa camgini.. nak kene tunggu bersalin baru rajin kot... pembawaan ibu mengandunglah katakan... heheh... Lupakan pasal tu... nak story pasal alisha.. (",)


Kalau sebelum ni saya ada cerita dekat u all yang Alisha tolong saya potong sayur kan.. Bila sayur tu saya dah siap masak.. si budak kecik ni tak sabar2 nak makan.. Nasi dengan sayur je pun.. hihii.. Nasiblah anak saya ni jenis tak cerewet.. Nasi kosong pun dia boleh makan.. (",)


Nampak lazat tak sayur bayam yang alisha makan tu?.. hihii.. Alisha ni sebenarnya dia suka ratah sayur tau... Kalau bagi nasi tu, sayur habis dulu.. nasi menyusul kemudian.. hihii... Tambah berselera sebab sayur tu hasil tangan dia yang memotong.. ehhehe

P/s : Sorry dah lama tak jenguk u all.. Fuh fuhh.. pergi jauh2lah angin kemalasan...


Cara saya jaga luka jahit selepas bersalin

Sebelum ni saya dah cerita pasal teknik meneran & pengalaman saya kena jahit, hari ni nak cerita pulak pasal penjagaan luka kena jahit tu... Tapi sebelum tu kan u all, lepas kena jahit tu kan, saya selalu jugak duk tengok tempat kena jahit tu.. hihii.. bukan apa, duk intai kot2 benang terbukak semula.. hahhah... biasalah, takut punya pasal.. hihii... Sebab takut kena jahit semulalah saya jaga betoi2... hehheh.. Ohya, ketika saya nak balik dari hospital ke rumah, kalau my dear drive & ada bonggol, time tu pun aset sakit tau.. sampai saya suruh my dear bawak kereta slow je... hahha

Bidan ada bagitahu saya, jika kita nak cuci aset kita tu, guna air suam... Macam saya, saya memang guna air suam + air rebusan asam keping... Saya tak pasti samada maklong saya yang bagitahu or arwah opah saya yang bagitahu pasal air rebusan asam keping ni.. Katanya, jika cuci dengan air rebusan asam keping, luka tu cepat baik.. Emmm saya tak pasti luka saya tu cepat baik or tak sebab saya ni selagi tak cukup 40 hari berpantang selagi tu saya duk jalan berkepit je... tak nak ambik risiko kena jaht lagi hokay.. hehehhehhe

Setiap kali mandi, saya akan cuci aset saya dengan air rebusan asam keping... bila time saya rasa nak terberak ke terkencing ke, saya akan cuci dengan air suam... Ianya berlaku selama 40 hari ketika berpantang tu la.. Ohya, mandi pun, saya mandi air suam tau.. takdanya nak mandi2 air paip tu.. sejuk tu.. kembang urat saya nanti.. hehehh... Cara duduk pun kene jaga... saya takda nak duduk bersila bagai tu yer.. saya duduk bersimpuh tapi lagi elok duduk kaki kita lurus ke depan.. Bab berjalan pulak, time tu memang saya sentiasa berkepit sampai habis pantang... tak kisah luka tu dah baik or tak tapi tetap maintain berkepit.. hihii.. Selain tu jugak, boleh dikatakan hari2 saya makan ikan haruan... tak kiralah haruan masak apa.. janji haruan.. time ni, my dear & my dad mulalah duk sibuk order ikan haruan.. hihi.. Lagi satu, saya tak makan benda2 yang agak2 boleh sebabkan aset kita tu gatal.. macam telur ke.. yela, kalau gatal... macamana nak garu... hihii

Haa nak bagitahu u all jugak... benang yang jahit luka kita tu akan tercabut sendiri tau.. mula2 tu, saya punya panik kenapa benang ni tercabut kan.. dia jadi reput... hahahha.. macam poyo je saya ni.. punya takut kena jahit.. hihi... Off courselah benang tu akan mereputkan.. hihii... Tapi saya berpeluanglah untuk pegang benang yang reput tu... ada orang yang saya tanya, takda pulak perasan yang benang mereka dah tercabut (",)

Ini cara saya jaga tau.. lain orang maybe berbeza tapi ada orang siap boleh duduk bersila bagai lagi walau baru bersalin.. maybe dia tak sakit kot... (",) Nak selit sikit dekat sini, arwah opah saya pesan.. "Time berpantang, berpantang betoi2.. kesan dia, tua nanti baru nampak.. sakit sana sakit sini..".. (tiba2 rasa menyesal sebab tak ambik berat @ tak sumbat dalam otak segala pesanan arwah opah saya pasal berpantang.. so, tahun ni berpantang tanpa dapat petua dari arwah lagi..)

P/s : Selama 40 hari saya berpantang, selama tu jugak saya tak keluar rumah suka2.. hanya 2 kali keluar pergi hospital & klinik sebab alisha kena kuning...



Alisha & buku nota (",)


Alisha memang menulis di mana2 sahaja... Opssttt menulis yang saya maksudkan tu, menconteng je pun.. hihi.. Kalau dekat rumah ni, tak payah cakaplah... semua tempat semua barang nak dicontengnya... Tapi kali ni nak cerita pasal Alisha & buku nota... (",)

Baru2 ni abah dia bagi dia buku nota.. suka sangat dapat buku nota tu, ke hulu ke hilir duk usung buku nota + pen.. Normally saya nampak alisha menulis akan letak buku dekat meja ke lantai ke baru dia menulis.. tapi bila dah dapat buku nota ni... dah makin advanced pulak.. siap berlapikkan dinding untuk menulis... hahahha

Cara saya uruskan masa untuk memasak dengan cepat.. (",)

Saya ni secara peribadinya kalau buat kerja mesti nak buat cepat.. tak suka buat lambat2.. tu yang kadang2  kalau dekat kampung, kalau saya masak, orang lain semua duk depan yer.. biar saya je duk kat dapur... hihi.. Ikut perangai mak saya kut.. opsttt kalau mak saya lagilah cepat buat kerja.. saya tak dan nak kejar... hihii

Lupakan pasal tu... Saya ni jenis yang selalu je masak dekat rumah... bulan puasa ni pendek kata, hari2 masak, tak pernah bukak pose dekat luar lagi.. hihii.. Lebih2 lagi my dear memang lebih suka makan masakan dekat rumah... (",) So, kalau kami keluar pergi mana2 pun time puasa ni, balik rumah tetap kena masak walaupun sampai rumah dah pukul 6 lebih petang.. (",)

Setakat ni baru 2 kali lah keluar rumah balik pukul 6 lebih petang time berpuasa... So, time management sangat pentinglah untuk saya kan.. supaya tak tergopoh gapah.. (",) Caranya, bila kami dah plan nak keluar, saya akan siapkan semua bahan nak memasak tu awai2... Balik rumah senang.. campak2 masuk kuali & periuk siap... hihii

Kalau untuk nasi tu, saya akan basuh beras awai2 & letak dalam peti ais.. sampai rumah, terus je ambik periuk nasi tadi, tekan suis & tunggu masak... Kalau lauk pulak, saya dah siap cuci bersih2 apa yang nak di masak tu.. kalau nak masak ikan, cucilah ikan, nak masak ayam, cucilah ayam.. lepas tu simpan dalam peti ais... Sama jugak dengan sayur, potong siap2, cuci & simpan dalam peti ais... bawang merah ke bawang putih ke bawang besar ke.. semuanya dah siap dikupas kulit... bila nak masak, potong2 je la.. (",) Bila bahan semuanya dah tersedia, sampai rumah pukul 6 lebih petang, keluarkan semua bahan, campak2 dalam kuali & periuk, buat apa yang patut.. siap.. senang je kan.. hihii.. Normally, kalau saya nak masak gulai pun sempat je siap sebelum berbuka.. hihii.. Ohya, air nak rebus pun, saya dah siap2 isi dalam cerek.. sampai masa, tekan suis je.. heheh

Lagi satu, dalam peti ais saya, memang saya dah siap sediakan bawang blend & cili kering yang direbus + di blend... kalau buat macam ni, pendek kata kalau pukul 6:30 petang tu, sempat lagilah nak masak ayam masak merah... hehhehe... Sebelum bukak puasa, semua makanan dah terhidang atas meja + siap boleh goreng cucur & rehat lagi..hihii.. Emmm saya rasa semuanya bergantung pada ketangkasan kita dekat dapur jugak kot.. Tapi apa2 pun, u all yang tak pernah try cara ni, boleh je try... tak semestinya suri rumah yang keluar ber'jongket' macam ibu alisha ni je boleh try, mereka2 yang bekerja pun boleh... hihi


Pengalaman saya kena jahit selepas bersalin..

Entry ni ditulis bukan untuk menakutkan tapi untuk berkongsi pengalaman.. sekurang2nya mereka yang baru first time nak bersalin boleh bersedia dari segi mental.. (",)

Kalau sebelum ni saya pernah berkongsi dengan u all pasal teknik meneran ketika nak bersalin kan..Hari ni nak berkongsi pulak pasal kena jahit lepas bersalin.. hihii Tapi sebelum tu, saya nak tambah sikit pasal meneran tu.. nak bagitahu pada mereka yang belum pernah bersalin.. Rasa baby nak keluar sangat2 dah tu ibaratnya kita rasa nak terberak yang dah tak boleh tahan sangat2 dah... sebab tu orang kata, masa nak teran, teran gaya kita nak berak tahik keras.. hihii.. Ohya, u all nak tahu tak, masa saya nak bersalinkan alisha kan, saya siap cakap dekat bidan.. "Nurse... saya rasa nak berak sangat2 dah ni..." hahhahha.. nurse pun apa lagi, check laluan terus dia cakap, dah boleh teran.. hihii

Pasal jahit pulak, bagi saya.. Ya Allah... sakit yang amat.. lebih sakit dari nak keluarkan Alisha dari rahim ni haa.... Bayangkan, Alisha bersalin pukul 11:24 malam, tapi pukul 2 lebih pagi baru saya keluar dari labour room sebab nak jahit bawah kita tu.. Berapa kali saya menjerit tak tahu nak cakaplah... Sampai orang datang tengok... Adoiii la...

Sebelum bidan jahit, dia ada bagitahu saya.. "Letak bius sikit yer... " so, dia akan cucuk dekat bawah kita tu @ letak bius.. tapi sayangnya, walaupun dibius, saya masih terasa jahitan tu hokay..!! Terasa jarum tu dicucuk & ditarik... adehhh.. Nurse bagitahu, nak jahit tu ada 3 lapisan.. kene jahit elok.. sebab itu aset kita.. Oklah kan.. saya tak kisahlah, tapi disebabkan saya tak mampu nak tahan kesakitan, sampai 2 kali jahitan tu kena tetas semula & jahit hokay!! Saya bertahan je tanggung sakit ni, sebab nurse dah pesan awai2 tu aset kita, kena jahit betoi2... so, untuk kebahagiaan kami suami isteri, saya tahan je la.. hihi

Ohya, bidan jahit 3 lapisan kan.. 2 lapisan bahagian dalam tu sakit jugak tau tapi tak sesakit lapisan paling atas iaitu kulit kita...!! U all bayanglah, kulit semata2... adehhhh.... Pulak tu, akibat saya terangkat punggung, ada 3 tempat jahitan.. lagilah tak tahan... Saya memang kena jaga betoi2 la kan.. sebab nanti kalau jahitan tu terbukak, tak pasal2 kene jahit lagi.. oh tidakkkk..!! Anak kedua ni, tunggu bulan 11 nanti baru tau macamana pulak...hihi Opstt lain orang lain pengalaman tau (",)

P/s : Nanti2 saya ceritakan macamana saya jaga jahitan tu pulak yer.. (",)


Alisha dapat baju raya? (^_^)


Actually minggu lepas saya ada terima satu bungkusan.. rupanya daripada Wanieys (",).. Wanieys bagi hadiah sebabnya saya selalu komen blog dia.. Alahaiii segan saya, yela, wanieys pun selalu singgah sini, saya pun selalu lah jugak ke sana.. takda pulak harapkan balasan... (",)


Yang lagi buat saya segan tu, bukan setakat saya dapat tudung bawal 2 tone + kad raya tapi siap dengan Alisha pun dapat baju... (^_^)


Time ni alisha duduk atas meja, so, Wanieys takkan nampak lah labuh baju tapi ok je.. tak labuh & tak singkat.. (",)

Rezeki Alisha, selalu auntie2 bagi barang dekat dia.. hihii... Baju yang Alisha pakai ni lah baju yang wanieys bagi.. cantikkan... (",) Time ni alisha baru je lepas mandi.. so, saya bagi lah alisha try baju tu.. sekali si alisha tak nak bukak.. hahhahah


Tapi lepas je Alisha 'landing' atas meja, tiba2 dia datang dekat saya cakap "Cantik... bukak".. hihii.. dia bagitahu baju tu cantik & suruh bukak.. Sayanglah tu.. hehheh... Saya suka tengok baju ni, tak bagi pun alisha guna bawak keluar lagi sebab nak jadikan baju raya... ahhahhahahha... Boleh gitu?.. muahhaha

Apa2 pun, thanks tau Wanieys sebab bagi tudung + dress alisha + kad raya.. (",).. Ohya, u all yang belum kenal lagi wanieys ni, pergilah terjah blog wanieys tau... Serius hokay.. Wanieys memang peramah yang amat..!! Kami dah sembang2 dekat handphone pun.. hihi... Setiap jejak u all dia akan balas + Waniey ni pun rajin blogwalking tau.. (",)

P/s : Tiba2 rasa macam comel plak Alisha dengan rambut tak bersikat + masih basah... hihi (^_^)

Aktiviti bersama anak ketika di rumah.. (",)

Saya ni dekat rumah hanya berdua je dengan alisha, so, macam2lah aktiviti kami 2 beranak ni.. hihi... Tapi bukan aktiviti apa pun.. kadang2 saya yang join aktiviti Alisha & kadang2 Alisha yang join aktiviti saya... Kalau alisha join aktiviti saya, dah sah2lah aktiviti ibu2 kan.. aktiviti orang besar.. hihi... 

Normally alisha akan tolong saya time jemur baju, dia hulur baju, saya jemur... saya lipat baju, dia angkat baju masuk bilik.. saya sapu sampah, dia pun ambik jugak penyapu nak sapu.. hahhah... Tapi kali ni saya nak cerita pasal aktiviti Alisha menolong saya di dapur... (",) Saya memang galakkan Alisha buat keje2 macam ni.. bukan apa, daripada saya pikir Alisha mengacau saya lebih baik saya ajarkan... kang larang tak pasal2 pulak  menyekat perkembangan dia @ tak tersambung pulak connection tot dia tu.. hihii


Time ni Alisha tengah nak tolong potong sayur bayam.... saya ajar dia cabut2 daun tu sehelai2.. tapi boleh dekat anak saya ni.. sehelai tu dah tak jadi sehelai... dah jadi "berkeping2" dari sehelai.. muahhahha... Tapi oklah kan.. nanti lama2 pandaila kan ... (",)


Kalau alisha tengok saya potong sayur & tak bagi dia buat... siap sayur dalam peti ais... dengan sayur sawi dia main koyak2 camtu je... gaya macam sayur bayam... hihi


Lagi satu alisha suka kupas kulit bawang... bawang putih, tapi bukanlah kulit yang melekat dekat bawang tu.. kulit yang dah ala2 nak tercabut tu.. hihii Yela, dah saya bagi dia kupas guna tangan je kan.. itu je lah cara dia.. nanti dah besar & dah reti, baru boleh ajar guna pisau.. hihii (",) Selain tu, Alisha pun suka tumbuk lesung batu tau u all.. kalau saya nak tumbuk apa2.. mesti kene bagi dia tumbuk jugak.. beria.. heheh Tapi normally benda2 selain cili la.. (",)

Ada sape2 nak jadikan alisha menantu ke?.. muahhahahha


Pengalaman budak Setahun 11 bulan @ 23 bulan tindik telinga (",)

Hari Sabtu baru ni, akhirnya kami ambik keputusan untuk tindik je telinga Alisha... Pikir2 balik kalau dia nangis pun sekejap je.. Lagipun sekarang ni telinga dia tengah lembut lagi kan... so, tindik je la.. kata nak melaram dengan subang emas raya nanti... muahhahhaha



Ambik gambar dari blog Kak Sal... (",)

Inilah "pistol" yang digunakan untuk menembak telinga alisha tu.. hihii.. Ohya, dia letak subang siap2 dekat pistol tu tau... Sebelum ni saya ingatkan, tebuk lubang dulu lepas tu baru pasang subang, rupa2nya tembak je, terus subang terlekat dekat telinga.. hihi

Meh nak story pasal Alisha ni... Masa mula2 nak tindik sebelah kanan tu, Alisha ok je.. siap pilih subang mana dia nak.. maklumlah, time tu dia tak sedar motif dia kene pilih subang tu... tu yang beria je memilih.. muahahahhah.. Orang kat kedai tu, mula2 tandakan dengan marker dekat telinga alisha yang nak ditindik tu & sembur dengan apa ntah... dia sejuk2 sikit.. pengganti bius la lebih kurang... lepas tu apa lagi.. terus je "pop".. telinga alisha kene tindik.. (",)

Mula2 tak menangis pun, Alisha seolah2 terdiam sekejap.. bila semua orang tegur dia cantik + bagus... "huwaaaa".. terus menangis... baru sedar telinga kene tindik... ahhahhah.. Bila nak tindik sebelah kiri pulak, jangan harap alisha nak bagi lagi yer... terus dia peluk saya kuat2.. dia dah taknak tindik.. hahhahhaha

So, saya pun bawaklah Alisha pergi kedai, beli makanan.. bila masuk semula kedai emas dekat Central Square tu, alisha ok je gelak2 tapi bila nampak je "pistol" tu, terus dia peluk saya kuat2.. hihi... Last2 kami pun apa lagi.. buat secara paksalah.... pegang alisha kuat2 terus tembak... Lepas tu menangis sekejap & terus diam, takda nak menangis beria pun.. kiranya alisha menangis sebab takut tengok pistol bukan sebab sakit... (",)


Orang dekat kedai tu suruh saya sapu minyak gamat dekat telinga Alisha.. so, hari2lah saya sapu... 3 4 kali sehari sapu... risau gak saya pun, kang bernanah kang.. sian pulak.. Lebih2 lagi si alisha ni plak suka bab2 'belai' diri dia tu.. kalau saya tak sapu, dia yang suruh sapu minyak... hihi.. Ohya, time nak pakaikan baju or lap badan dia dengan tuala kan, kena hati2lah, takut kene telinga sebab masih baru kan... kadang2 alisha ada gak bagitahu sakit... 


Sekarang ni, sikit2 alisha akan pegang telinga dia... hahhah.. Opsttt pegang subang dia.. hihi.. Agaknya dia masih belum selesa kot... dia rasa macam ada sesuatu dekat telinga dia... Ohya, tapikan u all, kami terperasan yang macam tindik telinga alisha ni tak sama tau.. tapi tu kalau tilik la, tengok biasa2 langsung tak perasan.. tu pun, dah 2 hari baru kami perasan... (",)

Ohya, kalau u all nak baca pengalaman anak Kak Sal tindik telinga, boleh KLIK SINI.. anak kak sal lagi besar dari alisha lah.. Alisha ni belum pun umur 2 tahun tapi anak Kak Sal lebih dari tu la... dah sekolah pun.. (",) Mana tahu u all nak tindik telinga anak2 u all yang sebaya Alisha or anak Kak Sal, bolehlah ambik pengalaman kami.. hihi

Alisha sayang Baby... (",)

Hari ni saya memang malas nak buat entry sebab nak habiskan blogwalking yang berlambak2 lagi tu.. adehhhh... Sekarang ni jadi tak larat betoi nak mengadap komputer lama2.. lebih2 lagi kandungan ni makin membesar.. pulak tu, perut asyik menegang je.. baby makin aktif... lagilah menjadi2 tak larat tu... (",) Cerita Alisha sangat2 banyak yang saya belum coretkan lagi dekat sini.. insyaAllah esok baru mula entry macam biasa yer.. hihi

Hari ni entry saja nak melepaskan "gian" mengadap blog.. hahhahha... Nak cerita pasal Alisha malam tadi.. Saya ni dah ngantuk + dah tidur pun tapi si budak kecik ni tak ngantuk2 jugak lagi.. so, saya pun apa lagi, tepuk2lah dia nak bagi tidur jugak... Tapi alih2 dia boleh terpandang perut saya yang terselak baju tu & daripada tengah baring tu.. terus dia terpa ke arah perut saya cakap "baby.. baby" sambil usap perut saya & kiss... hahhahah

Alisha ni memanglah u all.. pantang nampak perut saya.. cepat2 usap & kiss.. hihi... Tapi saya sendiri pun secara peribadinya setiap hari bagi Alisha usap perut saya, & time Alisha usap tu saya cakaplah... "Baby, ni kakak Alisha... Kakak Alisha sayang baby... Kakak Alisha tak sabar main dengan baby..".. Time ni, memang kerja Alisha tersengih2 je la.. hihii 

P/s : Dah tindik pun telinga Alisha hari Sabtu baru ni.. Nanti baru story.. (",)


Teknik meneran yang betul...

Entry ni bukan nak takutkan u all tapi berkongsi pengalaman supaya u all boleh buat persediaan mental & fizikal.. (",)

Nak berkongsi dengan ibu2 yang bakal bersalin.. lebih2 lagi anak yang pertama.. yang belum ada pengalaman meneran... Saya pun tak tahu sangat tapi saya guna tips ni ketika nak bersalinkan Alisha dulu.. (",).. Ohya, saya bersalinkan alisha adalah 2 3 kali or 3 4 kali teran kot.. (",)

Ketika kita nak meneran tu... Kalau boleh biarlah kita angkat kepala & biarkan sampai dagu mencecah dada.. mata kita tu pulak tengok ke arah perut sambil tangan kita tu pulak pegang keting @ bahagian yang dekat dengan buku lali kita tu (time ni kaki kita mengangkang)... 

Ohya, ketika teran tu jangan keluarkan suara, nanti tenaga u all tak cukup untuk teran... kalau susah sangat, ambil sapu tangan letak dekat mulut, bila rasa nak menjerit tu, gigit sapu tangan tu kuat2.. (",) Jangan sesekali angkat punggung, nanti ia akan menyebabkan vagina kita tu terkoyak dengan lebih banyak... Baca selawat or bismillah or apa2 je & teran sekuat hati.. 

Ohya, bila bidan or doktor suruh teran baru teran tau.. normally, bila ada contraction baru mereka suruh teran.. (",).. Lagi satu, kalau boleh, ajaklah suami kita teman kita ketika di bilik bersalin tu... bagi semangat untuk kita teran anak mereka...hihii.. Macam saya dulu alhamdulillah, walaupun my dear seorang yang takut darah tapi tetap menemani saya... ketika saya tengah meneran tu, my dear usap2 rambut saya sambil cakap "Ina, push lagi ina.. push lagi.."... Dengar suara my dear je, terus lagi bersemangat nak teran kuat2... hehhehe

Mesti ada antara u all yang baru nak bersalin anak pertama, tak paham dengan maksud JANGAN ANGKAT PUNGGUNG tu kan.. bukan apa, serius, saya sendiri dulu ketika belum bersalin, memang tak paham.. tapi bila dah merasai kali pertama, baru paham.. hihii..

Jangan angkat punggung tu, dengan kata lain, ketika u all nak teran tu, tolakkan punggung tu ke arah tilam.. jangan terangkat ke arah atas... sebenarnya, terangkat ke arah atas tu, bukanlah bermaksud, semua bahagian punggung kita tu tak sentuh tilam.. terangkat secoet tu pun dikira kita dah angkat.. (tak reti nak explain..hihii) ini pengalaman saya.. terangkat sikit je, walaupun pada hakikatnya saya rasa macam saya tak angkat pun.. tapi ambikkkk 3 tempat terkoyak hokayy... dengan kata lain.. 3 tempatlah saya kena jahit... adehhh...

Untuk pengetahuan u all jugak, bidan or doktor tak terus je potong "aset" kita tu tau.. tapi dia bagi can u all teran dulu.. jika laluan tu kecik & takut baby lemas.. baru mereka akan potong... Saya dulu kena potong... serius saya terasa + dengar bunyi "aset" kena potong... tapi lepas tu, terus dapat teran dengan senang... Alhamdulillah.. pengalaman bersalinkan Alisha takdalah sakit sangat bagi saya TAPI pengalaman kena jahit tu... Ya Allah... tak tahu nak cakap macamana.... Nantilah, saya story pasal kene jahit tu pulak yer... hehhe

P/s : Makan buah kurma banyak2 + air zam2.. InsyaAllah senang bersalin.. Lagi satu, mintak maaf dengan semua orang.. lebih2 lagi suami kita (",)


Untuk tatapan kami 3 beranak di masa hadapan...

Entry ni saya coretkan dekat sini sebagai untuk tatapan kami 3 beranak.. bukan apa, nanti dah tua, nak cerita balik dekat Alisha pasal ni.. takut tak ingat.. dah tua lah katakan time tu.. hihi


Arwah opah saya @ moyang Alisha meninggal hari Khamis minggu lepas (26/07/2012) pukul 3:04 petang.. Kami sampai Chemor lebih kurang pukul 10 lebih malam... jalan dekat Penang tu jammed la pulak... Arwah meninggal ketika berusia 79 tahun 4 hari... Sakit tua... Ohya, lebih kurang sebulan lebih sebelum pemergian arwah, baru kami tahu yang arwah ada ketumbuhan dalam hidung.. start dari tu lah  arwah jadi tak larat... 

Tapi ketika arwah sakit, dia bukannya terganggu akibat ketumbuhan tu tapi akibat GASTRIK yang melanda... Arwah tak boleh makan.. dalam badan penuh angin.. bila makan je, angin tu menolak kembali makanan tu keluar... Arwah sampai kurus kering... dahla memang arwah ni kurus kan.. bila sakit bertambah kuruslah.. lagipun dah tua kan.. TAPI alhamdulillah, walaupun arwah sakit, dia tetap mampu menunaikan solat + masih mengingati bacaan2 ketika solat... (",)...

________________________________________________________________________________

Patutlah 2 3 hari sebelum arwah meninggal, Alisha tidur tak lena... dia nampak resah je... kejap guling sana, kejap guling sini... time tu dalam hati saya memang dah terdetik, pasti akan berlaku sesuatu dekat opah nanti... Yela, anak2 kita kan dapat merasa semua ni, cuma kita je perlu pandai mengetahui hint2 dari anak2 kita tu.. (",) Selain tu, alisha jugak dari jenis yang makan banyak tiba2 2 3 hari tu jadi takda selera makan... nasi yang jadi makanan wajib dia tu pun, tiba2 dia tak nak.. 

Ohya, TERIMA KASIH jugak untuk Alisha sebab jadi anak yang sangat bagus ketika kami di rumah arwah.. Kalau sebelum2 ni, alisha setiap kali balik kampung, mesti dia akan menangis sebab takut orang ambik dia.. 2 3 jam lepas tu baru dia akan ok.. Tapi masa orang ramai2 dekat rumah arwah tu, Alisha langsung tak buat perangai... sangat baik.. semua orang dia nak.. tak kisah siapa nak dukung dia.. sampai kaum kerabat saya pun tegur perubahan Alisha masa tu... hihii.. Memang betoi2 memahami situasilah Alisha ni... hehhe... Kakak yang baik.. (^_^) 

Opssttt terlupa lagi satu, dekat kubur pun Alisha baik je.. bila nak balik tu kan, tak sangka yang Alisha boleh cakap.. "Nyang.. ambik".. sambil tunjuk ke arah kubur.. kira macam Alisha nak suruh bawak balik moyang dia jugak lah... Alahaiiii... bila moyang dah takda, baru Alisha nak sebut Nyang... sedangkan selama ni, ketika arwah masih sihat.. sekali pun alisha tak pernah sebut...

________________________________________________________________________________

Sejak kami kahwin, ini adalah 'pemergian' yang pertama dalam family saya... First time jugak saya tengok my dear membantu menyempurnakan pengebumian.. Tiba2 saya rasa macam bangga dapat suami macam my dear.. walaupun dia hanya sekadar cucu menantu tapi my dear pun antara mereka yang mengusung jenazah masuk ke dalam van jenazah + my dear jugak antara mereka yang mengambus kembali lubang kubur tu... Tidak berkira dalam mengeluarkan tenaga walaupun ketika berpuasa... lepas settle semua tu, memang my dear letih la kan.. 

Tapi pe2 pun, serius saya terharu sebab kalau dekat rumah, saya mintak tolong, my dear selalu cakap malas... ahhahha... yela, dah suruh buat kerja rumah, bukan kerja dia.. memanglah dia malas kan... muahhahhah... Ohya, sempat jugak my dear cakap "lepas ni tak dapat dahlah minum air kopi yang opah buat"... Alahaiiii... emmm yap, memang setiap kali kami balik Chemor akan pergi melawat arwah & arwah akan hidangkan kopi.... Haa lagi satu, my dear pun sanggup menahan mata hingga pukul 1 lebih pagi dengan membaca yassin di sisi arwah...

________________________________________________________________________________

Ketika arwah sakit, arwah memang nak semua anak2 dia sentiasa ada disisinya... Alhamdulillah jugak arwah dikurniakan anak2 yang sangat2 mengambil berat tentang ibunya... Anak yang duduk luar Perak pun, setiap minggu akan balik habiskan masa disaat2 arwah memerlukan... Anak2 yang tinggal dekat Perak, tiap2 hari datang jenguk + gilir2 jaga arwah... Ohya, ketika sakit, arwah duduk rumah anak2... bila makin hampir dengan ajal baru arwah mintak nak balik duduk dekat rumah sendiri.. Alhamdulillah jugak, sebelah rumah opah, rumah Pak Long saya, so, arwah opah tinggallah dekat rumah paklong...

Syukur sebab ketika pemergian arwah, semua anak2 + menantu2 + cucu2 berada di sisi arwah.. kecuali kami yang duduk luar perak ni.. macam saya ni ha.... tak sempatlah berada disisi arwah ketika tu kan.. tapi tetap bersyukur sebab minggu sebelum arwah meninggal saya dah balik jenguk arwah... Arwah ada tanya abah "Kakyong & Nazren(adik saya) mana..? lama tak tengok..."... sayu dengar abah bagitahu.. nasib sempat jumpa.. Arwah siap cakap "Kakyong lainkali kalau datang tengok opah, jangan bawak apa2... opah tak nak.. cukup kakyong datang tengok opah je"..


Tindik telinga untuk budak besar Alisha ni sakit tak yer?..

Dekat entry sebelum ni, saya ada bagitahu u all yang saya nak tindik telinga Alisha kan... tapi tu la, nak tahu jugak, sakit tak ek kena tindik..?.. saya betoi2 dah lupa, saya tindik telinga saya dah lama tapi rasanya takdalah sakit sangat kot... biasa2 je, ala2 kita cucuk tu je kot... tapi ntahla, dah lupa plak.. hihi

Saya si ibu ni biasalah, kadang2 tu anak takda pa2 tapi terover takut lebih.. anak rileks je.. hahahha... Macam masa nak SUNAT alisha dulu... habis orang saya telefon tanya macamana nak sunat.. anak kita akan menangis or tak.. nak kencing pedih or tak.. kalut betoi saya time tu.... hihii

Tapi bila doktor SUNAT je Alisha.. sikit pun budak kecik tu tak berbunyi + tak bergerak langsung... betoi2 bagi kerjasama... hihii.. So, u all yang ada pengalaman tindik telinga anak, kongsilah dengan saya... berapa lama ambik masa nak tindik? Anak u all menangis tak?.. Lepas tindik apa berlaku ek.. terus boleh pakai subang ke or nak kene ambik masa berminggu baru boleh pakai.. ke macamana?... (",) Ada letak bius tak ek?.. hihii.. Ada effect apa2 tak?.. Ada bagi ubat sapu letak dekat telinga tak?

P/s : Semua jejak saya balas kemudian yer... (",)


Peralatan doktor yang mengerikan..

Alisha ni dia suka main doktor2 tau..  bukan setakat main guna mainan doktor2 dia je.. tapi siap dengan barang dekat dapur tu pun dia pergi angkut.. hihi


Pandai pulak si alisha susun kelengkapan untuk 'rawatan' dia tu atas kerusi.. hehe


Antara peralatan yang doktor alisha guna ketika merawat pesakit... hihii... Ada berani nak suruh alisha buat rawatan?.. muahahahha


Alisha dah mula mengambil senduk.. lepas tu diketuk2nya belakang ibu dia.. tapi bukan ketuk kuat tau.. ketuk2 manja je la.. hihii... Eh, tapikan u all.. bila alisha ketuk2 belakang saya, tiba2 saya rasa macam sedap pulak.. hilang lenguh... macam kena urut... hihii... Sampaikan bila alisha berhenti, saya siap suruh dia buat lagi... hahahhah

P/s : Tengah2 taip entry ni, sekali alisha terpandang gambar dia dekat entry ni, terus dia ke dapur ambik senduk & datang mengetuk belakang ibu dia... hahah

Dah besar rupanya anak saya ni.. (^_^)

Saya ni kadang2 rasa terharu dengan Alisha pun ada.. Yela, kadang2 tu dia macam paham betoi dengan kata2 saya selama ni.. Kadang2 tu rasa macam "Dah besar rupanya anak saya ni"... hihi.. Nak cerita pun tak reti... bagi contoh lagi senang paham kan.. (",)

Macam semalam... Alisha nak tengok video dekat komputer tapi masalahnya, saya bukak bukak yang ni dia tak nak, bukak yang tu dia taknak.. last2 dia terus menangis & baring atas lantai... Saya pulak time tu, dah la dengan mengantuknya.. dengan tak laratnya tapi si budak kecik ni boleh pulak pergi nangis... saja nak uji kesabaran saya lah tu... (",)

Tapi macam biasalah... saya takda nak tengking2 or pukul2.. cuma saya cakap "Alisha, DIAM" tapi nada saya sebut diam tu bukanlah nada yang lemah gemalai yer tapi nada yang keras... dengan kata lain sebutan DIAM tu, saya TEKANKAN sikit... volume suara tetap slow macam biasa cuma sebutan keras... (tak tahulah u all paham or tak... hihii)...

2 3 kali saya sebut macam tu, dari Alisha menangis yang tak hengat dunia tu, terus je beransur2 slow & diam... lepas tu saya ambik dia letak atas riba saya sambil saya usap rambut dia + kiss, saya cakap "Alisha budak baik.. kenapa nak menangis?.. Bukan ada sesiapa pun buat dekat Alisha.. Alisha sayang ibu kan.."... (peluk + cium + "berkata2 @ bagi nasihat @ psiko" adalah perkara yang saya akan lakukan setiap hari dekat alisha).. (",)

So, apa yang buat saya terharu adalah bila saya cakap DIAM, Alisha terus diam.. dia takda nak lagi berteriak kuat2.. hihi.. Kiranya, Alisha pahamlah apa yang saya selalu nasihat @ psiko dia selama ni... kiranya macam tengah2 menangis tu tiba2 Alisha ter'flashback' baliklah apa yang saya cakap selama ni.. hihii... Lagi satu dia tahu, dalam kelembutan ibu dia terselit ketegasan... (",)

Ohya, memang setiap kali Alisha buat sesuatu yang "memenatkan" saya, saya akan cakap "Alisha budak baik, jangan buat bla bla bla.."... Yela, orang cakap, setiap yang keluar dari mulut kita, lebih2 lagi seorang ibu adalah satu doa... so, secara tak langsung, saya doakan Alisha jadi budak baiklah kan... hihii... Kesimpulannya, Alisha dah besar & dah boleh jadi kakak... hahahh *tiba2... hihiii (",)

P/s : Kalau datang angin kus2 dia.. menangis tak hengat jugak... hehheh


Telefon rumah yang dah jadi telefon mainan Alisha.. (",)

Dekat rumah kami di Sungai Petani ni takda telefon rumah pun tapi kalau balik rumah my parent adalah telefon rumah tu... 2 port yang Alisha suka dekat rumah opah dia ni, dekat komputer & dekat telefon.. (",)



Aksi Alisha sedang mendial nombor telefon... hihii.. Ohya, jangan tak tahu, siap dia buat loudspeaker lagi... bila dengan suara "Nombor yang anda dial tiada dalam perkhidmatan"... cepat2 si alisha ni angkat telefon & sembang... hahahhhah


Siap melentok2 lagi kepala... hihi


Ohya, kadang2 tu, dia siap bagi telefon tu dekat bear yang ada dekat depan dia tu suruh cakap telefon jugak... hahhah

Alisha ada gigi taring tau.. so, jangan main2 dengan Alisha.... hihii

Dekat hidung alisha tu merah2 pasal dia garu..

Siapa ada gigi taring cepat tunjuk.. hihii... U all perasan tak dalam gambar atas tu nampak gigi taring alisha 2 batang bahagian bawah..? Yang u all nampak baru 2 batang tapi alisha ada 4 batang.. 2 atas & 2 bawah... hahahha... Alisha ni ada gigi taring mesti sebab ikut saya kot.. TAPI walaupun macam tu, GIGI TARING ALISHA LAGI TAJAM TAU.. so, jangan main2 dengan alisha yer... muahahhahha

Tiba2 teringat kisah silam saya zaman sekolah dulu.. biasalah, budak2 lelaki kan suka mengacau.. saya selalu kene mengata pasal gigi taring saya ni.. hahhaha.. Ohya, sebelum2 ni, saya tak perasan pun alisha ada gigi taring walaupun hari2 saya & alisha main doktor2.. doktor gigi.. hihii... Yang boleh buat saya perasan tu selepas my dear bagitahu minggu lepas... alert jugak my dear ni kan... hihii

P/s : Terlebih rajin sampai 5 entry + dah habis balas jejak yang tinggal komen.. hihii


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...