Seperti yang saya pernah cerita dekat u all sebelum ni.. anak saya suka menggetel setiap kali menyusu kan.. sebelah dia hisap.. sebelah lagi mulalah tangan dia merayap... mencari jugak nipple tu.. bila tak dapat pegang dia akan menangis.. tapi bila dapat pegang.. tu dia.. baik punya dia menggetel..hahhahahha..
Selama ni saya cuba jugak menahan sebab malas nak dengar dia menangis.. Padahal saya rasa tak selesa tu jangan cakap lah... geli pun jangan cakap lah... tak nak bagi dia menangis punya pasa.. layankan je... Tapi sekarang, saya dah tak sanggup nak melayan lagi... saya betoi2 tak selesa... Adoiii... Saya tak nak disebabkan perkara ni nanti saya stop penyusuan yang masih berbaki selama 8 bulan.. Saya tak nak benda tu berlaku...!
Sebelum ni, saya pernah biarkan Alisha menangis semata2 tak nak bagi dia getel... menangis mengamuk sesungguh hati hokay... last2 saya tak leh tahan.. saya bagi je dia getel.. baru dia tidur & baru kami berdua dapat tidur adoiiii.... TAPI SEMALAM.. saya betoi2 keringkan hati saya ni.. saya biarkan dia menangis.. dia menangis sekejap berhenti minum susu & meraba untuk cari nipple.. konon dia ingat ibu dia bagilah tu pegang selepas dengar dia menangis... tapi tetap tak dapat... & dia menangis lah... berhenti minum susu lagi meraba lagi, tak dapat.. menangis lagi.. & begitulah seterusnya.. saya rasa hampir satu jam jugak kot keadaan tu berlaku... menangis sampai tersedu sedan..
Last2, alisha tertidur sambil memeluk saya + saya peluk dia.. dengan alisha masih lagi berbaki sedu sedan... MASYAALLAH... hanya Tuhan je yang tahu perasaan saya masa tu... tak tertanggung rasanya.. hati saya ni rasa macam kena toreh2 dengan pisau dengar anak menangis sampai sedu sedan... TAPI saya jugak tak sanggup menahan rasa geli + ketidak selesaan kena getel.. hihihii
"Alisha anak ibu.. ketahuilah sayang.. ibu tidak pernah membiarkan kamu menangis sesuka hati tanpa sebab.. ibu biarkan kamu menangis semalam sebab ibu sayangkan kamu.. ibu tak tahan bila kamu asyik menggetel.. Ibu taknak kerana masalah ni, mengganggu target ibu untuk kamu.. Ibu sayangkan kamu.. Ibu nak kamu minum susu ciptaanNYA ni selama 2 tahun.. Itu janji ibu dekat diri ibu..!! Sesungguhnya ibu biarkan kamu menangis @ tidak melayan kehendak kamu bukan kerana ibu tak sayangkan kamu.. tidak.. tidak sama sekali tapi semuanya adalah kerana ibu sayangkan kamu... walaupun di saat anak ibu ni menangis, hati ibu ni bagai ditoreh2.. hanya Tuhan je yang mengetahui"
P/s : Menyusu badan secara direct sepenuhnya banyak dugaannya.. cuma kita perlu TABAH untuk melunaskan tanggungjawab kita selama 2 tahun penyusuan..