Saya nak kongsikan pengalaman saya dengan u all.. Ketika saya di zaman anak dara, memang saya TAK RETI MASAK.. maybe sebab ketika saya kecik, memang mak saya tak bagi saya guna dapur gas.. bahaya katanya... so, kesannya sampai besar saya jadi seorang yang tak reti masak + malas... Tolong mak masak pun saya malas.. Kalau mak tak suruh tolong, takdalah saya tolong... Nak tolong mak masak pun sampai kene bersuruh saya nih... adoiii
Ramai orang yang tegur saya suruh belajar memasak... nanti nak kahwin senang... U all tahu tak, ketika first time my dear datang jumpa parent saya dekat rumah.. mak saya dah inform awal2... "Betoi ke yang my dear ni nak dekat saya, sebab saya tak reti masak"... Adoiiii... malu wehhh... Tapi itulah mak saya.. first time jumpa my dear, yang negatif je mak cite... saya malas lah, tak reti masaklah... ahhahha... Inilah mak saya.. tak cover line anak dia... hehhehhe.. Tapi bagus jugak bila mak saya bagitahu macam ni.. kalau bagitahu saya ni semua reti, bila dah kahwin, tak pasal2 kantoi.. muahhahahh
Tapi my dear tak kisah.. nak jugak kahwin dengan saya walaupun saya tak reti masak... kikikikii.. Bukan apa, my dear cakap, :"masak tu boleh dilatih.. tak semestinya selama2nya kita tak pandai masak..."... Lebih2 lagi pulak, saya ni pulak jenis seorang yang "Nak seribu daya, taknak seribu dalih.." & "Hidup kita ni kalau sentiasa mempunyai alasan, sampai bila2 pun kita takkan berjaya".. Berbekalkan semangat yang ada tu lah.. saya belajar jugak masak...
Mula2 dulu sampai saya menangislah sebab sentiasa kene kritik dengan my dear.. kurang garam lah.. lebih gula la.. tak sedaplah.. macam2lah... Tapi saya tahu perangai my dear ni.. jenis 2 x 5 dengan saya... suka psiko..! & my dear tahu yang isteri dia ni, pantang tercabar.. pasti akan berusaha sampai berjaya... YAP, BAGI SAYA, UNTUK KITA BERJAYA JANGAN SESEKALI KITA ADA SIKAP MUDAH MENGALAH..!! KALAU PASANGAN KITA KUTUK KITA, JANGAN BERIA BAGAI NAK MERAJUK.. TAPI JADIKAN IANYA MOTIVASI & BUKTIKAN YANG KITA BOLEH BUAT!!!!!!
Lama2, my dear dah tak kritik lagi masakan saya.. hihii.. Tapi dia makan dengan tenangnya.. hahhah.. Siap masakan saya dah ada masakan favorite my dear lagi.. kikikii.. Saya dah tak rasa was2 untuk masak bagi family saya makan ke.. family my dear makan ke.. tapi saya rasa sangat seronok memasak... Walaupun saya rasa masakan saya tu simple je.. tapi tu la kan, orang kata, masakan seorang isteri ke.. seorang mak ke.. ia jadi sangat sedap walaupun sekadar ikan goreng... sebabnya, masakan isteri or mak tu telah bercampur dengan kasih sayang... (",)
Percayalah wahai adik2 yang belum kahwin, jika tak reti masak sebelum kahwin, insyaAllah selepas kahwin, reti masak... Lagi satu, masak dengan penuh keikhlasan.. jangan masak sambil memberontak sebab hari2 kene masak.. nanti masakan tu jadi tak sedap.. sebab kita tak ikhlas + kasih sayang dekat masakan tu kurang... hihihiii
P/s : Saya reti masak tapi saya tak pandai masak... mean, hanyalah sekadar tahu memasak untuk memenuhi kehendak tekak sendiri + family..