Memuatkan ...

Pengaruh Upin Ipin...


Alisha ni memang suka sangat dengan cerita Upin Ipin ni... bila tengok dia bukan reti diam.. habis dengan kita2 ni dia ajak tengok jugak Upin Ipin.. hihii... Hari2 duk cakap "pin.. pin"... *singkatan Upin Ipin.. hihi..

Saya perasan banyak benda jugak yang Alisha belajar dari cerita Upin Ipin ni.. words pun dia banyak belajar dari cerita Upin Ipin ni jugak.. hihii... Tengok macam gambar atas tu... Kawan2 Upin Ipin bersenam, dia pun bersenam jugak.. angkat kaki sebelah jugak.. hahahhah...

Lagi hebat, time Upin Ipin nak berlumba.. dia sibuk tepuk tangan + cakap "Cepat.. cepat"... hahhaha.. Excited betoi Alisha ni tengok... siap bagi sokongan.. hehehh.. Lagi satu yang Upin Ipin tu baca doa bukak puasa... Dia pun tadah tangan baca jugak.. Tapi yang best tu.. saya hanya paham Alisha sebut pangkal & hujung je... tengah2 saya tak paham.. hihii.. Yang saya paham "Allahumma................... Amin"... hihii

Bagus jugak cerita Upin Ipin ni kan, bahasa yang dia guna pun senang untuk anak2 belajar + semuanya ok.. takda nak pengaruh anak kita benda yang bukan2... Siap Alisha pandai baca doa bukak puasa... muahahhahhah.. Sebenarnya banyak lagi apa yang Alisha belajar dari cerita Upin Ipin ni, tapi tu la, time nak tulis, tak ingat la pulak.. time tengah tengok Upin Ipin dengan Alisha tu, ada je idea datang.. hihii... Tapi ni pun dah cukup panjang entry ni kan... eloklah saya stop.. muahahhaha

P/s : Semua jejak dibalas kemudian.. saya pergi checkup di Klinik Ibu & Anak..

P/s : Pemenang terbaru MINI GIVEAWAY #5 masih jugak belum bagi detail.. jika sehingga pukul 12 tengah malam ni masih gagal berbuat demikian, esok nama pemenang baru akan dikeluarkan.. (^_^)

Tips tingkatkan traffic blog?


Adik Deno tanya saya pasal ada tak tips untuk tingkatkan traffic.. Macam tersalah orang je Deno ni tanya.. hahah.. yela, sepanjang setahun 5 bulan saya berblog, UV harian saya hanyalah 400++ or 500++.. kadang2 bolehlah sampai 600++.. Kalau Sabtu & Ahad tu lagi sikit.. 200++ je... hiihii.. Traffic saya pun yang ado.. camne nak bagi tips.. muahhahhah

Apa2 pun, meh sini saya nak cerita sikit tentang sejarah UV @ traffic di blog saya... ketika saya mula2 berblog.. mana ada siapa yang nak baca.. kecuali biras saya & my dear.. hahha... UV jangan cakaplah, dah sah2 kurang dari 10 kan.. hihii.. Lepas tu, naik jadi hampir 50.. lepas tu naik jadi hampir 100.. lepas tu 100++.. 200++.. 300++.. 400++ & sekarang ni 500++.. tu pun selepas setahun 5 bulan berblog baru dapat UV 500++.. hihi

Mula2 sekali, nak naikkan UV or tingkatkan traffic + nak bagi orang tahu tentang kewujudan blog saya adalah saya banyak join segmen + blogwalking.. (NAK TAHU LEBIH, KLIK SINI) Kiranya masa mula2 berblog, saya mencari orang untuk follow blog sayalah... dengan kata lain, bila orang follow kita & terbaca pulak tajuk entry kita dekat dashboard mereka, so, secara tak langsung maybe tajuk entry kita tu boleh menarik minat mereka untuk terjah blog kita..

Seperti yang saya pernah bagitahu sebelum ni, saya memang selalu blogwalking & balas jejak... dari situ jugaklah saya dapat ramai kawan yang selalu datang baca entry saya.. Kalau kita baik dengan orang, kalau kita ramah dengan orang, pasti orang pun akan baik + ramah jugak dengan kita.. dengan kata lain, mereka pasti akan sentiasa jenguk blog kita bertanya khabar... Tak update blog je, mesti ada yang bertanya mana kita menghilang.. so, itupun secara tak langsung.. bila orang masuk je blog kita.. traffic kita pun akan meningkat jugak.. (",)

Tapi kalau deno nak traffic tinggi2 tu rasanya, kena guna teknik SEO la kot.. akak tak reti semua tu + malas nak ambik tahu sebab nak tulis cerita anak2 + diri sendiri je dekat blog ni.. hihii (",)

*AKAK SUKA DENGAN ENTRY DENO SEKARANG NI.. ENJOY DENGAN LIFE DENO WALAUPUN DENO SAKIT.. DENO KUAT SEMANGAT.. BEST JE BACA..  (",)*



P/s : Saya tetap pentingkan sikap ramah tamah @ komunikasi 2 hala perlu ada untuk dapatkan pembaca setia.. (",) Tapi kalau blogger yang dah otai, tak balas kunjungan pun orang tetap datang blog mereka.. hihii

P/s : Petang ni saya pergi klinik ibu & anak, so, jejak dibalas kemudian yer... (",)

Semalam cashout, hari ni dapat BE baru.. (^_^)


Alhamdulillah... memang betoi2 rezeki Alisha & bakal adik Alisha la nampaknya... semalam saya baru je cashout Nuffnang.. Tak sangka pulak hari ni terus dapat BE baru... Alhamdulillah.. bersilih ganti BE... Moga ada rezeki saya guna duit ni untuk beli katil dekat bakal adik Alisha nanti.. (",)

Sempat lagi kumpul earning ni.. InsyaAllah bakal adik Alisha lahir bulan 11.. ada lagi 3 bulan... (",) Opssttt katil baby normally harga dia berapa RM ek?.. sekarang ni kalau ikutkan duit Nuffnang (cashout kali ketiga & keempat) baru ada RM200... Ohya, BE terbaru adalah BE VW HARI RAYA 2012 (BE ke 16).. BE ni terletak dekat bawah entry... 

P/s : Di entry sebelum ni, Abey Mirul ada komen pasal pendapat dia cara nak dapat BE.. 

Pemenang baru untuk MINI GIVEAWAY #5

Sehingga pukul 12 tengah malam, malam tadi, hanya seorang sahaja pemenang 'menyerah diri'.. no 77 tidak dapat berbuat demikian... emmm takpalah.. mungkin dah tertulis bukan rezeki dia.. So, ketika sahur tadi, Alisha telah cabut nama pemenang yang baru... Pememang yang baru adalah...


Saya bagi tempoh sehingga pukul 12 tengah malam ini yer (31/07/2012).. Jika pemenang ini pun gagal berbuat demikian, esok akan keluar nama pemenang yang baru... (^_^)

P/s : Hadiah untuk GA Shida & Mini Giveaway #5 yang dah bagi detail, hari ni saya pos shawl kamu berdua yer (",)

Cashout Nuffnang selepas sebulan...


Alhamdulilah rezeki Alisha & adik... bulan lepas saya dah cashout Nuffnang RM 135.28, tak sangka pulak bulan ni berpeluang lagi untuk cashout... ingat kene tunggu 2 3 bulan baru dapat cashout lagi.. (",)

Memandangkan BE Toyota Vios Improvement dah pun bertukar jadi ME... dapatlah kumpul RM36.69... tu yang boleh cashout tu.. nak harap duit hasil klik je memang susahlah kan.. (",) Sekarang ni blog utama dah takda apa2 BE... Harap2 Nuffnang akan bagi BE baru.. hihii

So, sekarang ni saya tengah tunggu 2 cek dari Nuffnang... Bulan lepas + bulan ni... total RM200.32... (",)

P/s : 2 orang pemenang MINI GIVEAWAY #5, masih belum 'menyerah diri'... jika sehingga pukul 12 tengah malam ini, masih jugak takda, esok, saya akan umum pemenang baru...


Kebaikan memakan buah kurma bagi kanak-kanak

Sebelum ni saya pernah cerita dekat u all yang Alisha suka makan buah kurma kan.. sekali hadap 2 3 bijik.. tapi sekarang ni lagi hebat... sekali hadap sampai 6 7 bijik kurma... dah gaya macam makan nasik pulak.. tak kenyang tak berhenti.. hehhe... Agaknya sebab dari dalam kandungan lagi kot alisha dah biasa makan kurma, tu yang sekarang ni suka sangat dengan buah kurma.. (",)

Saya pernah buat entry pasal khasiat kurma untuk Ibu mengandung, untuk mereka yang tak mengandung & pengalaman saya makan buah kurma kan... So, hari ni, nak cerita pasal kebaikan memakan buah kurma bagi kanak-kanak pulak.. (",)

Buah kurma ni sangat2 lah banyak kebaikannya.. Kalau anak2 kita makan buah kurma, ia dapat membantu anak2 kita dalam menguatkan daya tahan tubuh, meningkatkan stamina, menggalakkan pertumbuhan tulang & membentuk minda anak2 yang cerdas.. Buah kurma jugak mampu membentuk anak2 kita berperibadi luhur... So, jika anak2 u all suka makan kurma, teruskan bagi mereka makan..

Jadikan buah kurma sebagai snek untuk mereka... Jangan risau pasal buah kurma ni manis.. kerana buah kurma takkan menyebabkan kita kencing manis pun.. (",) Dari segi perubatan, amalan memakan buah kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko kita diserang penyakit kronik seperti jantung & kencing manis (",)

Ohya, ambik sebijik kurma setiap hari, sudah cukup untuk memberi tenaga kepada kanak2 yang sedang membesar (",)


Perut mengeras... kontraksi?

Hari ni, ketika saya tengah baring2 sebelah Alisha tadi, perut saya asyik mengeras je... keras lepas tu ok.. lepas tu keras balik lepas tu ok balik... adoiiii... kenapa yer... tiba2 pulak jadi risau... Janganlah kontraksi... baru 6 bulan setengah ni... 

Untuk pengetahuan u all, bahagian mengeras tu bukan keseluruhan perut tau.. tapi dari pusat ke bawah.. kiranya dari pusat ke atas tu ok la... ianya berlaku ketika saya baring.. setakat ni, ketika saya berjalan, belum mengeras lagi...

Baby tetap aktif bergerak macam biasa... takda apa yang pelik cuma perut je la yang mengeras... kenapa yer?.. U all ada pengalaman macam ni tak?... Ohya, tempoh setiap kali dia mengeras tu sekejap je, dalam beberapa saat je.. Sekarang ni saya masih lagi maintain puasa macam biasa...

Doakan saya & kandungan selamat yer u all... harap2 takda pe2.. 


Pemenang MINI GIVEAWAY #5

Mula2 sekali saya nak ucapkan TERIMA KASIH atas ucapan salam takziah dari u all sempena pemergian arwah opah saya @ moyang Alisha... Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.. (",) Yang kedua, saya nak ucapkan TERIMA KASIH jugak sebab sudi join MINI GIVEAWAY #5... Yang ketiga, MINTAK MAAF sebab lambat umum pemenang.. sesungguhnya, kita hanya mampu merancang tapi DIA yang menentukan segalanya... (",)

Tak nak berlengah lagi, dua nombor yang Alisha cabut undi semalam ialah...


Di harap 2 pemenang ni dapat bagi maklumat diri dekat komen box entry ni SEBELUM PUKUL 12 TENGAH MALAM INI (30/07/2012).. Jika tidak dapat berbuat demikian, esok saya akan umum pemenang yang baru... (^_^)


URGENT : PENGUMUMAN..!!

Entry ringkas... saya tak dapat balas jejak or umum pemenang MINI GIVEAWAY #5 esok... Opah saya @ moyang alisha baru meninggal kejap tadi... Kami akan balik Chemor... SOrRY...

Senarai nama peserta Mini Giveaway #5

STICKY

Untuk semua peserta MINI GIVEAWAY #5, sila semak link blog u all ada or tak yer.. Saya bagi tempoh sehingga pukul 7 malam ni.. Jika takda apa2 pembetulan, Alisha akan cabut undi malam ni & esok saya akan umumkan pemenang.. (",) 
  1. http://kasihterciptasuarahatiku.blogspot.com/
  2. http://idazaidi.blogspot.com/
  3. http://ayueazruladam.blogspot.com/
  4. http://mylovely-fieda.blogspot.com/
  5. http://mamaieyda86.blogspot.com/
  6. http://msredcheesecake.blogspot.com/
  7. http://normj1001.blogspot.com/
  8. http://mamalynnthestoryteller.blogspot.com/
  9. http://chintahati81.blogspot.com/
  10. http://haryatifaizal.blogspot.com
  11. http://mujadafewa.blogspot.com/
  12. http://nusha1706.blogspot.com
  13. http://angahsyg.blogspot.com/
  14. http://mycadburychocolateblog.blogspot.com/
  15. http://mimialya1.blogspot.com/
  16. http://momma2aa.blogspot.com/
  17. http://ayut-akumanusiabiasa.blogspot.com/
  18. http://iedaherbs.blogspot.com
  19. www.shiemacma.blogspot.com
  20. http://syawalsimpsons.blogspot.com
  21. http://akulerpinky.blogspot.com/
  22. http://nurazizahyahaya.blogspot.com
  23. www.ecadwinkyasha.com
  24. http://cintahati-dielamanja.blogspot.com
  25. http://ieedaz.blogspot.com
  26. http://st0ryab0utprincess.blogspot.com
  27. http://bukandua.blogspot.com
  28. http://serakserakbasah.blogspot.com/
  29. http://zakiepurvit.blogspot.com
  30. http://farra-izzaty.blogspot.com/
  31. http://kanokino.blogspot.com/
  32. http://starfleet2208.blogspot.com
  33. http://eira-shamiera.blogspot.com/
  34. http://www.emarieys.com
  35. http://giveaway-only.blogspot.com/
  36. http://hezrina83.blogspot.com/
  37. http://beloggieda.blogspot.com/
  38. http://coratcoretpinkummi.blogspot.com
  39. http://www.duniashida.com
  40. http://nobodyperfect-iera.blogspot.com/
  41. http://salya07.com
  42. http://winkwinkwinky.blogspot.com
  43. http://www.shimasall.blogspot.com/
  44. http://jemariasmara.blogspot.com
  45. http://twin811.blogspot.com/
  46. http://zitaomar.blogspot.com
  47. http://masyaamiraimie.blogspot.com
  48. http://masrinasidek.blogspot.com/
  49. http://www.ajumohit.com/
  50. http://shahida-mysweetlife.blogspot.com
  51. http://duniakebahagiaanku.blogspot.com
  52. http://cikblablabla.blogspot.com
  53. http://justforfund.blogspot.com/
  54. http://iwanijannati.blogspot.com
  55. http://hazirahramli.blogspot.com
  56. http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/
  57. http://superzetymarlia.blogspot.com
  58. http://sayanuranis.blogspot.com/
  59. http://b2utyfulblogger.blogspot.com/
  60. http://farizafairuz.blogspot.com/
  61. http://erihakuren.blogspot.com
  62. http://sallyyatiey.blogspot.com/
  63. http://nanieybarnieylurviey.blogspot.com
  64. http://rosniemilindamatyamin.blogspot.com
  65. http://saifulnida.blogspot.com
  66. http://imalonergirl.blogspot.com/
  67. http://cekpipahlifestory.blogspot.com/
  68. http://errahnajwa.blogspot.com/
  69. http://ecagiveaway.blogspot.com
  70. http://aziazidah.blogspot.com
  71. http://ainiesempoy.blogspot.com
  72. http://khairunnisa3020.blogspot.com/
  73. http://izzdanceriteranya.blogspot.com/
  74. http://syazuani89sss.blogspot.com/
  75. http://erahonlinediary.blogspot.com/
  76. http://foolishlovevictim.blogspot.com/
  77. http://nugrulsakura.blogspot.com/
  78. http://bilaupttestmulapositif.blogspot.com/
Harap u all alert dengan entry pengumuman pemenang esok.. InsyaAllah.. (",)

Alisha yang dah pandai nak guling2 atas lantai pulak dah... haihhh


Alisha sekarang ni dia dah pandai guling2 atas lantai pulak dah... Saje mengada2 la dia tu... Opsttt ke simpton nak dapat adik ek... Biasanya dia buat macam tu kalau apa yang dia nak saya tak bagi, mulalah dia lari lepas tu guling sambil menangis tapi airmata takda... hahahha nampak sangat mengada2... hihii

Macam tadi, dia nak makan nasi, saya ni konon nak suap tapi dia tak nak sebab nak suap sendiri.. lepas tu terus guling atas lantai.. adehhh... Bila panggil, pandai pulak kedek2 dia bangun semula.. hihi.. TAPI, alisha hanya akan buat perangai camni dekat rumah sendiri je.. rumah orang tetap maintain "menantu pilihan".. muahhaha.. tapi bukan selalu pun dia buat camni.. kadang2 je bila angin mengada2 dia tu menyerap dalam diri dia.. hihi

Susu untuk budak besar Alisha, ada perasa koko or coklat tak yer?

Alisha sekarang ni minum susu ANMUM perasa original.. cuma saya rasa macam nak tukar susu Alisha.. sebabnya kalau Alisha tengok saya minum susu ibu mengandung, dia pun nak tumpang minum jugak.. kadang tu dia minum lagi banyak dari saya.. adehhh...

Saya minum susu Dumex Mamil Mama perasa koko or coklat, tu yang nak tanya, ada ke susu budak2 perasa coklat ek?.. ke memang takda?.. sorryla, saya memang tak tahu bab2 susu ni.. hihii... Kalau ada, jenama apa yer? & berapa RM?.. saya kalau setakat harga macam susu Anmum tu, ok lagi lah, kalau mahai2.. idok le teman mampu.. hihii

Eh, ke tak elok anak2 minum susu perasa coklat... ke macamana... Sorry banyak pulak tanya.. memang saya lemah bab2 susu ni.. (^_^)


Mini Giveaway #5 : Komen entry ni sebelum pukul 12 tengah malam (25/07/2012) untuk dapatkan SHAWL

STICKY MODE 

Alhamdulillah.. finally saya dah habis balas semua jejak @ komen yang tertangguh dari minggu lepas... Lega rasa hati.. hihi... Alhamdulillah jugak, Tuhan murahkan rezeki saya & memanjangkan umur saya untuk menganjurkan MINI GIVEAWAY #5... Sekejap je, rupanya mini giveaway yang ke 5 dah... hihii

Ohya, untuk bulan OGOS, saya belum pasti dapat anjurkan MINI GIVEAWAY or tak, sebabnya hujung bulan kita raya kan.. so, minggu raya tu saya akan bercuti panjang... hihii... Minggu selepas raya baru akan kembali aktif berblog... cewahhh... hihiii... InsyaAllah, Jika dimurahkan rezeki, bulan September baru anjurkan MINI GIVEAWAY lagi... ohya, bulan September tu bulan kelahiran Alisha tau.. sekejap je Alisha dah nak 2 tahun.. (",)


Hadiah untuk MINI GIVEAWAY #5 adalah SHAWL... Saya terjatuh cinta pulak dengan corak + warna shawl ni.. & tiba2 terus teringat pasal MINI GIVEAWAY.. tu yang terus beli.. (",) Kali ni, 2 ORANG PEMENANG YANG ALISHA AKAN CABUT UNDI YER.. SEHELAI SEORANG.. (",)


Cara2 nak join sangat senang... baca bawah ni yer... (",)

1) TAK PERLU BUAT ENTRY.. JUST BAGI LINK BLOG U ALL SAHAJA DI ENTRY NI
2) SUBMIT LINK U ALL SEBELUM PUKUL 12 TENGAH MALAM NI (25/07/2012)
3) ESOK (26/07/2012) SAYA AKAN KELUARKAN LIST NAMA PESERTA + MALAM SURUH ALISHA CABUT UNDI
4) INSYAALLAH LUSA (27/07/2012), SAYA AKAN KELUARKAN NAMA PEMENANG
5) JIKA HARI JUMAAT (27/07/2012) SEHINGGA PUKUL 12 TENGAH MALAM, PEMENANG TIDAK MELAPORKAN DIRI, SAYA AKAN SURUH ALISHA CABUT UNDI LAGI.. (^_^)
6) HARAP U ALL ALERT DENGAN TARIKH LIST NAMA DIKELUARKAN + TARIKH PENGUMUMAN PEMENANG

Berpeluh macam mandi...

Hari Isnin malam baru ni, dekat tempat u all ada rasa panas tak ek? Bukan apa, time berbuka tu, saya & alisha sampai berpeluh2 tau... Alisha lagilah.. baju basah.. muka basah.. dah gaya macam mandi... Malam tu tidur tak berbaju jawabnya... hiiihii


Sampai lap peluh alisha dibuatnya.. hihii


Mulut muncung dah jadi trademark.. hihii


Nak kata masakan saya pedas hari tu, tak pulak.. sebab saya bagi alisha makan kentang goreng + nasi lauk daging masak kari yang memang langsung tak pedas... (",).. First time alisha berpeluh sampai macam ni sekali... 


Opsttt jangan salah faham yer (^_^)


Saya tertarik dengan komen Mama QS yang selalu menggoda nafsu makan saya ni hihii... Mama QS cakap dekat entry sebelum ni "Sepah rumah, pecah pinggan bukan larang dari Allah tapi kita perlu marah dan perlu beri pengajaran padanya.. melentur buluh biar dari rebungnya intan.." Firstly, saya nak cakap, Akak jangan risau.. saya tak terasa pun kak.. kita kan dah lama beramah mesra.. muahhaha

So, saya nak ambik kesempatan ni jugak untuk explain dekat u all jugak.. Yap, betoi tu... melentur buluh biar dari rebungnya.. & betoi tu, pecah pinggan bukan larang dariNYA... Cuma, saya ni jenis yang bukan suka marah2 or memukul dalam mendidik anak TAPI LEBIH SUKA GUNA PENDEKATAN PSIKOLOGI...

Maksud saya.. Sebagai contoh.. kalau Alisha pecahkan pinggan.. saya akan hampiri dia & cakap "Alisha, ibu tak kisah jika pinggan ibu pecah tapi ibu nak alisha tahu yang ibu akan risau jika alisha terluka akibat terkena serpihan kaca pinggan tersebut... kalau alisha nak guna pinggan kaca, alisha kene pegang pinggan ni secara berhati2.. supaya tak jatuh & pecah..."... Ini antara contoh cara yang saya guna... kiranya saya bukan jenis yang bila pinggan jatuh pecah.. terus pergi dekat alisha marah & pukul dia... itu maksud saya (",)

Setiap dari kita, ada cara yang tersendiri dalam mendidik anak2 kita... (",) Emmm maybe alisha ni jenis yang tak banyak karenah kot.. tu yang dia cepat paham bila saya explain sesuatu dekat dia... Tapi tak tahulah kot bila anak dah segerabak keretapi... saya pulak dan2 bertukar jadi "hijau"... muahahha... Apa2 pun, doa saya setiap hari semoga saya dikurniakan kesabaran yang lebih dalam mendidik anak... (",)

Ohya, lagi satu, kalaulah kita nak pukul anak, pukullah dekat tapak kaki seperti saranan Nabi kita.. (",)


Perasaan menyesal tetap ada....

Saya buat entry ni sebab ada yang cakap mesti saya tak pernah pukul Alisha..

Sebelum2 ni saya pernah bagitahu u all yang saya jenis seorang yang tak suka nak marah2 anak or pukul anak tak tentu pasal.. Kalau setakat sepahkan rumah, pecahkan pinggan mangkuk, rosakkan alat mekap... no hal la... saya tak kisah pun.. budak2 biasalah.. macam2 nak explore kan... TAPI u all jangan pulak ingat sampai saya tak pernah pukul alisha tau.. PERNAH tapinya TERPUKUL, BUKAN SENGAJA PUKUL... adehhhhh...

Saya manusia biasa yang kadang2 tewas dengan hasutan syaitan.. Tapi alhamdulillah setakat ni, rasanya masih boleh dikira dengan jari jumlah saya TERPUKUL tu... Biasanya, saya TERPUKUL ketika tepuk2 alisha nak suruh dia senyap dari menangis tapi dia makin meraung2 last2 TANGAN NI LAJU JE PUKUL DIA... TAPI, SAYA TAK PUKUL DIRECT KE ATAS BADAN DIA TAU TAPI ATAS PAMPERS DIA.. YELA, SAYA TENGAH DODOIKAN ALISHA.. SO, DAH SAH2LAH PAMPERS YANG KENE KAN.. HIHII...

Secara peribadinya, walaupun saya hanya sekadar pukul atas pampers tapi saya rasa menyesal + sedih sangat... yela, lepas tu, alisha mesti lagi menangis kan.. & cepat2 saya peluk + cium kembali alisha sambil cakap "Alisha, ibu mintak maaf... ibu tak sengaja... Alisha anak yang baik.. janganlah menangis..".. sambil saya ulang ayat tu sambil saya usap rambut dia, last2 dia terlena...

Sedih saya rasa saat tu, yela, KETIKA ALISHA KECIK NYAMUK SEEKOR PUN KALAU HINGGAP DEKAT BADAN DIA, SIAP NYAMUK TU KENE PUKUL DENGAN SAYA.. HIHII... TAPI, BILA ALISHA DAH BESAR SIKIT... SAYA PULAK YANG PUKUL DIA WALAUPUN ATAS PAMPERS... YA ALLAH.... KESIANNYA ANAK SAYA... HANYA KERANA MENANGIS KENA PUKUL ATAS PAMPERS... Syaitan bertepuk tangan berjoget sakan tengok saya tergoda dengan hasutan dia...!!

Apa2 pun, saya nak alisha tahu yang saya sayangkan dia.. Semoga Alisha membesar sebagai anak yang baik... yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapanya...

P/s : Kita memang patut marah anak jika anak buat sesuatu yang dilarang olehNYA bukan marah jika sekadar anak sepahkan rumah... koyakkan buku & sebagainya... Dengan kata lain, kita harus sentiasa kawal diri kita dari dikuasai oleh hasutan Syaitan.. (",)

P/s : Lebih suka didik anak dengan cara psikologi (",)

Gambar terkini si ibu Alisha... pregnant 6 bulan seminggu... (",)

Ada lagi 50 orang yang saya belum terjah... harap saya dapat terjah u all sampai habis hari ni (lepas terjah baru publish komen u all yer)... Bukan pe, dah tak sabar nak buat entry baru sebenarnya... tapi sebelum tu, kene habiskan terjah dulu.. hihii... Opsttttt tapi disebabkan tak menahan sebab tak buat entry baru, tu yang buat jugak petang ni... ahhahhah

Ramai yang request nak tengok gambar tekini mak buyung yang tengah mengandung 6 bulan seminggu ni.. so, saya update lah.. hihii.. ni gambar hujung minggu baru ni... dekat rumah parent saya.. (",)


Ni versi pakai baju t-shirt.. perut saya dah mula nampak kan.. hihiii.. Walaupun tak besar sangat tapi dah nampak sikit kira oraitlah.. heheh


Ni pulak versi baju kurung... Nampak tak, muka saya yang dah makin tembam tu... hehehhe.. So, saya dah tunaikan janji saya... (",) Sekarang nak bw sikit lagi + lepas tu nak masak untuk menu berbuka.. (",)... 

P/s : Esok saya akan buat MINI GIVEAWAY untuk bulan ni tau... Hadiah dia shawl... 2 orang pemenang yang akan Alisha cabut nama... so, sudi2 kan diri join yer (",)

2 dalam 1.. (",)



Saya nak ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada u all... semoga kita semua dapat jalani ibadah puasa ni dengan sebaik2nya... (",) Hope saya dapat puasa penuh... Ohya, tak lupa jugak, saya nak minta maaf jika ada salah silap or terkasar bahasa ketika saya mencoretkan sesuatu di dalam entry saya.. (",)



Lagi satu, saya jugak nak ucapkan TERIMA KASIH dekat my dad sebab tunaikan hajat saya untuk makan ROJAK KATEH.. hihiii... U all tahu tak, saya memang nak sangat makan rojak kateh ni tapi tu la, dekat sini mana nak dapat kan.. dekat Terengganu ada lah... Dah lama saya bagitahu my dad, tapi tak sangka pulak yang my dad masih ingat... hehheh.. Alhamdulillah saya dikelilingi oleh family yang sentiasa berusaha tunaikan hajat saya.. ehheeh

Ohya, u all pernah makan or pernah dengar tak pasal ROJAK KATEH ni? Kalau u all nak tahu,rojak kateh ni kalau nak buat ambik masa yang lama tau... sebab nak kena bakar.. (",) Senang cakap, rojak ni dibuat dari kaki lembu atau dikenali dengan nama kateh... Kaki lembu tu kita bakar lepas tu buang kulit yang hangus dekat kaki tu untuk dapatkan urat2 dekat kaki tu.. Bila dah dapat urat2 tu, nak kena rebus pulak.. pendek kata banyak koje.. adehhhh... TAPI RASA DIA SANGAT2 SEDAP!!!.. Tak tahu nak cakap camne... sape orang Terengganu mesti tau kelazatannya... hihii.. Ohya, lidah lembu pun letak jugak tau... hehheheh

P/s : Alhamdulillah, kami dapat menyambut permulaan ramadhan di kampung bersama family.. (",)

Semuanya menjadi mudah dengan kerusi merah...

Si budak Alisha ni dah makin terlebih2 panjang akalnya... Kalau sebelum ni saya pernah bagitahu u all yang kalau nak ambik benda yang tinggi, dia akan suruh saya ambik kan... tapi sekarang ni, dia sendiri pulak yang ambik.. Dia dah dapat jalan penyelesaian kepada masalah dia yang rendah tu... muahhahha


Alisha akan guna kerusi plastik merah ni untuk ambik barang yang tinggi... Nak main air dekat sinki ke, nak ambik cawan ke, nak menconteng dinding di tempat yang lebih tinggi ke nak bukak pintu ke.. semuanya menjadi mudah dengan kerusi merah ni... hihii


Time ni Alisha saja sesuka hati nak memanjat sebab nak main tombol pintu...


Memanjat dengan penuh berhati2.. hihii.. TAPI kalau dia panjat kerusi ni, saya sentiasa memerhati dia, bukan apa, risau jugak tengok kerusi ni... yela, tempat alisha memijak tu kan kecik je... (",)


Akhirnya dia dah dapat main tombol pintu tu... hihii... Ohya, saya ada try tutup pintu ni rapat, nak tengok alisha boleh bukak tak.. rupa2nya boleh.. hihii OPSTTT TAPI... sayalah yang ajar dia.. bukan apa, jika jadi apa2 sekurang2nya dia dah tahu nak bukak pintu kan... (",)

Kuih tepung bunga...


Semalam saya tiba2 teringat dekat kuih tepung bunga... Ingat2 balik, tepung pulut ada dekat rumah... Yeayyy boleh buat... hihi... saya tak pasti u all pernah makan or tak.. tapi kalau dia orang Terengganu maybe familiar dengan kuih tepung bunga ni.. (",) Pelik gak, kenapa nama dia tepung bunga tapi tak nampak pulak macam bentuk bunga... hihii... 

Rasa dia sedap tau... liat2... saya memang suka makanan yang liat2 ni.... dengan kata lain makanan yang guna tepung pulut... (",)... Masa goreng, kuih ni nampak kembang je tau tapi bila angkat terus jadi leper.. hihii

Cara nak buat... Tepung pulut + air = uli or bancuh hingga jadi doh.. Bentukkan tepung pulut tadi sebesar buah guli, lepas tu penyek so, ia akan jadi leper...  lepas tu celupkan ke dalam telur (telur yang telah kita pukul) & goreng.... dah masak angkat lepas tu tabur gula... SIAP!! (",) Senang kan... (",)

P/s : Rupa2nya hari ni, tarikh pertunangan ibu alisha & abah alisha la... hihiii 19/07/2009

Saya dah lama ajar Alisha...

Apakah yang lama tu??.. hihii.. Sebenarnya, saya dah lama mengajar Alisha guna pinggan mangkuk gelas cawan yang bukan dari jenis plastik.. tapi jenis kaca... eh, tapi bukan kaca yang bila jatuh pecah berderai tu.. ni jenis kalau pecah dia just jadi keping2 je tu.. apa ek.. seramik ke.. ke apa orang panggil... tapi senang cakap, pinggan yang selalu u all nampak bila saya up entry masak2 la... hehhehe

Punca saya mengajar Alisha guna pinggan kaca sebabnya tahun lepas Alisha dah pecahkan sebijik pinggan saya... So, dari situlah saya rasa saya patut ajar alisha guna.. Alhamdulillah, sekarang ni alisha dah tahu menggunakan pinggan kaca... kiranya saya beranilah bagi dia usung pinggan tu dari dapur ke depan tv... (",)

Bagi saya, jika saya ajar dia guna pinggan kaca, Alisha akan lebih berhati2 apabila guna pinggan or cawan.. tak kiralah samada ianya kaca or plastik... so, kuranglah sikit kerja saya untuk mengemas makanan yang tumpah or terjatuh.. hihii.. Lagi satu, pergi rumah orang pun senang, sebab dia dah tahu, tu cawan kaca, so, kene pegang dengan berhati2.. (",) Selain tu, bagi saya, kalau saya cepat ajar, cepatlah dia paham.. hehheh

Ohya, untuk pengetahuan u all, rasanya sepanjang saya ajar alisha guna barangan kaca, baru sekali pecah... tu pun gelas yang pecah... Saya ni jenis yang guna prinsip "Takda istilah SAYANG BARANG jika nak mengajar anak"... tak kira barang apa sekalipun... (",) Eh, u all jangan pulak pikir alisha langsung tak guna pinggan plastik tau... guna jugak.. rugi ooo tak guna, pinggan budak2 ni cantik2.. macam2 gambar ada... hihii

P/s : Mengajar sesuatu yang baru dekat anak2, kita harus ada sikap yakin yang mereka mampu lakukan.. jangan takut2, nanti kita pulak timbul rasa terbantut nak mengajar.. (",)

P/s : Walau apapun, biarlah apa yang anak2 lakukan tu, di bawah pengawasan kita jugak... (",)


Jari Alisha berdarah?...



Tangan Alisha berdarah sebab kena pen dakwat merah... hihii.. Ini cerita minggu lepaslah... dia pergi conteng jari2 dia tu.. lepas dah conteng tu pandai pulak dia pergi tarik tangan saya ajak masuk bilik mandi.. hihii... Nak tahu kenapa??

Sebabnya si alisha nak basuh tangan dia.. hahahha.. Dia ingat cuci dengan air tu boleh hilang agaknya.. hehehhe... Sian pulak saya tengok.. nampak macam muka alisha risau tengok tangan dia jadi macam tu... tapi yang saya terpikir tu, dia tahu pulak yang warna merah tu darah ek.. heheh

Yela, padahal selama ni dia conteng jugak anggota badan dia tu, tapi guna pen hitam or biru, takda pulak ajak cuci... tapi kali ni, bila conteng guna pen merah... beria mengajak.. siap 2 kali ajak.. tak puas hati selagi tak hilang... hahahhahha... Lepas saya explain barulah dia ok.... muahahhaha

P/s : Sorry sebab belum balas jejak u all, malam semalam tak sempat.... sekarang ni saya dah tidur awai... penat..

P/s : Petang ni saya balik Chemor so, hari ni busy sikit sebab banyak kerja rumah nak kene settle sebelum balik Chemor... isnin baru ada dekat Sungai Petani

P/s : kesimpulannya, jika saya tak habis balas jejak u all hari ni... sorry sangat2 tau... akan di balas cuma cepat or lambat je.. 

Si pengutip duit syiling..

Siapa lagi tukang kutip duit syiling kalau bukan alisha.. hihii.. Actually saya dah start mengajar alisha menabung dah lama.. maybe awal tahun ni atau akhir tahun lepas.. Kalau mula2 dulu, saya ajar alisha menabung dengan guna tabung abah dia... Tapi lepas tu, alisha dah ada tabung sendiri.. acu dia hadiahkan.. (",)

Masa mula2 alisha ada tabung sendiri, dia pergi ambik duit tabung abah dia & menabung dalam tabung dia.. hahahhaha... Tapi sekarang tak lagi.. maybe dia dah bosan kot main dengan duit syiling tu.. sekarang ni dia hanya guna tabung dia bila abah dia bagi duit syiling dekat dia... (",)

Normally my dear setiap kali balik dari kedai, kalau ada duit syiling, mesti bagi dekat alisha.. so, alisha pun, kedek2 masuk bilik terus sumbat dalm tabung... hihii... Ohya, lagi satu, Alisha dah tak boleh nampak duit syiling merata2... kalau dia nampak atas almari ke, atas meja ke.. mesti dia ambik & terus pergi sumbat tabung dia.. hihii *Opsttt duit syiling dalam rumah kami je la yer... rumah orang lain alisha tak buat macam tu... (",)

Ohya, setiap kali lepas alisha menabung.. Kami akan cakap "yeayyy.. alisha pandai.." sambil tepuk tangan.. hihii.. Alisha pun sukalah.. sengih2 duk menepuk tangan.. hehhehe... bagus alisha.. tak sia2 saya mengajar dia menabung dari awai.. yang dia paham, duit syiling masuk tabung... Alhamdulillah dari kecik alisha tak pernah masukkan duit syiling ke dalam mulut... (",)

Ajar alisha menabung awal2.. mana tahu jika rezeki Alisha sambung belajar nanti, tak perlulah nak buat loan... pakai duit sendiri je senang.. hihii.. Actually ni plan jangka panjang abah alisha la.. thats y kami mengajar alisha dari kecik.. (",) Duit yang orang bagi dekat alisha dari kecik.. semua kami masuk dalam tabung haji.. mana tahu, jika dah banyak, boleh alisha pergi mekah awal.. (",) 


Update pasal diri ibu mengandung...

Semalam Kak Aju tanya pasal saya & kandungan... actually ramai gak yang bertanya pasal ni sebelum2 ni.. So, saya nak update yang terkini pasal saya & kandungan... (",) Untuk pengetahuan u all, kandungan saya dah nak masuk 25 minggu.. Perut saya dah mula nampak tapi orang kata tak nampak macam mengandung 6 bulan ++ la kan... takpalah.. janji dah nampak.. hihii

Sekarang ni saya dah start dengan rasa sakit2 punggung... tak boleh duduk lama2 sangat2.. & sebelah kaki saya.. belah kanan... kadang2 kat peha tu datang menyerang satu kesakitan.. tak tahu nak explain camne.. tapi saya agak maybe sebab kekurangan kalsium kot.. Ohya, bukan krem yer... (",)

Sekarang ni saya duk berharap yang saya mampu puasa penuh tahun ni.. bukan apa, semalam kan saya last day puasa.. entah macamana, tiba2 saya rasa sakit dekat bawah perut tu... tak boleh jalan laju2.. macam terhentak.. ke macamana ek.. alaaa tak retinya nak explain.. tapi sekejap je.. lepas berbuka ok.. hiiii

Ohya, sakit2 ni semua menyerang kadang kala je tau u all... kalau time tak menyerang tu... saya rasa saya seorang yang aktif lah.. Orang lain dah lenguh berjalan tapi saya tetap boleh berjalan.. rasanya kalau pusing habis bangunan shopping complex.. terlebih larat ni... muahahhahhah.. macam orang tak mengandung je lagaknya... heheheh Pasal kandungan pulak.. ia bergerak dengan sangatlah aktif... (",)

Jika nak tengok gambar saya yang terkini.. nanti dah ada baru upload yer... Kalau nak tengok yang masa kandungan 5 bulan, KLIK SINI.. (",) Apa2 pun, doakan saya & kandungan sihat walafiat & selamat hingga melahirkan & seterusnya... (",)

P/s : Terima kasih sebab u all selalu bertanya kesihatan saya & kandungan (",)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...