Memuatkan ...

Memang tak kedekutlah.. hihi


Bukan sesiapa pun yang tak kedekut tu tapi Libresse ni haa.. Yela, u all bayangkanlah.. dorang siap bagi sample bukan sikit tau.. banyak.. lebih dari 10 keping kot.. Semua jenis pad dia bagi.. hihiii.. memang tak kedekutlah.. ni yang suka ni.. hahhahh.. Mahunya tak suka.. barang free semuanya suker.. muahhahhah

Bila Libresse ni dah baik hati sangat camni.. ni yang buat saya tertambat hati dekat dia ni... hihiii... U all pun mintak lah jugak sample dengan libresse ni tau... teruja saya dapat banyak2 gini.. selalu mintak dengan keluaran lain bagi 2 3 keping je.. ni banyak sangat, mulalah saya rasa nak promote dekat u all.. hihii... Tapi saya belum guna pun lagi.. hihii

U all pun kalau nak rasa keterujaan macam saya ni.. *poyo* cepat2 KLIK SINI.. Libresse akan bagi 1 pack macam gambar dekat atas tu dekat u all nanti (",)

P/s : Barang free memang best.. hahhah.. Saya dapat free so, saya pun ingin berkongsi dengan u all untuk dapat barang free jugak.. hihii
 

Baru je nak hangin tapi nasib anak kesayangan pandai memujuk.. hihi

2 3 hari sebelum ni, tergugat betoi kesabaran saya ni tapi nasiblah masih mampu bersabar... Bukan apa, anak saya ni tengah nak tumbuh gigi.. so, asyik meragam je.. ada je keje dia.. So, konon2 taknak bagi dia kacau saya masak.. Saya bagilah dia air kotak... 

Ohya, memang rumah saya ada stok air kotak dutch lady kids untuk alisha.. tapi hari tu saya beli perisa yang original.. kiranya perisa susu la kan.. tapi alisha tak berkenan.. lebih berkenan perisa strawberry kot... hihii.. Lagipun alisha cakap susu dia minum hari2 lagi sedap.. muahhahha


Tengah2 saya masak tu.. sekali saya pusing belakang.. anak saya dah tumpahkan air susu tersebut...


Bukan tertumpah tapi sengaja ditumpahkan.. adehhhh


Dah la macam tu.. siap sapu rata pulak dekat lantai.... ayoyooo


Saya pun apa lagi ambiklah kain lap.. lap la air susu yang tumpah tu... untuk bilasan yang kedua, saya tinggal kain lap tu atas lantai kejap sebab nak buang kotak susu tu.. bila saya datang kembali, tengok anak saya tengah lap lantai... hahahah... Bagusnya anak saya ni... dalam rasa geram tadi tu, tiba2 boleh sejuk...hihii.. memang anak2 ni betoi2 pengubat ibu2 (",)..

Seronok tengok alisha sekarang ni, yela, dia sekarang ni makin besar makin tunjuk ciri2 seorang kakak... rajin tolong ibu dia.. kalau u all nak tahu, setiap kali saya lipat baju dekat ruang tamu, si alisha lah yang akan tolong saya angkat baju tu masuk bilik... kadang tu sampai berterabur kain baju tersebut...hihii.. so terpaksalah saya lipat balik... tapi takpalah, sekurang2nya alisha nak tolong... bakal jadi kakak lah katakan... muahhahhahah InsyaAllah.. (",)

P/s : U all ingat tak entry yang saya dituduh tackle suami orang tu... Saya baru terbaca status dia "Sorry for the inconvenient comment....all the comment done by the hackers...im not online in about a month...just now only i realize..." So, BUKAN SALAH DIA..!! ADA HACKERS.. SO, U ALL PUN KENA JAGA2 JUGAK TAU.. KESIAN DEKAT DIA
 

Alhamdulillah.. rezeki kami di akhir tahun 2011 (^_^)


Firstly saya nak ucapkan alhamdulillah sebab saya menang GA The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay.. Untuk pengetahuan u all, peserta yang join GA ni ramai tau.. 778 orang... & jumlah pemenangnya pulak seratus lebih.. Tanpa di sangka2, diantara 100++ orang tu, terselit jugak nama saya & tak lupa jugak adik kesayangan saya.. hihii
 
cats

 Hadiah yang bakal saya dapat adalah tudung Bawal Delima dari Aidijuma... Alhamdulilah.. Syukur sangat2 pada Tuhan.. Untuk pengetahuan u all, semenjak saya aktif join GA ni, telah banyak saya menang tudung, inner, shawl, pasmina, dan lain2...

 Keputusan penuh Klik SINI

Start join CGL : 22/03/2011
Jumlah Kemenangan : 90

Hadiah kemenangan GA jugak, bukan setakat untuk saya tapi my dear pun merasa jugak hadiah saya tu (topup) termasuk alisha (baju, seluar & mainan).. Alhamdulillah sepanjang 9 bulan aktif join GA, banyaklah jugak hadiah yang dah saya dapat... Rezeki kami.. (",)

Alhamdulillah jugak, di penghujung tahun ni, banyak rezeki kami sekeluarga... selain dari kemenangan GA.. seperti u all jugak, my dear dapat bonus.. tahun depan pulak insyaAllah gaji semakin meningkat.. Alhamdulillah... Tapi rezeki akhir tahun kami yang amat bermakna adalah my dear dah beli tanah.. Baru je tandatangan penukaran hak milik.. tapi kami takda rumah lagi.. emmm takpala, dah ada tanah, nanti2 ada rezeki lebih boleh bina rumah mengikut citarasa sendiri kan.. hihii

My dear beli tanah tersebut di kawasan kampung berhampiran bukit.. Yap, kami memang suka tempat yang jauh dari hiruk pikuk kota.. kami lebih suka kawasan kampung yang boleh dengar kicauan burung sambil menikmati keindahan ciptaan Tuhan... cewahhh hahhhah (",).. Alhamdulillah alhamdulilah alhamdulilah...

Saya berdoa semoga tahun 2012 nanti akan memberi kami lebih lagi rezeki.. tak lupa jugak semoga kami dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata yang kedua... InsyaAllah... Amin Ya rabbal Alamin... 

P/s : Hari ni hari lahir MY MIL.. Tak sangka pulak my mil terlupa hari ni hari lahir dia.. hihi.. My mil cakap saya orang yang 1st wish dekat dia.. kalah my dear.. muahhahha 

Lagi 2 hari.. (^_ ^)

2012 | Kalender 2012 | Kalender Nasional 2012 | Kalender Indonesia 2012 lengkap

Yap.. lagi 2 hari kita akan masuk tahun 2012.. so, lagi 2 hari jugaklah akan bermulanya azam tahun baru saya.. hihii... Apa azam tahun baru u all?.. Azam saya kali ni adalah untuk menambah berat badan supaya mendapat berat badan ideal.. muahhahaha..

Seperti yang saya pernah bagitahu u all, saya kan kurus kering macam papan je sekeping.. adehhh.. langsung tak menarik.. hahahaa... Eh, tapi sebelum saya dapatkan berat badan ideal... perkara paling utama tahun 2012 adalah untuk bagi adik dekat alisha... hihi.. Alisha sekarang ni memang dah menunjukkan ciri2 seorang kakak & dah mula bagi hint nak adik... muahhahha

NAK JUGAK LETAK GAMBAR WALAUPUN KABUR... antara moment yang buat saya rasa kesiannya dekat Alisha...


Alisha yang suruh saya letak Nurul atas peha dia


Alisha tarik semula nurul sebab tak bagi saya ambik nurul dari atas peha dia

U all nak tahu tak, minggu lepas kami kan balik kampung my dear.. biras saya a.k.a. Karimah pun balik jugak... Biras saya ni ada anak umur 7 bulan nama Nurul.. Si alisha ni bukan main lagi berkenan dekat nurul.. siap kiss nurul banyak2 kali hokay.. bukan tu je.. siap suruh saya letak nurul atas peha dia.. bila saya angkat nurul, dia tarik semula nurul suruh letak atas peha dia.. ajak nurul main2.. sentuh2 manja mulut nurul la tangan nurul la.. macam2 lah... betapa alisha tunjuknya ciri2 seorang kakak yang penyayang + betapa dia sukakan baby @ adik...

Kalau u all adalah pengikut setia setiap entry di blog saya, pasti u all tahu Alisha berdiri di muka pintu semata2 nak tengok kakak2 main dekat depan rumah saya... & pasti jugak u all tahu, kakak2 dekat taman saya ni tidak menghiraukan Alisha apabila alisha pergi dekat mereka konon2 nak main jugaklah.. adusss betapa sayunya hati saya sampai bergenang air mata melihat situasi tersebut.. paling tak dapat lupa apabila alisha tidak dihiraukan..

Apa2 pun, saya berharap tahun 2012 adalah tahun yang akan lebih menyinari kehidupan alisha & kami sekeluarga tak lupa jugak kepada kawan2 yang masih berusaha untuk dapatkan anak yang pertama seperti   MJ & Sue @ QasehnyaRania termasuklah Sue @ Syawalsimpson yang mempunyai niat yang sama macam saya.. hihii... Saya doakan kita sama2 dapat tambah "penyeri" rumah tangga kita (",).. InsyaAllah...

Tips Anak Bijak guna Otak Kanan



Sebelum ni saya pernah terbaca yang kajian di Jepun menunjukkan melatih anak menggunakan otak kanan untuk berfikir adalah lebih efektif melahirkan anak bijak berbanding otak sebelah kiri.. Selama ni saya main ajar je alisha.. tak tau la otak kanan ke kiri tapi sekarang ni tiba2 saya rasa macam best pulak untuk seimbangkan dengan otak kanan jugak..

Tak kisahlah tu apa2 pun, yang penting hari ni saya nak berkongsi dengan u all apa yang saya dah baca tentang Tips Anak Bijak guna Otak Kanan.. Bolehlah kita sama2 mempraktikkannya.. (",)


1. Ketika anak2 kita tengah tidur2 ayam, kita bercakaplah dengan mereka dengan sepenuh hati & sejujurnya bahawa kita amat2 menyayanginya.. Contohnya.. "Alisha.. ibu terlalu sayangkan alisha.. kasih sayang ibu terhadap alisha tiada tandingannya.. semoga alisha membesar sebagai anak yang baik, bijak, solehah & taat pada perintah Allah"... Untuk pengetahuan u all, ketika anak2 kita tidur2 ayam, OTAK KANAN SEDANG BEKERJA MANAKALA OTAK KIRI DAH PUN TIDUR dengan lenanya... (",).. Saya selalu buat macam ni... terlebih feeling mulalah mengalir air mata...

2. Guna flash card sebagai bahan untuk mengajar anak kita.. TAPI TUNJUK LAJU2 tau.. supaya otak kanan anak kita tu bekerja keras untuk menangkap apa yang kita tunjuk... Alaaa flash card ni, kalau kita tak nak beli, buat sendiri pun boleh.. Kita tulis je perkataan2 pendek or ABC or 1 2 3 or gambar2 & sebagainya..

3. Ajar anak2 kita bermain tanah liat, cat air, melukis, gunting kertas & sebagainya kerana GERAK KERJA TANGAN adalah HASIL DARI OTAK KANAN. Sebenarnya kita boleh jugak menguji otak kanan anak2 kita ni.. contohnya, u all lukis gambar rama2 sebelah je, sebelah lagi suruh anak u all yang lukis (",) Bab melukis ni rasanya abah alisha yang lebih elok mengajar kot sebab ibu alisha ni bila lukis rama2 silap haribulan, alisha gelakkan saya pulak.. hahahhah Ibu alisha memang tak reti bab2 melukis.. muahhaha

4. Kita jangan marah or tengking anak2 kita. Ini kerana mereka akan simpan apa yang kita marah tadi pada otak kiri. Tapi kalau kita dah terlanjur, kita minta maaf pada mereka. & kita buatlah yang no 1 dekat atas tu... bercakap dengan anak2 ketika mereka tidur2 ayam.. contohnya "Alisha.. ibu mintak maaf sebab ibu tengking alisha tadi.. ibu sayangkan alisha.. ibu nak alisha jadi anak yang baik..".. Haa yang ni saya pernah termarah alisha sekali.. lepas tu mulalah bercakap dengan dia ketika tidur2 ayam tu.. siap mengalir air mata penyesalan.. cewahhh... hihii

5. Lagi satu, cuba kita bercerita sesuatu dengan anak2 kita TAPI kita JANGAN HABISKAN CERITA TU.. suruh anak2 kita pulak yang sambung... tak kisahlah walaupun mereka merapu... hahahaa.. "tiba2 saya terbayang Aiman Anak muni @ Puan Kutu yang suka loyar buruk" hihii... Alisha memang pakar menyambung cerita saya siap dengan tangan lagi gerak tapi masalahnya bahasa German.. muahhahha

6. Kita jugak boleh bermain teka-teki dengan anak2.. Antaranya, kita boleh masukkan barang dalam kotak dan suruh mereka teka, atau suruh mereka cari benda tersembunyi misalnya ketika di atas katil, kita minta mereka mencari gambar yang ada pada cadar mereka, gambar, poster atau apa-apa sahaja yang kita gantung pada dinding. Bab gambar dekat cadar tu memang saya selalu buat... Sampai sekarang alisha pulak yang menegur saya bila saya tunjuk pooh tu adalah tiger.. si kecik alisha ni cepat2 tunjuk tigger tu adalah tiger.. hihii

7. Last sekali, kita ganti perkataan jangan dengan perkataan tolong. Contohnya "Alisha, tolong diam.." berbanding "Alisha, jangan bising".. SEBABNYA, BILA KITA SEBUT JANGAN, ITULAH YANG ANAK2 KITA SUKA SANGAT BUAT.. Tapi tu la.. si ibu alisha ni pulak, kadang2 mulut tu terlebih ringan sebut JANGAN.. Adehhh
" Post ini adalah untuk penyertaan Contest & Giveaway Ibu Sihat Anak Riang ini dianjurkan oleh Keluarga Ibu 3A, dan diTAJA oleh Islamic Books for Kids , SNUUS ~ Where Beauty,Health and Fashion collideDe’Chantique butik dan Take me Home serta Amira Studio"

"Saya berminat untuk memiliki buku JANGAN TAKUT (Album Alam si Kecil peringkat Lancar) dari FB Islamic Books for Kids sekiranya terpiliih sebagai pemenang"


Banner penaja:
  Amira Studio

Test Konflik otak kiri & otak kanan

otak kiri dan otak kanan

U all try uji diri u all, u all sebut warna tau bukan tulisannya!.. Saya dah try.. yap betoi, otak saya terganggu oleh konflik otak kiri & otak kanan.. Otak kanan berusaha untuk menyebut warna tapi otak kiri tetap jugak nak baca tulisan tersebut.. hihi

Sambungan cerita semalam..

Memandangkan ada yang bertanya.. adakah perbualan saya di dalam entry Saya dituduh TACKLE SUAMI ORANG!! habis setakat tu sahaja.. So, saya nak cerita sikit sambungannya... lepas saya cakap "takda maknanya nak joking jika mengata seseorang itu SIAL...".. Dia ada mintak maaf dengan saya...

Ermm takpalah... mungkin dia tak berniat apa2 or mungkin dia tersalah orang or apa2 je la... saya sebagai manusia biasa.. TELAH MEMAAFKANNYA.. walaupun di dalam hati tercalit rasa sedih + terkilan...    

Zarina Tazari
Report · 3:32pm
takda maknanya nak joking jika mengata seseorang itu SIAL...


Report · 3:33pm
sooory...laa

Zarina Tazari
Report · 3:37pm
sy xtahu apa mslh awk smpai ckp mcm tu dkt org


Report · 3:41pm
teka...laa

Zarina Tazari
Report · 4:06pm
mg awk dpt settle mslh awk tu..
 

Report · 4:15pm
mg awk dpt settle mslh awk tu..

Perbualan kami berakhir setakat ni sahaja.. Dia mengulang kembali ayat saya... Saya dah tak berminat untuk layan dia lagi.. Tak tahu apa masalah dia.. Tapi apa2 pun, saya tetap doakan semoga masalah dia dapat diselesaikan & semoga dia bahagia bersama suami dia hingga ke akhir hayat.. InsyaAllah...

P/s : Kepada hamba Allah tersebut, ketahuilah tak semua manusia selancang mulut awak & tak semua manusia suka dengan perkataan tersebut.. Janganlah menuduh seseorang secara melulu.. "JANGAN BERTINDAK SESUKA HATI AWAK TAPI BERTINDAKLAH MENGIKUT AKAL AWAK YANG WARAS"  

Saya dituduh TACKLE SUAMI ORANG..!!

MasyaAllah... Ya Tuhanku.. Saya tak tahu nak cakap apa... Sedih yang amat!!! Mengucap panjang saya.. Tadi saya ada on fb.. tiba2 ada mesej masuk.. kira orang nak chit chat la dengan saya... 

Ayat 1st yang dia tulis adalah SIAL.. Saya relax je sebab saya terfikir mungkin dia salah orang.. saya balas mesej dia tu... U all bacalah perbualan kitaorang ni... saya sangat2 SEDIH!!!.. Saya hanya duduk rumah.. TAK KENAL PUN HUSBAND DIA.. Add saya dekat fb lepas tu cakap saya sial... MasyaAllah.... 


Today

Report · 3:03pm
sial...
Zarina Tazari
Report · 3:14pm
as salam... ermmm nape ni


Report · 3:15pm
as salam... ermmm nape ni
Zarina Tazari
Report · 3:15pm
nape awk ckp sial..


Report · 3:15pm
nape awk ckp sial..
Zarina Tazari
Report · 3:17pm
awk haiza ek...
apa khabar


Report · 3:19pm
awk...sial ek
apa khabar
Zarina Tazari
Report · 3:19pm
eh, awk ni sape.. nape tibe2 pggil sial


Report · 3:22pm
eh, awk ni sape.. nape tibe2 pggil khabar
Zarina Tazari
Report · 3:22pm
awk slh org ke?


Report · 3:22pm
x sial...
jgn wt x tau...plk
Zarina Tazari
Report · 3:23pm
knape? sy betoi2 xtau ni..


Report · 3:24pm
ko dh tackle my husband...
Zarina Tazari
Report · 3:25pm
MasyaAllah... sy dah kahwin la... dah ada anak pun.... sy x kenal pun suami awk..


Report · 3:30pm
bhong
Zarina Tazari
Report · 3:30pm
awk tgklah status saya tu..
Report · 3:31pm
i'm just joking...
hahahah
Zarina Tazari
Report · 3:32pm
takda maknanya nak joking jika mengata seseorang itu SIAL...

P/s : Untuk tidak mengaibkan hamba Allah tersebut, saya delete gambar picture profile dia.. hanya ada picture profile saya je saya letak dekat entry nih.. Ayat berwarna merah adalah ayat hamba Allah tersebut... Dahla tak berapa sihat, makin sakit kepala ni... adusssss

Lambat Bersiaran...

 U all cuci mata tengok muka anak kesayangan saya ni dulu yer.. bukan apa.. saya kurang sihat sikit, dah 3 hari menanggung kesakitan akibat BENGKAK SUSU.. nanti saya akan buat entry yang betoi2 pulak yer.. hihiii

 Bengkak susu kali ni buat badan saya jadi sangat letih + kepala pun jadi pening.. dah la "kawan baik" yang tiap2 bulan tu datang bertandang... adehhhh... So, petang nanti baru saya jenguk u all yer... (",)

Kemenangan di penghujung tahun

Sebenarnya ini adalah entry tertangguh... hihii.. Tentang kemenangan kedua saya join GA yang dianjurkan dekat Facebook.. Sebenarnya dekat FB lah paling senang nak join GA or Contest.. yela, just like share & tag.. lebih senang berbanding dekat blog.. tapi tu la, tak laratlah nak join banyak2 sebab tak terkejar... hihiii
 Saya menang GA yang dianjurkan oleh OneMobile.com.my.. Actually, last day untuk hantar detail baru saya perasan yang saya menang... hihii..  


Saya diantara 100 orang pemenang yang akan dapat 20% discount vouchers on mobile accessories at One Specialist Mobile @ Sunway Pyramid.. Ramai jugak geng2 blogger yang menang termasuklah biras saya a.k.a. Jaa Jaha@t.. (",)

 Keputusan penuh Klik SINI

Start join CGL : 22/03/2011
Jumlah Kemenangan : 89

Hadiah & Freebies

Hari ni saya nak update pasal freebies & hadiah yang dah saya terima.. Minggu lepas saya dah terima 2 Freebies & 1 hadiah kemenangan GA..


Freebies NESTEA.. Dia bagi 2 paket... Memang sedap hokay..! Tak rugi kalau u all try (",)


Freebies perfume Escada.. tapi bukanlah sebotol perfume tu.. sekadar untuk di oles2 dekat pergelangan tangan kita je... Dia tampal dekat poskad... Poskad dia cantik.. siap my dear suruh simpan.. lagipun poskad dari obersea lah katakan.. hihii


Yang ni pulak, Malaysia 50 tahun FELDA 1 ringgit Commemorative Coins yang saya terima hasil dari kemenangan Commemorative coin giveaway yang dianjurkan oleh lunaticg banknote & coin..

Kerepek popia.. Jom buat time2 cuti ni sambil makan mengadap Tv.. hihii

Raya Puasa baru ni saya balik Terengganu kan, so, saya ada makan satu kerepek tu dekat rumah sepupu saya.. Dia cakap tu kerepek popia.. memang sedap hokay!! & sangat senang nak buat.. Makan sambil mengadap tv... "krup krap krup krap" bunyi kerepek... hihii *betoi ke bunyi kerepek krup krap ek.. hentam sajalah.... muahhahahh


So, baru2 ni saya try la buat kerepek tu.. sedap tak hingat sekali makan susah pulak nak berhenti.. hahhaha.. U all pun boleh try buat.. sangat2 senang.. raya tahun depan boleh buat ni... hihiihiii


Mula2 sekali u all gulung kulit popia jadi macam gambar dekat atas tu.. bila sampai dekat hujung tu, u all lekatkan dia dengan tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air.. konon2nya nanti ia tu diibaratkan macam gam lah.. so, dapatlah melekat dengan eloknya kulit popia tu (",)

PERINGATAN : JANGAN GULUNG TERLALU KETAT NANTI POPIA U ALL JADI KERAS BUKANNYA RANGUP


Lepas dah siap gulung, u all potong pulak jadi serong2 macam saya potong ni.. Lepas tu u all gorenglah dalam minyak yang panas.. dah siap goreng u all sejukkan & lepas tu u all tabur + gaul dengan nestum + gula yang telah diblender.. KALAU TAKDA NESTUM, GUNA GULA YANG DI BLEND JE PUN BOLEH.. GULA ICING PUN BOLEH JUGAK (",)

P/s : Apa yang saya tulis dalam entry sebelum ni adalah antara SURI RUMAH SEPENUH MASA & SUAMI.. Jangan risau pada ISTERI2 BEKERJA, saya tahu u all pun penat jugak, u all bukan sahaja penat guna tenaga tapi jugak penat berfikir kerja2 di pejabat (",) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...